who's stand by ur side?

24 August 2011

Start cuti raya bila???



sekarang mood nak citer pasal raya je. hehe


seronok la nak raya nih. keje pun tonggang langgang. kalo surf internet pown boss jeling jeee. tapi boleh tak haku buat tak tahu jek. konon-konon boss paham la nak raya kan. keje pun raya jugak la boss apa ada hal. ekeke. sekali boss lempang muka baru padan muka aku. HAHA

korang pakai tema apa tahun ni?? aku raya first biru. raya kedua merah. raya ketiga taik kucing kuning-kuning taik kot. raya keempat oren sunquick. hehe. baju semua dah settle. kengkonon tahun ni nak meriah sikit pakai tudung tokti..sekali beli macam pakai tudung labuh bidang 60'. terus cancel la. hehe. cari tudung lain. nak pakai shawal belit-belit macam tak sesuai ngan baju aku. pakai je la apa yang ader. hehe


anak la meriah sikit. aku ngan Ajak biasa-biasa je.*ye la tuh. :P
nah. malas-malas pown sempat buat kad raya tahu!!




boleh la kan dari takde. selamat hari raya semua.:P maaf zahir batin. tulis belog ni walau tak bercakap tapi kadang-kadang banyak menyakitkan hati orang jugak. jadi maafkan saya manusia yang tidak sempurna. terlanjur kata terlebih bicara.teriak tibe-tibe. ekekekke :P

ai start raya jumaat ni. semangat apa kebendanya.!! pengasuh takda jadi terpaksa la mak cuti. nak suruh laki den?? baik tak payah. HAHA. lagipun takpela. gomen cuti takpe. dier keje pebet ni susah sikit. takda jaminan tak kena kick. HAHAHA. :P nanti kalo aku rajin aku buat kad raya lagi. laptop ader adobe potosop tapi kat opis takdo jadi edit pakai paint pown cantekkkk. hehe :P


last shoping raya beli kepek murah & kuih raya murah jumaat ni la. sabtu baru balik kampung sebab malas nak ngadap jemmmmm je. kematu bontot. HAHA. tapi kalo orang ramai mau pengsannnn aku nak melayan awan nano yang tak takut orang tu. abih-abih aku suh abah dier kejor. hehe. itu la fungsi suami sejati.

''bini shoping senang hati,
laki jaga anak & jaga trolley.'' AHAHAHAHA.








time kasih daddy sebab jadi bodybody guard anak. hahaha. :P.
we've to put our eyes always on him. sekejap je paling tengok baju dah ilang dalam kain tau. ieeee. buat sesak dada mak kau je. macam ni memang kena stay dalam stroller je. jangan nak memekak. aaaaaa.iiiiiii.oaooaoaoaoaoaa!!!!!. mak tak kesian nyer. hehehe

T___________T








23 August 2011

Apa kau nak lagi???




Malas nak update belog


sebab


dah nak raya kan. banyak benda nak kena pikior.

Malas nak keje.



hehe.



bukan dari dulu ke paksa diri?? muahahhaa * eh..tanggungjawab tu.tak baik.:P



Malas nak masak last-last puasa nih.


sebab


lagi suker makan luar sebab boleh cari apa yang tak jumpa lagi. ekeke :P




tapi rajin pulak buat caramel bagai. 9biji telor.setin susu cair.gula 8sudu.esen vanila 2sudu kecik.






bila semalam dapat message :

" u..buat kan lagi caramel u yang manessss sedap macam u tu" :P

terossss hidong kombang semangkuk toilet & dan-dan la rajin nyer. hehe


lepas tu siap upah belanja baju yang entah untuk raya ke berapa tuh. ekekekeke. laju je la mak cari bahan kan. hehe.

baju raya dah settle. kasut raya dah. gadget raya dah. duit raya dah. semua dah. yang tak settle cuma belt anak tak tahu nak cari kat mana. T_________T share ngan mak kau je la. saving sikit. muahahhaa

bila tanya Ajak. dier nak apa lagi. dier cakap dah tak ada apa kot. semua dah settle.

aku lega la.


tapi bila tanya anak..........






























































































kau boleh jawab balik?? HAHA. mak cakap tanya apak kau!!! boleh?? huhu
T_________________T













18 August 2011

tak leh terima teguran


sambung cerita siang tadi. hehe :P

semalam pegi Alamanda sebab bday boy nak makan Pizza. jadi usung la kami 3beranak pegi Pizza Hut Alamanda. sampai 6.00pm. sekali tengok frust giler. FULLY BOOKED tak reti-reti dia cakap??? heheehe

sian Ajak. frust tak dapat makan Pizza. tapi takpe. aku ajak la pegi makan tempat lain. Secret Recipe ke. mana-mana la. kata bday boy kan. kena la layan macam putera raja. ekekeke :P *mengado. sekali tu bila pikir balik mesti tempat lain pown full kan. mak malas nak jalan jauh. letih. dahaga. air liur kering. tak larat. jadi ajak Ajak makan kat A&W ajeeee. senang. selang sebijik je. naseb baik ader 2 seat yang tinggal. kalo tak. mau aku duk bersila tepi eskelator nangesssss. huwaaaaa.:P





ambik 2set of Nasi Ayam Curry. dulu masa keje A&W. ini makanan peberet. but semalam. rasa macam #%$&%#%^$*^&^$%$#$# laaaaaaaa. pastu servis lembabbbbbbb. boleh tak budak tu tengokkkkk je cashier bagi arahan. adohaiiii. nasib baik sempat jugak beli makanan before buke. tapi tu pun que 6.45. pengsannnn makkkk !!!






masa dah siap makan & solat * penuhhhhhh sangat orang kat surau. pening bau kaki. HAHA. kiteorang jalan la nak pegi parkson kan. ader la budak dining yang keje kat kedai makan dekat parkson tu. tengah lap cermin. pakai tudung molekkkk. tapi sedihhhhhhh sangat sebab nampak BUTT!!!!! hadoiiiiiiiiiiiiiii.

laki ku sigung ngan siku. kata budak tu nampak BUTTTTT dier. aku toleh la. sekali tu tengok ramai giler lelaki pandangggg je kat dier punya tuttttttt. aku malu macam nak nangesssss. aku ni tak la baik sangat. jeans pon ketat jugak. baju pown sendat. tapi aku malu sebabbbbb lelaki-lelaki dok perati je kat dierrrr. baju dier singkat sangat & pakai jeans cawat pendek. so bila dier angkat tangan or duduk cangkung nak lap cermin. mesti baju menaik & seluar menurun kan.

ader hatiiii mak nak pegi tego. sebab kesian kalo orang dok tengok kemaluan dier. aib wooooo.


aku macam nak gamble je pegi tego. sekali tu tengok dier macam perasan orang lalu lalang dok tengokkk je dier terussss dier betol seluar tarik baju dier & masuk lam kedai balik. takpelah dier dah perasan. cuma. ko agak-agak nak ke dier terima kalo aku pegi pegang bahu dier & cakap

"dik. bontot adik nampak la. semua orang tengok"

agak-agak kena sedebik tak kat muka den. hehehe. kot tak dier cakap. alah akak pown baju sendat. ekekekek :P tapi takpe jugak dier dah sedar sendiri. kalo tak malu dok tayang hampir suku punggung kat orang. kadang-kadang niat kita baik sebab aku rasa aibbb giler untuk dierrr. tapi kadang-kadang manusia mana boleh terima teguran kan. * cakap diri sendiri jugak. hehehe :P.

kalo dier cakap " alahhhh akak jaga tepi kain sendiri je la''


haaaa. aku memang aku jawab ''dik.akak pakai seluar. tak pakai kain'' hehehe. boleh gitewwww. menyirap member ok. tapi niat je la. buat tak. heeeee.

banyak cakap kan. kalo dier tak lompang muke den pun kira nasib baik la kan. hehehehe
T______________T



okbai.!!








 

Rezeki.rezeki.



hambek kau. tergolek depan mata. my second BE. wahhhh. mesti la suker.
dulu masa dapat 1 BE lompat katak bagai okeh. muahahhaa :P







thanks readers. Lot's of Love. harini nak menulis macam kena perah sikit otak. bukan takda idea. tapi entah la. meroyan tak pasal-pasal. hehehe :P jap lagi ai update pasal i pegi Alamanda semalam kopakkan duit belanja cik abe adiah bday yang tak seberapa. * tapi ikhlas tahu!! hehe :P
T____________T









17 August 2011

Merapu 3 rasa..




kalo aku cerita pasal ajakkkkk je satu hari ni mesti orang meluat kan?? hehe

dah tu besday dier harini. mesti nak kena dedicated samting spesel untuk dier. hehe. walaupun aku tunjuk entry semalam & dier cuma baca first paragraph. pehhhh. nak geram pown tak sampai hati. haha. nampak sangat tak concern menda mak buat. siap cakap silau la tengok laptop tengah malam buat pukul 12. HAHA.

aku pown bingai jugak pegi kejut orang tido pukul 12 pastu wish epi bday. doa selamat segala pastu paksa member tengok entry aku. muahahaha :P.

btw. epi bday la ek. jangan merajuk-merajuk. tak rawkkk okeh. adiah postpone la bagi. weekend ni ke. tak sempat nak pegi cari.* keji tak?? haha. ye la. balik keje aku mesti rush pegi amekk anak dulu. pastu balik bersilat-silat nak masak untuk buka kan. kat opis nak keluar memang tak la. parking susah!! menyampah!!! hehe


semalam budak kecik tu galak sangat berlari sebab main ba-ba chak dengan aku. bapaknyer pown ader jadi kemainla gedik berlari kesan-kesini. sekali berlari kedepan tapi muka pandang aku. dang!!!!!!!

hambek langgor kerusi tempat bapak dier makan. heeee :P











*











*








aku jugak disalahkan. hehe. cer kalo dier buat anak jatuh. ok its alright. sikit je. tak injured apa-apa. cehhhhh. :P tapi dek kerana bday dier 12 malam tadi. marah pown marah la. makcik terima. hehehe :P



sabo je la.....:P





16 August 2011

men at 28. masih muda?? kalo kiter....

Esok 17hb Bday Ajak. kepala hotak ni blur tak tahu nak bagi mende. rasa-rasa belikan jeans raya aci tak?? ehehehe :P nak belikan gadget segala mak tak mampu lagi. alaaaaa. nanti ader duit terlebih belikan lagi-belikan lagi. kata laki bini. nak lari kemana kan. hehe . pusing-pusing kat situ jugak. dek kerana banyak dah duit terkeluor untuk raya ni. jadi bajet untuk adiah bday jadi kempis la. ekekekek :P nasebbb jugak bday u bulan puasa kan. tapi kira janji nak belanja makan bukak pose tu masih on lagik. lain la kalo tetibe takmo belanja makan pulak kan. auwww saving duit haku. HAHA


ni picta mula-mula kawennn. cubby sikit aku. :P sekarang. oh mak datok la kan. heeee




dulu kan style edit gambo tarok caption segala. hehe. nak kata jatuh cinta time pandang pertama memang tak la. mak rambang mata time tu tak tahu nak pilih yang mana satu. hahaha. sory bang citer lama.

esok Ajak dah makin tua. 28tahun. semoga murah rezeki panjang umo dan sehatttttt selalu. gamba bawah time pegnen Awan Nano 7bulan. tecikkkkk je perut. hehe. * awan nano say hi!!!..heeeeeee. time ni paling sedih sebab ajak keje travel. jadi sepanjang 9bulan aku ditinggalkan sensorang. sob-sob. mintak-mintak la AR independence sikit. jangan nak harap kat orang lain sangat. hehehe :P





walaupun kita selalu gado tapi balik-balik i jugak yang u cari. muahahhaa * bongkak disitu. hehe. walaupun Ajak agak kasar tapi sebenarnya dalam hati ader taman tu. buwekkkk. kiteorang ni lebih macam kawan-kawan kot. tapi respect tu mesti cuma time gado biasa la. sedangkan lidah lagi tergeget. ini kan pulak 'aku pantang kau nyanyi lagi disana menanti disini menunggu' hahaha :P.

tapi semenjak dah ader anak ni nampak sangat yang sebenarnya dier penyayang. penolong. penyemak. pengendeng. pembantu. pemasak. pencuci. pemop. eh ader ke pemop. HAHAHA.

Azad Ryan time ni 4bulan kot. T_____T pusar kat depan.:P




semoga cik abe tak cari lain la. itu yang paling orang pompuan takotttttt. hehe :P semoga sentiasa setia. jadi suami soleh. imamkan anak bini. ajar mana patut. sama-sama belajar. * ni ucapan hari lahir ke ceramah ustazah pilihan??? HAHA




korang jangan meluat lak baca nih. biasa la. kena la hargai orang yang sayang kita kan. lagi-lagi syurga bawah tapak kaki suami. tapi i paling appreciate time i bersalin anak kita. sampai sekarang pown kalo citer mesti i nangessss. sob.sob ('_':)

u sanggup basoh uri. sanggup mandikan i 3 minggu turut-turut. sanggup sapu losyen satu badan. pakaikan baju. sikatkan rambut.suap makan. urut kaki. pehhhhhhh. tak ternilai harganya. kalo u bagi MASERATI yang i idamkan tu pown i tetap pandang u. :P *tapi mata jeling kete tu. ekekkee.


apa yang penting i boleh buat u bahagia dengan diri i & anak kita si kerinting tu. hehe
epi BDAY ABDUL RAZAK.












Rezeki tak datang bergolek


hari ni agak terlambat sikit nak update belog. aku kan dasar pemalas. nak kena settle keje dulu baru hegeh nak update belog. hehe. kalo kata nak suruh auto publish memang tak la kan. mata mak ni tahu-tahu je la. asal pukul 10malam je dah tak boleh nak paksa bukak. asal anak tidooooo je dengan mak-mak tido sekali. hihi. bila Ajak pegi terawih pulak. balik-balik tak jumpa bini la gamaknyer sebab dah hilang dalam selimut hehehe. :P semenjak Ramadhan ni mengantooook je manjang. lagi nak suruh tulis entry tengah-tengah malam buta. memang tak la. muaahha :P tido lagi penting kot. sebab pukul 4 nak kena bangun sahur. itu belommm campor anak memekak tengah-tengah malam tak tahu nak apa.ekekeke :P
T_______T


semalam Ajak balik bawak balik durian. mana entah opek hantu durian time tu. tido aku rasa. keh3 :P thanks Mr.Sean Kingston * bos ajak. sebab belanja durian. haritu dapat jugak Raja Kunyit. semalam dapat X.O. aku rasa first time aku denga kot. ke brand lain durian nih?? hehe :P kalo mahal sebab sedapppp sangat memang berbaloi la. tapi kalo mahal sebab ader emas ke tak tahu la aku. yang aku jumpa jadi taik gigi emas ader la. muahahahha :P




orang kata bulan puasa durian murah. tapi hak ni RM 50 sepeket. kalo aku nak beli...memang kirim salam la takkan. mahal giler. kalo aku beli dah dapat sebakul kot.HAHA. ni baru bape ulas je. :P tak berbaloi. hehe. lain la duit berkepuk terlebih-lebih. hehehe





btw. time kaseh la bosss ek. lain kali belanjo lagi. hehe. semoga rezeki boss murah la. opek tak kuo la time kiteorang makan ni. dier tido awal semalam pukul 8pm sebab satu hari dok main je takmo tido. kesian budak tu kena geget kat umah pengasoh. tapi takpelah. janji tak darah & luka berjahit segala. biar tahan lasak sikit. adat la anta anak umah orang. UMI pown baik. anak dier la yang geget. hehehe :P
*spechless. yang penting tak berdarah & patah riuk. alhamdulillah dah. T____T

bulan pose kan hantu kena ikat. tapi aku terjumpa dalam PC aku ni haa.














































hantu durian. HAHAHAHHA :P






gambar sensasi nih. dah penah kuo kat Ayuraza.blogspot.  :P
ader ku kesohhhh?? hehe






15 August 2011

Makan time bulan Puasa pastu muka berlagak!!


belog memanggil-manggil aku neh. hehe:P

mesti korang boring ye dak aku tak update.hahahaha. aku pun boring aku tak update. balik-balik nampak lobang idung aku tepi belog nih. muahahaa :P kot ader yang tertanya kemana aku menghilang. aku pegi LA. ecece. kepala hangguk pegi LA. tak kemana pown. duk terpongok kat rumah pastu tido ternganga ngan Awan Nano hari sabtu tu. hari semalam. apa lagi balas dendam la dengan apak eh pegi beli baju raya. tahun lepas pegi KLCC banyakkkkkkkk giler baju. tahun ni pegi jugak la. mesti banyak choice aku rasa. hehe :P


pegi ler kami tiga beranak terkedek-kedek terjah KLCC belah kausetan tu. HAHA. belah pakson & sekitar. sekali tengok-tengok takda sangat choice for baby sebab SA tu cakap under renovation. so fine. sempat ler rembat 4,5 lai sekali ngan puting Azad Ryan. eh... budak tu ingat mak apak dier kaya kot. tiap-tiap minggu puting putus kena geget. terkopak la wetwet apak kau belikan puting. kalo seketui sehengget takpe. ini 20lebih dapat 2. hehe. memang masak mak!! HAHA. sib baik dah tak BF. kalo putus tak tahu mana nak ku cari ganti. dah turun saham mak kau. HAHAHA T________T


selepas ini sila sediakan baldi sebab muntah la korang tengok gamba ek. hehe. ni bday boy nih. 17 august ni.
* garu kepala.kira duit-kira duit. heeeee :P




aritu jalan kat Jalan Tar pengsannnn budak nih. ni jalan dalam mall pun takdan 10minit pengsannnn. hehe. hamboiiii. sapa yang bangun sahur sebenarnya nih?? muahahaha :P




masuk kedai tuttt-tutttt. cari kasut anak. sekali tu takda size pulak. yang tengah test ni ai tak berkenan sangat. terussss tak beli keluor balik. heehehe :P




AR : daddy nak!!!!. * hah bajet anak dah boleh bercakap. ok fine nak gtau la nih. Azad Ryan belum boleh bercakap lagi. huhu. lambat tak untuk anak 1 tahun 4bulan 18hb nih?? heeee. tapi kalo cakap jerman ke. bertarannum ke. memang expert. HAHAHA. :P kau tak dengar dier menyanyi pastu terjerit-jerit macam AZLAN the Typewriter tu. muahahha. mau aku amekkk kapas sumbat telinga. opppssss batal pose mak. ngeh-ngeh. T_______T






presenting budak ucuk macam tunjuk ketiak. tahun ni aku tak boleh nak berangan pakaikan anak topi dah. tahun lepas elok lagi. songkok yang aku beli tu pun entah-entah dier campak je. budak kan ikut dan rasa dier je. tak suker campak. rimas sikit campak. kalo mak yang buat cenggitu. mau kena sepak free ngan ajak. haha. sia-sia. :P





apa kaitan tajuk ngan entry?? sumpah takda kaitan. HAHA. budak tak pose adalah.


*



*



*



*




*




*




*




*



*

pehhhhhhhh. muka berlagak je boleh makan fries depan mak pak dier. * kesat air liur tepi bibir. heeee :P.





terlampau suker picta ni smpai buatkan header terosssss. HAHA. dek kerana ramai dah tahu sapa awan nano. mari kita dedicated belog ni untuk udak ucuk acam ni la. ok tak korang??? hehehehe.

( blog MAK AWAN NANO!!!...) heeeeeee :P. cool tak? cool tak?? cakap la cool ek?? hehe







14 August 2011

Update Malam hari. hihi



12.10am.

macam tak caya je aku update belog time nih. meroyan ke?? muahaha

bukan tak leh tido. mengantok jugak walaupun petang tadi tido ternganga ngan Awan Nano. :P

tapi mungkin sebab keeksaitedan terlebih sebab esok nak keluar beli baju raya lagi. mintak-mintak tak ramai orang. hehehe. macam aku sorang nak raya pulop. hehehee. sahur semalam aku perasan mata sakit macam bengkak. macam ketimbit ke ketumbit belasah la. hehe. biasalah Ajak kalo aku ngadu konon-konon nak bermanja. dier bantai cakap aku skodeng dier. aah tak kuasa mak bulan-bulan pose ni. wat batal kurang pahala jekkk. hehe. *pasan.


sekarang dah susut. mungkin bukan ketumbit tapi mungkin kena geget semut ke apa ke. tapi bawah mata macam lebam sikit. esok nak g beli baju raya nih. aduiiii runsing. mesti nak kena pakai spek besauuuu kan. aku bukan apa.


cuma taknak orang pelik kenapa Jessica Alba jalan sebelah Ajak je. tak ke buang tebiat. dah macam panas sangat dah mall tu kan. muahahhhaa :P






10 August 2011

Please help Norma


ALLAHUAKBAR....





kesian kat Rafiq. YA ALLAH.
semoga Ramadhan ini memberi berjuta cahaya untuk Norma sekeluarga. doakan mereka. :(

tak boleh type dah. sedihhhhhh sangat.








Sapa kater mak tak terer.


hahaha.nak gelak dulu baru cerita la. muahahha :P

semalam kan kepoh sekampung kater aku nak masak rendang. siap print resepi bagai. aku ni nak kata pandai masak tak la. tapi handal sikit dari chef one lah. buwek.buwek.buwek. hahaha :P kalo citer bab masak memang terpaksa surrender. rendang yang aku kepoh kan sangat tu pown first time seumo hidup aku masak rendang. tak tahu la rasa menda. agak-agak Ajak tak masuk spital wad kecemasan kira ok lah. HAHA.

bagi aku air tangan yang menyebabkan masakan tu sedap kot.

sebab aku kalo nak masak apa-apa. mula-mula call ma tanya cemana cara. muahahaha :P bila dah tahu mula la menonong pegi kedai ke. mydin ke.cari barang yang patut. pastu buat la macam yang mak aku ajo tu. tapi mesti tak sama. hehe :P kalo cakap tak sedap tu macam kejam sangat. HAHA.

ni aku senaraikan kejayaan skill & air tangan aku yang suci ni ngan korang. muahahha :P

penah aku buat kek choc kukus untuk Ajak. Bantat!!! penah aku buat kuih tart nak raya tahun lepas. dem 2 hari 2 malam baru siap. siap-siap hangit lak tu.!!! HAHA. penah aku buat kacang salut rempah. tak jadi aku basoh balik kacang tu jemorr pastu buat balik. akibatnya lemau!!! HAHAHA. time mak aku takda aku masak nasik tak tarok air. pehtu bunyi keletung-keletang aku ingat standard la bunyi rice cooker. sekali dier jadi macam beras terbakar.HAHA. tapi aku penah buat caramel puasa tahun lepas. menjadi. Ajak kata sedap & kempis-kempis idung makan. aku tak faham sedap ke tak sebenarnya. entah-entah menipu aku. sajer nak jaga hati aku. hahahaha :P tapi style dier kalo tak sedap memang derek dier kabo tak sedap.sentap mak terus tak buat. muahahahaha T_______T


balik keje semalam singgah mydin jap beli barang.pehhhh balik pecah peluh buat rendang.haha. jadi kau!!! walaupun tak semenggah. muahahaha :P jenuh aku edit kasi gambo selera tengok.ekeekeke








pastu buat ikan kukus. sayor maleh nak masak. bukan Ajak makan pown. aci tak kalo takda sayor?? balik-balik khailan jugak yang dier cari sampai awan nano makan berak kuo selai-selai. hahahaha :P yang ni confirm sedap. yang jual kat pasar malam ngan kedai tu dah tak freshhhh. hehe. tauk garam besor. asam jawa pastu air sikit. rebus 10minit gitewwwwww. makan ngan nasi panas-panas. haaa kau meratah je la keje nyer. *sajer bagi korang teliur.hahaaha










tapi dalam aku gembira rendang jadik. aku sedih noksssssss. sedih sangat. korang mesti faham kalo tengok nih.


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-



-




-



-



-



ni penunggu gua.uhuk-uhuk. setia anak mak tunggu mak masak!!! hehehe.dah melalak-lalak bosan main sensorang mula la dok bergantung macam anak kanggaroo.hehe. mak umpan la bagi twisties lemau. hahha :P sory dik kang apak ko balik nak mencekik. tak boleh mencekik kang dier cekik mak lak nanti.muahahaha :P




................................................................................................

sekali dier cakap sedap!!!! wooooo. terus pakai jeans size 32. kembang pungkok. hahahahha :P








09 August 2011

eh. banyok ler nak gosip nih.



eh. tak baik gosip-gosip bulan Ramadhan bulan barakah nih. hehe :P

hamboiii. buntang je mata ek bila nak denga gossip. bukan aper cik kiah oi. nak cerita pasal neibo yang saiko tu lagi. hehe. dari pukul 5.00 semlam sampai la nak dekat berbuka asyik dok membalas ketuk-ketuk dinding. aku tak tahu apa motif & apa satisfaction yang dier dapat. memekak je. sampai satu tahap aku dah tak saba sangat aku jerit dekat ampaian tu.

''heiii orang sebelah. kau ingat kau je ke yang bayar sewa haa?? aku pun bayar jugak. kalo kau ketuk begini tak apa. * sambil ketuk dinding.hehe. ini kau ketuk begini!!" HAHA

oowh. itu P ramlee. aku jerit je. ko ni giler ke hape. dari tadi berketuk tak sudah-sudah. pastu neibo tu bantai menganjengg. dier repeat balik apa aku cakap. ieeeee. menggigil aku nak marah. macam budak-budak la. sengal pun ye. * eh.kurang pahala puasa pulop! heeee :P aku macam nak maki-mak pun sabooo je la bulan-bulan puasa ni. but i think nak lodge a police report je sebab mengganggu ketenteraman awan. boleh tak?? hehehe T_________T




..........................................................................................

pastu terujaaa sangat sebab BB Tee blogger dah sampai. comellllllssssss giler. heee :P







okeh ni nak pegi mandi. mak sarung dulu. seluor pun tak pakai. ekekeke :P apa tak senonoh mak kau ni dik?? HAHA. sexy auwwwwww!!!




....................................................................................






yang ni?? ni buah mata kucing. beli hari ahad tu. terus simpan sikit masuk Freeze konon-konon nak bagi cepat sejuk. sekali lepas buka tak hengat langsung dah ke buah ni. semalam datang keje baru teringat. HAHA. balik-balik bukak Freeze haaaa. hambeeekkk kau keras kejung balik dinding dier datang balik. muahahah :P apa la aku ni. asyik lupa.lupa.lupa.menyampah kat diri sendiri sebab banyak benda lupa. :P tempeleng sikit. ekekekekeke T________T



....................................................................................




dah dapat pun. sana sini sebok cerita pasal bonus. aku?? alhamdulillah. bersyukur. rezeki anak la tu. okeh.lain orang lain rambutnya. lain orang lain pandangannyer. orang gaji 8cupak mesti senyum sampai telinga. yang gaji setengah cupak nih?? pastu bahagi pulak setengah cupak. kalo masak nasi pown boleh mentah. sebab tak tahu nak ukur air takat mana. lagi pulak dengan serba serbi barang naik harga. tapi sebagai manusia kita cuma kena panjat kan syukur dengan nikmat yang diberi. Jangan kufur dan tidak bersyukur.


soal adil atau tak. bior lerrr yang KUASA menilai. dapat alhamdulillah. tak dapat. nak buat cemana kan.:P


walaupun expense. barang naik. dan etc melebihi itu tapi nak buek cemano. terima seadanya okeh. Ajak cakap lebih baik ader dari takda. * cis. kena batang hidung. HAHA. dulu masa kiteorang keje swasta. last bonus merasa sebelum keje gomen is 4.75m. omak aihhhhhh. berpinar mata tengok duit. hehe :P yang keje bank. keje stesen tv pun meletop gak bonus kan. hehehe :P 

mintak-mintak Ajak pown dapat bonus. leh mak tumpang ompek kaki. muahhahaha
T_____________________T




 
 
 
 
 
 
 

08 August 2011

penampah perasa


alamak. songkok tak muat. tahun lepas siap tempah. tapi tahun ni beli siap je.
tahun ni mesti lebih meriah sebab anak dah pandai mengada-ngada. HAHA. rindu nak kumpul ramai-ramai buat rendang buat ketupat. hehe :P









dari pagi dok denga lagu raya. mau nyer tak menggelupur dok pikir raya je. :P







Baju Raya


ai korang-korang. dah lama tak hadap belog ai yang tak bape semenggah ni kan.hehe. :P
aku bizi giler la weekend. pegi survey baju raya. pegi sana la pegi sinun la. naik merekah tumit  berjalan semalam tahu. *eh.bukan memang jenis tumit merekah ke?? ekeke :P

semalam gedik ajak Ajak pegi PKNS shah alam. padahal macam kat bangi takda PKNS. yang kat bangi tu jumaat dah pegi. orang tak ramai pown.:P tapi baju nak macam takda je. hehe. aku kan dasar memilih.muahaha. pastu bila pegi shah alam bajettt dapat la selai dua. tapi hampa. jumpa yang berkenan mhal sangat pulop. abehhh tu selai dekat ompek ratuss tak sanggup la haa. baik beli baju anak. heheh. jumpa yang berkenan size pulop takda. dah tu beli songkok anak je RM 35. aah macam la budak afroo tu nak pakai kan. hehe. :P

pastu terussss laju je kua PKNS then ke Jalan Tar. alhamdulillah semalam mendungggggg je. tak la berjejeh-jejeh ketiak mak!. orang pun tak ramai sangat macam lagi seminggu nak raya. pendek kata. okay jugak la dengan gamble hangkut stroller kan. kalo ikut pengasuh Rayyan. dier suruh hantar umah dier. tapi takpelah. aku gagah kan jugak bawak budak tu sebab macam tak fun la shoping raya tak bawak anak. paling-paling pun dier memekak je kalo rimas ke hape. tapi semalam.

alhamdulillah sepanjang 5jam kat jalan tar dengan 4 1/2 pusingan dari sogo sampai LRT pastu pusing balik. dier tido terbungkang ko. cool giler. shoing raya kat Jalan Tar & anak tido....HAHA. seronok mak meronggeng ngan apak kau. mana nak pegi. mana nak terjah kau lena dibuai mimpi. lagipun mendung kan. cuba panas terik berpeluh-peluh. paling lama pun sejam je la tido nyer. ni dekat 4 jam. memang ko jenis baka tido lama ek dik. ?? muahahha :P



standard la kalo dah siap. tak menyempat-nyempat. pastu mulut bising cakap menda tah. hahaha :P





sekali tu bila dah mencari baju tak jumpa pulak. lahaiiiii. dah dekat 4jam ni tak jumpa-jumpa. sib baik mood laki bini semalam okay. kalo tak mau nyer aku kena bebel ngan ajak. laki den ni tak suker buat benda lapan puloh kali. haha. macam tahun lepas. dah bape jam pegi cari baju raya. last-last dier memekak aku pun sentap la. terusss ajak balik. sentap mak. tapi sampai je depan A&W tu dier pusing balik sebab suruh jugak beli baju sebab nanti raya nak pakai baju menda. HAHA. aku time tu dah berjurai-jurai airmata aceewahhhhh. haha :P tapi sib baik tahun ni tak macam tu rupenyer. tak ke keje bodoh namanyer. hehe :P

last-last dekat nak senja baru jumpa baju nyer. beli yang biasa-biasa je. nak liplap-liplap duit pun liplap-liplap la. hehe :P alhamdulillah. dapat 2pasang baju aku. baju melayu ajak & anak. next week ader lagi. kita pegi cari tempat lain pulak ek.

eh. gambo takda ek. tak suprise la kalo amek gambo kan. tapi semalam memang tetibe hantu maleh masuk dalam badan. HAHA. handbang tak bawak. bawak purse & handphone je. tengah-tengah ramai tu aku malas nak ambek gambo. kang ader pencopek tak pasal kena beli tepon baru. hahaha :P


yang aku paling nak tergelak semalam bila test baju Awan Nano. tak muat kau nak masuk kepala. yang aku tak sure kepala besau ke rambut yang besau ?? HAHAHA.
T____________T''






05 August 2011

Random la..


dah 3 hari aku bergelumang dengan anak kat rumah. eh.ader ek bergelumang?? hehe bantai ler.
tapi aktif semacam je. ko ni demam ke tak demam dik??
aku tekan keyboard dier sebok nak tekan sama. berperang-perang aku  nak menaip. dah jenuh pulak jap aku duk atas sofa. jap aku ke bawah. lama-lama aku junjung atas kepala je la. senang. HAHAHA :P


bintik-bintik halus giler macam ruam jek aku tengok. nak kata dier merengek sebab panas aku tengok MACAMMMM tak je. hehe.



plan dah full untuk weekend ni.

petang ni nak bukak luar. hajat dihati nak ajak Ajak pegi makan sedap-sedap. ohhh. bulan puasa mamak pun nampak sedappp ok. hehe. tapi mamak macam tak sesuai pulak. tekak ni kena telan nasi. nak makan tomyam poktek.pehhhhhhh. menitik-nitik air liur ats keyboard ni. muahahahah :P

pastu nak pegi cari baju raya wehewwww. tak saba. mintak-mintak dapat la baju lawo. agak-agak Rizalman buat sale tak?? HAHA. tak agak-agak mak. butir manik dier pown tak mampu aku nak beli. ekekekek :P


okeh la. budak kecik ni memekak kat sebelah ni. berokband aku pun dah melentur buluh dah kena tekan dengan dier . hahaha :P

bye. love korang ketat-ketat. T____________T







04 August 2011

alahai menantu omak :P

aku ni bukan la jenisss bangsa "apa canggih sikit bunyinyer?? emmm.discrimination eh...'' sangat dengan orang negeri sana. orang negeri sinun. kejap kang tak boleh blah dengan orang negeri itu la. tak masuk kepala dengan orang negeri sini la. pendek kata aku campur ngan semua orang pown. walaupun aku tahu ader jugak manusia jenis tak suker la. semua benda kalo orang negeri dier  tak suker tadi buat. semuaaaaaaaaaaa salah. semua tak betol. tapi aku tak kesah pown. lantak kau ler nak suker negeri mana pown. bukan dapat lima ploh hengget pown kan. hehehe :P

masa aku kenal Ajak ramai yang bangkang kata problem kawan ngan orang Negeri Sembilan. sebenarnya sumpah aku tak nampak apa masalahnya. elokkkk je kiteorang. lagipun family Ajak bukan jenis yang ikut adat pepatih segala kan. Arwah abah Ajak orang Meru ( tempe eh jawa.hehe ) & Mak Ajak je orang Negeri Sembilan. sampaikan ader kata kalo aku clash ngan Ajak kena pulang hantaran semua la. padahal memang time tunang dulu entah kali ke berapa puloh entah kiteorang penah clash. muahahahah :P tapi takda pulak ''bak datang dulang timah turun temurun keluarga aku yang aku bagi kau tu!! aku nak balik''. kan...kan..HAHAHAHA :P


sampai ler sekarang. tak penah pulak aku macam menggelupur bila nak kena hafal semua benda adat-adat orang Negeri Sembilan takpun dok dapo pakai kain lilit pale macam minangkabau tu kan. HAHA. korang penah tengok kampung boy??haaaaa. cenggitu la rupenyer.payah pulak aku nak explain. ekekekeke :P








tapi.








walaupun aku nampak cool dan wallahhhhh bila kawin muda. ahhhh hidup kena bajet cool padahal dalam hati tuhan je tahu. heeeee. tapi aku punyalah menggelabah bila first time nak masak depan mak mertua. macam nak akad nikah la haa. punya la menggigil nak terkincit pun ader. sekali mak Ajak tanya. pandai masak itu?? pandai masak ini?? dan aku tetibe pulak buat-buat pengsan *ok tipu. haha, aku jawab la bajet tak kena lempang sedas kan. '' tak pandai mak.tak penah masokkk dapo'' hehehehehe :P sekali mak ajak kater. takpe bior mak masak ekau tengok jo la yooo. dalam hati time tu .'' wehewwwwwwwww. untung mak tak cakap : apa sabariah?? kau tak tahu masak?? aku pantang bermenantukan orang pemalehhh macam ekau ni. pegi jauh.pegi. jangan kau panggil aku mak kau.'' HAHAHAHHAHAHA. kalo mak cakap camtu mesti aku larik masuk bilik hempas pintu packing bag pastu tunggu kena lempang je. HAHA. tak jadi menantu lagi dah macam-macam hal. muahahhaha
T______________T








okeh itu 2008 punya cerita. sekarang ko nak makan apa?? meh sini aku masakkan. cuma sedap dengan tak je la eh. HAHA. jadi wajiblah kan kalo balik kampung jek mengendeng kat mak mertua nak makan itu ini. nasebbb baik tak kena penerajang. wehewwwwwwww :P dah la nak maka benda renyah nak buat.


selalu ngendeng kata mengidam nak makan ini la. kecur air liur.heeee :P
1 - rendang ayam daun maman. biasanya pakai ayam janda.kehkehkeh :P ayam pencen untuk tahan lama sikit. tapi kalo kat kampung tak dan nak perangat dah licin. HAHA. yang ni memang susah nak cari sebab daun maman tu kita boleh jumpa kat majalah 3 je arituh. hehehe :P tak tahu la nak cekau mana kat putrajaya nih. muahahhaa : hak ni memang fuyooooooooooooooooo. terangkat sampai syiling tahu.





2 -  Gulai daun.
segala mak neko masuk dalam. pastu daun kena potong halus giler.kalo tak halus tu aku la yang potong. aku kan kira nak cepat je. kang anak terpekik memanggil aku kang memang sehelai-sehelai la aku campak masuk dalam. HAHAHA :P
bahan-bahan : udang or bilis. petai.pucuk ubi kayu . yang lain-lain tak abeh belajo. muahahhaa :P nanti aku khatamkan ngan mak mertuo aku aku kasi tahu korang ok. hehehehehe :P





3 - masak lomak daging salai. yang ni je senang acri tapi air tangan mak memang tak sama la ngan kat kedai tu. semangkuk cili mak tarok pown ok. aku bantai sampai licin. sebab aku kan bajet-bajet mat salleh tak makan pedas sangat. sekali kawen ngan orang negeri sembilan. haaaaaa. hambekkkk kau. terkincit makan gulai depa. berasap telinga. muahahhaa :P






dah la citer pasal makanan. kang kurang pulak pahala puasa asyik dok telan air liur je bergelen-gelen. HAHA. aku bajet raya tahun ni kena belajar sampai pandai buat semua ni. sebab nak gak laki aku puji aku sampai terangkat atas syiling kan. hahaha. memang la selama ni aku masak sedap jugak. ekekekee :P tapi kan lagi sedap kalo pandai masak benda peberet laki sendiri.heeeee :P


dah tetibe berazam tahun baru pulak pehal??? yang 2008 pun tak dan nak buat lagi. hehe. tolong pang sebijik bolehhhh !!!