who's stand by ur side?

19 April 2011

makin besar makin macam -macam

sila jangan boring baca pasal anak saja kerana saya adalah sangat kekeringan idea nak update blog. kalo bukan sebab hati naluri dah jatuh cinta dengan dunia blogging. memang susah la nak upate. kang blog merajuk susah saya. hee :P

saya masih tak percaya anak dah setahun. seolah tak penah terlintas dalam pikiran yang akan ada zuriat pada umo 25 tahun.*ok fine. 26 tahun 20nov ini.^^.semalam pukul 11.23 malam macam terasa seram sejuk je dekat perut. adakah ada kaitan dengan hari kelahiran anak?? hehe. tak tahu n ignore je la. occay. lately semenjak nak setahun ni Azad Ryan sangat la macam-macam perangai. kadang rasa geram pun ada. nak marah pun ada. tapi marah ibu adalah marah sayang occay. bukan marah betol-betol lagipun tak sampai hati la nak marah sangat pada anak yang tak tahu apa-apa pun. paling tidak pun kalo dah geram sangat saya tepuk tapak kaki dia. ataupun tarik telinga/tampar tangan. haha *joke ^^

2,3 hari lepas. saya macam nak pecah perut gelak sebab Azad Ryan dah jalan dengan laju. haha. tidak la laju mana pun. budak kecik jalan terkedek-kedek itu kira laju la occay. tapi kalo depan orang. kemain malu macam anak dara. langsung tak berjalan.kalo atas dukung pulak Azad Ryan mesti menggeletek nak turun. memang taknak dukung. macam mana la kalo dah jalan betol-betol nanti. tak ke haru dibuatnya. mau satu mall bising suara mak nyer terjerit-jerit. huhu

semenjak setahun ni. perangai mengada-ngada pun bertambah-tambah. semalam masa suap dia makan. Azad Ryan mengesss sebab takmo makan. tapi sempat la beberapa suap sebab saya adalah sangat risau kalo anak tido tanpa makan apa-apa. jadi bila saya buat-buat marah haruslah dia merajuk sampaikan saya nak dukung pun taknak. haishhhhh. tapi yang merisaukan hati. selera makan dia dah berkurang. adakah wajar dan perlu diberikan any supplement / scott emulsion untuk anak setahun?? supaya selera makan dah kembali macam dulu. sangat risau sebab Azad Ryan tak penah ada masalah makan. semua benda pun dia makan. tapi sekarang. baru sua tangan pun dah geleng kepala. adoiiiiii. :P

makin rapat dengan daddy. yeeee. saya jeles sebab anak lebih rapat dengan ayahnya. hehe.sampaikan asal daddy balik keje je celah kelangkang jugak yang dia duduk. tapi kalo tido mesti celah ketiak saya. heee. selalu kalo time daddy balik keje n bagi salam. yang tengah tido pun boleh bangun. geram betol. pantang denga suara ayahnya mesti laju je nak pegi. alahai. terpaksa la tetapkan peraturan. kalo balik keje lambat / time anak dah tido kena bagi salam secara berbisik atau tak payah bagi salam. haha.keji tak??
tapi bila anak dah besar ni mula la rasa macam " jadi kecik je boleh?? tak puas rasanya nak bermanja''. nak bau baby. tengkuk yang masam tu. ngempeng celah ketiak.terasa macam rugi tak catchup semua memori yang indah tu.maklumlah anak pertama. haruslah beria lebih. heee. tapi bila ada blog. boleh jugak baca balik moment-moment time mula-mula pregnant n sampailah hari ini. jadi. kalo takda idea pun kena update jugak supaya tak da la ralat sangat kalo tetibe anak depan mata dah jadi anak bujang. hee.


mommy loves u...............^^

3 comments:

Anonymous said...

k.u.. bile nak second baby? hee :)

Scha406 said...

so sweet.....

Ummu Iman_Irfan said...

mcm iman saya lak...
genap sethn mmg wat perangai...
nk marah x smpai hati...
rupa² sebab dia tau nk dpt adik..
tuh yg meragam... hehe...
cube ayu check.. kot ade yg 2nd?? opss.. :P