who's stand by ur side?

24 February 2011

Never release


walaupun cerita ni dah hampir setahun.
walaupun cerita ini sudah basi dan saya perangat banyak kali.
tapi sebagai blogger. saya tetap nak abadikan cerita tentang ini dalam blog saya.
supaya nanti bila wajah dah tua, tangan dah kerepot, little ryan nak kenduri cukur jambul anak dier. saya boleh bukak blog then tunjuk kat dier.
"ni. cerita pasal cukur mohawk baby dulu'' *eh tukar la takkan panggil baby lagi. hee 
kan bahagia jeeee. ^_^

saya lupa tarikh nyer bila.
yang saya ingat masa tu little Ryan dah 3bulan lebih.
manjang lupa.heee. urat lupa kena potong sekali time operate aritu. :P
kenduri kat kampung ajak.
semua balik. seronok sangat. meriah betol nak buat kenduri potong jambul little Ryan.

sembelih kambing seekor.
ada orang cakap kalo anak lelaki kena dua ekor??? takpenah tahu pun??
mazhab mana ek?? betol ke?? sebab kenduri Azad Ryan cuma sembelih seekor je. hee ^_^




menu haritu.
kari kambing.ikan keli salai masak lomak cili api. tembikai.ayam rempah.gulai pucuk (sayur pucuk +petai+bilis+pucuk ubi+serai kot) memang terbaeeeeekkk la makanan Negeri Sembilan.hee :P




mula-mula nak buat kaler pink sebab suker pink tapi tak sesuai la pulok kan.
jadi terussss tukar kaler biru sinonim dengan anak lelaki. :P
sampai khemah pun mak tempah kaler biru. terbaeeeek la ibu mertuaku. ^_^




pastu mak tempah team berzanji.
memang terbaeeeekk jugak.hee :P
pastu keluarga semua siapkan endoi / buaian berhias untuk baby.
katenya adat dan mak perlu endoikan baby time diaorang tengah berzanji.
sib baik baby tido tak henggat bisingg.. ^^




dalam kul 12 baru siap segala bacaan tu. nasik baik makcik-makcik ni pandai sebut AZZAD RAYYAN.heee :P
tapi pic cukur jambul takda la pulak.
sebab saya pegang dulang yang ada kelapa muda tebuk tu ngan potpuri sama gunting. ajak pegang anak. jadi pic adik beradik amik pakai kamera diaorang.
langsung lupa nak mintak balik. T__T
part paling bessss tang collection tu. OMG.terkejut sangat. heee ^_^




abesss majlis baru la Ajak cukur jambul little ryan betol-betol.
masa majlis tu acah-acah je. ^^
saya potong setengah je pastu giveup.susah betol sebab kulit kepala baby sangat lembut.
lebih-lebih lagi softspot/ubun-ubun dier. lembut sangat . :P





jadi macam ini la rupa my botak little ryan bila jambul dah takda.
sekarang dah boleh berbangga sebab rambut dah banyak.
walaupun sangat kerinting tapi tak kesah.
nanti besa pandai la lil ryan jaga.letak gel ke/brycream ke. hee :P

bila tengok gamba ni. mesti rasa macam. tak puassss lagi nak bermanja dengan anak time baby dulu. kenangan BF.kenangan kurap susu terlampau.kenangan tengkuk masam.kenangan bedong menbedong selama beberapa minit je sebab lil ryan tak suker bedong. n banyak lagi la. sekarang anak dah 10mo. 2mo to go dah setahun. cepat betol masa berlalu.


umo makin meningkat.muka makin kerepot. OMG.
perempuan mesti takut tua kan??? saya pun sama.....heee :P
itu ler ceritanyer.... thank u for reading this entry... ^^
<3 <3 <3


9 comments:

wardah @ fie shah said...

hihi, dah lama pun takpe ayu. kita rajin jugak nak baca. :)

^nanie^ said...

yu,nmpk mude ah...mcm around 20 gtuuu..hehe

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya kalau aqiqah untuk anak lelaki memang dua ekor kambing. Tetapi kalau anak perempuan seekor kambing. bagaimanpun kalau setakat majis kesyukuran dapat baby ganjaran bersedekah tetap ada. Wallahualam....

said...

alalalala bucuk2 comey....hehehe

(^^,)✿

Ati Masrif said...

comel-comel gambar ryan tu
dah mak pak comel..mestilah anak
pun lagi comel kan

tapi kak ati sedih lak bila tgk
pic2 ni...

sebabnya semua pic2 syahmi masa cukur jambul
hangussss...bila pen drive hubby simpan tu kena virus...huwaaaa


Jom baca: ULANG TAHUN KE-10

FAD RMLN said...

betul ayu, kalau akikah anak lelaki 2 ekor kambing. kalau perempuan seekor. mcm kenduri ayu ni xsurelah kira akikah atau hanya kenduri kesyukuran. tapi insyaAllah pasti ada keberkatan.

*i cakap baik-baik mcm ustajah fad.

Eyka Imanie said...

cutenya bby...

Scha406 said...

yu....rindu kt u....lama i x bukak blog u..ape lg blog sndiri....hopefully u sehat...take care

CaHaYa^KetEnaNGan said...

baru baca..haah..kalau akikah 2 ekor kambing..anak perempuan sekor kambing..so kalau majlis kesyukuran takpe seekor kambing