who's stand by ur side?

20 June 2011

Lampi pun sayang jugak :P buweeekkk


kita dok sebok-sebok cakap anak macam awan nano.
bukan kata mak ni je yang cakap. maklong dier. makngah dier. pendek kata merata-rata yang jumpa la sebok dok kata Azad Ryan awan nano.sekali tu kat kampung maklong Ryan usik-usik la cakap macam awan nano kan. takpela.ok la lagi.

masa dalam kereta nak pegi mana entah. keluar la lagu Hafiz Awan Nano tu.

nak tahu ajak cakap pe.

'owhhh. patut la ramai cakap baby macam awan nano. lagu Hafiz AF rupanya'


aku macam. apa ke LAMPI sangat bapak orang nih. HAHA. :P

korang tahu lampi aper???


LAM : LAMBAT
PI : PICKUP


HAHA. adoiiiiii la. entah la nak cakap menda kan.

entry entah hape-hape tak?? macam sampah punya entry pun nak tulis ke???? muahaha :P
T_____T






hantu Nano



dah berapa hari tak tengok blog. rindunya. heee :P
korang rindu ai tak?? mesti tak rindu langsung kan. hehe. ke rindu awan nano jek. T___T

awan nano progressing sangat excellent.
aku tak tahu la nak clasify hyperactive ke hape. tapi macam nak patah pinggang mengejor.
memang la aku lantakkan je dier nak main merata-rata kan. tapi aku takut tersembam kedepan je. kang hidung cium jalan pulak. udah ler hidung ghuper aku. ko tahu BFF aku si suria dia cakap hidung awan nano sebijik macam aku. lubang nak tak nak ader je. cisss kejam :P
muahaha T____T

khamis & jumaat lepas aku on leave sebab MIL ader checkup jantung ngan pakar.
so kali ni turn ajak yang bawak mak eh. harussss la cuti kan.takkan nak suruh mak dier naik bus pulak.derhaka okehh. T___T
jadi berkampung la kami kat gemencheh ecececeeh.
sian mak aku tengok. mak dah 64tahun. macam-macam la pulak sakit nyer. haritu kan jantung problem sikit. pastu doctor suspect tonsel pulak * okeh salah eja.* tonsil.  dengar mak batuk teruk. ngah tidor memalam mula la aku dengar. macam batuk kering tuh. ^_^: aku kan macam dah burung hantu.tido nak tak nak je.

abisss tu awan nano jap-jap uweeeek. jap-jap mengigau. aku pantang dengar suara anak mesti terjaga. tapi paling tak tahan dengar suara mengigau bapaknyer. nak je aku hempuk pakai bantal. jangan kau mengigau panggil cik milah ke hape sudah ler.  muahahha T____T


balik malam khamis.
bila dah macam pokok krismas. kiri kanan beg. harusss la aku sangkut budak ni kat lugage kan.
sonang kojo omak kau. HAHA :P





cerita kat kampung tak bape banyak.
adik beradik tak balik. kami-kami je yang ader. jadi aktiviti pun kurang.
balik-balik ajak tenung aku. aku tenung ajak. pastu makan buah kuinin.
waahhhhh heaven kuinin kampung.kuning. manesssss.:P

sabtu tu merayau habesss kan duit pegi pekan Bahau. giler berlagak mamat nama Abdul razak tu. mentang-mentang kampung dier ader wayang. nak jerrr berlagak ngan aku. konon-konon. kat kampung aku takda wayang la kan. cissss. ' ader aku kesoh????'. muahahha :P
sebenarnya menantu omak ni nak belanja baju raya untuk mak. perggghhhh kipassss mak kan. hehe
so lepas pegi beli baju raya terbeli pulak basikal tolak awan nano.
'dah lama dier teringin'. hehe. emaknya berkata. :P
harga RM 165. korang nak tahu apekkk tu konon-konon kasi diskaun RM 155. sekali tu dier cassss bateri takda brand tu rm 5. tak ke diskaun 5hengget je * bukan dapat free ke??? apek.apek. T____T

tahun ni raya kita balik kampung naik kete baru ek. baby... omak ngan apak kau nak tumpang okeh.hehe




pastu beli durian. sedapnyer durian kampung.
balik-balik rumah. masa tengah kopek-kopek durian tu tetibe hantu durian keluar. HAHA.
siap pakai cawat bawak lari bekassss durian. :P




okehhhh. 8ulas untuk awan nano. 8okeh. :P
kalo ikut hati memang taknak kasi makan pown tapi kalo dah hantu buah tu. yang kita tak bagi makan tu yang dia nak sangat. jadi lepas ni kalo beli durian nak kena sorok-sorok. hehe
ko tak hengat yang kitaorang makan pancake tu???.
3pcs pancake tu untuk dia sorang. tak aci betollllllllllllllllllllllllllll.
T______T





okehhh babe. behave. esok dah besar tengok blog omak kau nih jangan malu pulak asyik-asyik gambar pakai pampers je. hehe :P. balik dari kampung semalam singgah KK home deco dekat nilai. beli itik 3ekor & frame gambar. hak tu nanti-nanti la. keje bertimbun * la sangat nih. hehe :P

thank u people yang follow & refresh blog ni lapanplohkali. *perasan.
sayangggggggggg korang semua. T_____T








15 June 2011

BFF


okehhhh.dah la. tutup cerita kontroversi. :P

semalam my BFF call kater nak show off kete baru. cinabeng la lu minah.
berlagak nak mamposs kan!! HAHA. lagi nak up. giler berlagak. tapi aku suker je.muahahha
diaorang janji nak datang 7pm & punpangpungpang after maghrib baru keluar.

aku kemain la bersiap ingat korang nak bawak pegi alamanda.sekali pegi makan kat presint 9 je. huhu
tapi ok la. aku pun tak da la siap lawa-lawa sangat kan. selipar jepun. tshirt & beg anak. cukup. *padahal memang selalu-selalu pun kau selekeh nak mampos. muahahha :P


apak Ryan takda. belum balik keje sebab office ader function.
so pegi berempat je la. Awan Nano & makcik-makcik pimpampetpot. HAHA





Rindu Awan Nano tak???? heeee :P




kitaorang makan Chic Chop. aku belanja RM 34 hengget semuanya.
nak harap korang memang harammmmm. HAHA. :P
tapi takpe makcik. oleh kerana korang sanggup datang jumpa teman sepenjenayah ko ni jadi aku belanja laaaa. lagipun kesiannnnnnnnn. sorang nak kawen bulan 7 nih.
sorang nak kawen entah bila tapi dah tunang.* tahun depan kot.
jadi orang nak kawen memang banyak nak pakai duit kan.
simpan la duit tu. lagipun sekali sekala takda hal. jangan pulak korang datang selang 3hari sekali.
mampooossss aku nak open table.tokey balak pun jual kilang. T_______T








lepas dah gosip segala dalam pukul 10 baru hegeh nak balik.
nasib baik Awan Nano dah tido petang tu. tetibe balik-balik je dari umah pengasuh terusssss tidor terbungkang tak hengat. *sebenarnya mak kau yang terbungkang dulu.hehe :P
macam tahu-tahu je omak kau nak berdating ngan makcik-makcik ni.
jadiiiii. tak da la dia nak meragam kan. budak jenis tidor schedule ni sharp-sharp masa mesti menagntok okehhhh. jenuh la kalo ko menagamok nak oiiiiiiii. mak nak membebel pun tak senang duduk. tapi mujur Awan Nano behave. so aku & the gang boleh makan dengan senang hati. muahahaha :P



yang baju kaler merah belang-belang * macam banduan tu.Suria perkasa Hitam. muahahah :P
yang baju bunga-bunga tu Min yang lembut macam jelly. hehe T____T










yang tudung biru tu. yang korang tak suker tu. muahahhaa :P






ke suker. HAHA.
perasaaaaan la kau. tapi hidup manusia ni memang macam awan nano pun.
sekejap dibenci orang. sekejap disuker orang. tapi disuker tu sekejap sangat la.:P

abesssss tu memang dah lumrah tak boleh puaskan hati semua orang kan.
terima seadanya sudah la. yang elok teruskan. yang tak elok perbaiki.
lagipun macam biasa la.


mesti aku yang JADI MANGSA.
dari dulu sampai la hari ini. jadi nak taknak REDHA je la..............................
sayang korang. T____T





Bukan MAKSUM :P

datang keje je dah pening. T____T
okehhh semalam ader cerita pasal pegi MID nak cari wallet.
ader la yang terasa sebab aku cakap GUESS kat butik tu macam pasar malam.

tapi bukan aku kata. ajak yang kata sebab ajak kata KALO AKU pakai nampak macam pasar malam.
mungkin pemahaman orang. kami laki bini nilai yang kat butik tu macam kat pasar malam. tapi sebenarnya kena faham yang dikatakan oleh apak ryan itu adalah bila AKU yang pakai akan nampak macam pasar malam.:P

jadi isunya. meh aku jelaskan kat sini.
kalo orang tu pandai gayakan sesuatu barang tu.
yang pasar malam pun nampak macam yang baranded.hak petaling street pun nampak macam yang branded.
yang Times Square. yang Uptown pownnnnn akan nampak macam baranded.

isunya ajak mengata aku. bukan aku kutuk hak dalam GUESS tu semua macam pasar malam.
or.
hak orang lain pakai tu macam pasar malam.


kena baca balik entry aku tu. aku memang dah berkenan. tapi tukang yang membayor tu takmo. sebab tu aku kata 'aku yang nak pakai ke dia yang nak pakai'.

jadi senang cerita. sory la dari kami laki bini jika ader yang terasa sangat pasal
'' ajak kata aku pakai nampak macam pasar malam''.
malas nak cakap yang itu bukan niat ke. itu bukan maksud aku ke sebab nanti di manipulate :P

aku bukan selalu pun beli barang ori-ori ni. from top to toe.
most of tempat aku shoping pun tempat-tempat yang disebutkan diatas. yang penting cantekkkk pada PANDANGAN MATA aku. yang aku akan cari betol-betol ori pun is perfume.T_____T

nanti ader pulak yang cakap 'ahhhhh eksyen nyer kau. baru sekali sekala pegi masuk GUESS dah cakap macam kat pasar malam' : AJAK SAID.
haaaaa. jangan salah sangka pulak. ajak kata nanti akan ader orang cakap macam tu sebab terasa dengan kenyataan tu. tapi yang kami tengok tu memang yang jenis banyak diskaun & SA longgok lam gobok :p
jadi yang biasa masuk mesti tahu kualiti memang dah out kan.

lagipun i laki bini memang TAK SELALU pun masuk butik-butik branded.
nak masuk LV pun malu sebab gaya tak macam orang berduit. :P
kang SA tu mesti staring macam nak makan orang. T______T

dah la. apa-apa pun sory sekali lagi laaaaaaa pada yang pakai ori dan terasa pandangan kiteorang.
aku bukan MAKSUM. bukan MALAIKAT.



peace not war ^^,






14 June 2011

Salah Pancake : adoyaiiii.



sapa kata nak tulis belog boleh main tulis je???
tengok haku dah dua hari takda entry berkualiti *la sangat kan??? sebab nak tulis belog pun kena tunggu mood mari ma. kepala otak serabut giler * tak tahu pasal apa. hehe :P
 jadi haruslah jadi dasar pemalas nak mamposss sejak azali. muahahaha.

Ahad lepas bila dah tak jadi nak pegi tengok bb Zayyan cukur jambul sebab ajak ader hal.
jadi balik je dia dari 'ada hal' tadi terus Ajak ajak anak bini pegi MID. memula nak pegi KLCC tapi aku macam.
tak nak la KLCC.perghhh berlagak nak mamposss tak??? HAHA
pastu dah sampai MID baru menyesal sebab parking sangat la macam haram.
berejam tunggu parking. jadi lepas ni kena ingat. nak pegi MID jangan pegi berlagak cakap KLCC taknak!! puiiii dah padan muka. hehehe :P


korang dok gebang kat aku cakap makan pancake durian la apa la kan.
sekali masa pegi MID tu jumpa la pancake durian. mati-mati aku ingat pancake macam yang korang show off sangat tu. pancake yang kaler kuning gilerrrr gebu macam pau tu kan. bila dah beli tu *aku tak tengok gamba. terus dia goreng pancake dulu then tarok isi durian. alaaaaaa. macam ice cream goreng la. durian sejuk gilerrrr pastu pancake dia panas. beli la 5pcs rm 12.50.


nak tahu sapa yang perabih???. T______T






Azzad Rayyan makan 3pcs. mak ngan apak ko kena kongsi satu sorang. uwaaaaaaa. :P
kiteorang bawak la maka kat MCd kan. sekali tu ader la makcik crew mcd ni tanya.
"sapa makan durian ni. bau durian." time tu Ryan dok makan tak heran makcik tu. ekekeekke .
aku pun buat muka tak salah okkay pastu cakap ngan ajak. sapa makan durian. hahaha.
biar je makcik tu pegi hidu mulut sorang-sorang. hahahaha. keji tak???
abih tu ..ko giler nak mengaku. buatnya makcik tu kata. no outsider food allowed here. tak mampos aku nak hangkut makanan tu semua pegi makan kat luar kan. tak koserrrr mak. T____T









jap eh. :P lepak jap amekkk napas. okeh bukan aku yang nak amek napas sangat. tu. bapak orang tu. pantang pas makan tak smoking mula la membebel macam orang tua. aku lempang kang sesaje je. hehe :P * raya mintak mahap. abesss tu ko tak hangin satu badan. sepanjang-panjang perjalanan dok panjang tengkuk cari exit ke tempat lepak ke sebab nak isap rokok. memang dasar  rokok dan ajak tak boleh dipisahkan la. cer kalo tak jumpa aku sekejap. tak da meroyan macam tu ghupe. konon-konon sayang sangat aku tapi suruh behenti merokok taknak. sebenarnya aku peningggggggggg duk sebelah orang merokok ni. tapi nak buat camner kan. dah sah-sah laki ko. terima je la walaupun memang aku menyampah giler pown. muahahhaha :P

sebab tu toilet kena asing. toilet ajak kat luar. yang dalam bilik aku punya.
nak muntahhhhhh okeh bau asap time mandi. aku tak faham kan orang laki ni. nak pist off pun nak kena sebatang. pas makan nak kena sebatang. lepass teeeeeeetttttt pun nak kena sebatang. tapi kalo ko baru nak tettttttttt tapi ko kena sebatang. memang tak hingin aku tahu. tak lalu nak cemolot. muahahhahaha.T____T

apasal pulak ko tak hangkut dengan majalah siap tv sanggul pacak dinding lam toilet kan. melampau...... :P





sebenarnya pegi MID pun sebab nak cari purse. aku punya purse LV *pasar malam tu da ternganga-nganga. :P
aku ni memang jenis pakai barang sampai lunyai. selagi elok. selagi tu la dok pakai sampai la jadi macam hape entah. nak citer pun malu. pendek kata. bila ajak dah cakap 'purse omak kau kita boleh hantar pegi arkib negara sekali ngan tv baby. dah terkopak-kopak kulit apak tengok' HAHA.* bukan nak tolong beli.

pastu masuk MNG. langsung tak berkenan. macam vintage-vintage je aku tengok. mahal mereput lak tu. pastu longgok-longgok kan. memang kualiti dah out la. pastu masuk Guess. ader la yang berkenan jugak tapi ajak kata serupa macam yang pasar malam. tak nampak exclusive la. tak bape cantekkkkk la.
'' sebenarnya bang. aku tak faham okehhhhh. ko nak pakai ke aku yang nak pakai. kemain condem kan. semua tak berkenan kat mata ko kan bang''. ko senyap-senyap sudah bang oiiii. jap g aku dah berkenan baru la ko datang balik kat aku sebab nak mintak bapak ryan sedekah sekeping dua. muahahahha :P


las-las beli masuk Charles & Keith. wahhhhhhhhhh. rambang mata kau. jap aku pegi kiri jap aku ke kanan. tak tahu nak pilih mana. aku amek satu-satu pastu tunjuk kat ajak. yang ni bang. ''ok.ok. cantekkkk' yang ni bang. ''cantekkkkk jugak.lagi cantekkk dari tadi'. pastu aku amekkkk la yang tak cantik kan pastu tanya. yang ni bang???? 'wahhhhhh. cantekkknya' cisssss. ni sah-sah ko dah letih kan bang sebab tu semua dia berkenan. cettttttttt. T___________T



tapi dalam banyak-banyak tu. rembat la satu. dah pukul 8 time tuh.esok nak keje nih. kang banyak-banyak songeh karang kena pang ngan ajak tak pasal-pasal. hahahaha :P
amekkkkk la kaler merah. * ajak pilih. emmmm. ok la.T_____T








itu ler cerita. cuma yang aku tak faham. lelaki ni memang bising potpetpotpet kan kalo pompuan pilih barang kan. padahal cerrrr kalo laki pilih spender. aku rasa dekat 3jam dok belek tengok kain sajer. pastu check lagi tengok ader pokettttt ke takda pokettttttt pulak. muahahahhahahaha. T_______T

lagi nak potpetpotpet kan. huhu :P















13 June 2011

memang dasar.


hari ni takda entry pown kan. dasar pemalas nak mampos memang la cenggini.
aku kalo dah datang angin malas. manjang la malas nyer.
nak BW lagi tak kohser mak. ni kan pulak nak update belog. lagi dah macam ' giler punya malas.
tapi sekarang baru nak update apehal?? hehe :P

minggu ni maybe aku keje 3ari je. UMI ( pengasuh Ryan ) cuti 16hb.
jadi mak tak kuaser jugak nak hangkut si kecik pimpampetpot tu datang ofis.
ofis adalah sangat sejuk okeh. nanti anak sesema mak tak tahan nak tengok. huhu
jadi keputusannya amek cuti je la. lagipun mak ajak kan ader jantung prob.
so. ader checkup ngan specialist 17hb. jadi maybe akan balik kampung ajak weekend ini.



semalam sepatutnya pegi cukur jambul Zayyan. tapi sory daddy zayyan.
i ader hal.*tetibe tak boleh elak. huhu :P
mintak maaf baby. nanti ader rezeki makcik jumpa ngan baby okeh. tunggu triple Z.hehe T____T


sabtu tu dah pegi beli tv. siap bergado ngan apak rayyan la pasal beli tv.
ateee. tv sanggul tu aku dah anto pegi arkib negara. muahahhaa :P
dari bertukar kaler sampai la ilang suara. siap kena ketuk-ketuk baru gambo nak muncul. mau mak tak hangin satu badan. haha.

nanti la cerita yang tu. esok.
kot-kot dah tak da cerita sangat kan. hehe :P
lagipun kalo dah memang pemalas ni. memang malas la sesado. nak type malas. nak pikir malas.
serba serbi la malas. hehe T__________T






10 June 2011

rezeki jumaat



hari ni cerita lagi sedih. uhuk.uhuk.^_^:

pegi lunch tempat biasa. kedai pakcik saiful. :P

nyiuk.nyiuk.nyiuk bunyi aku kunyah makanan. :p


dem.dem.dem.
apa benda ni.

nak tahu tak.
*
*
*
*





aku makan selipar jepun berperisa ikan rupanya. huwaaaaa. T____T

okeh tipu. aku makan ikan pari bakar. tapi liat gilerrrr daging dia.
kalo campak kedinding kompem datang balik. :P
nasib baik pakcik saiful sedekah pisang seketul. * ke dia dah tahu pari tuliat. hehe T_T


kalo pari tu masak sangat daging dia jadi liat eh korang. * tak tahu aku tak pandai masak.

ataupun.....


pari tu dah berumur 40tahun. HAHA.


tapi belasah lah jugak sampai licin.
rezeki. jangan ditolak. somalia merintih takda makanan okeh.
bersyukur. bersyukur. :P





'Blogging itu Aku Suka!'



yeay. sapa nak blog dia kena review by syaimzhebatz. * jenuh nak type.hehe :P
sila amek banner ni pastu tempek kat blog masing-masing pastu copy paste la kat belong syaim neh. tol ke nama kau syaim. * baru kenal. hehe T___T


nak join click banner okeh. kalo tak muncul-muncul. search la nama tuan empunya yang hensem rupanya.eh rupawan . muahahaha :P









pastu tag la sapa-sapa. just simple as that. :P

nak tag sapa yang maleh nak buat kerja. ekekekeke :P
amek ni haaa. tempek buat entry jemaat. kot la dia review blog kita. pemessss sekejap la kan. hehe



ok syaimz. dah siap. *jangan tak baca. ai sentap u letih ai buat. HAHA





puts a smile

Day 12 - Something that puts a smile on your face no matter what.












what can i say everybody. heeeee :P





Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d:28)




 

09 June 2011

anak sapa la nih







bila nak pegi salon potong rambut.??
mak cakap : ajak daddy.
daddy cakap : jangan lupa bawak mak sekali. rambut mak kau pun dah macam mak lampir daddy tengok. HAHA.


aku??



 terlopong !!!!!
T_____T


dia cakap aku ke?? hehehe. :P




Jangan bagi budak kecik main FB

yawww.
ini penghinaan ke hape?? hahahaha.
makcik sedar diri makcik. uhuk.uhuk :P
nasib baik kau anak buah sulung makcik. kalo tak. makcik dah saman ko juta-juta. saman malu. T____T




kakak sulung. sila jangan bagi Amisya pakai akaun FB ikut suka.
bahananya. adik kesayangan awak yang kena. huhu.
budak kecik adalah cakap benar okeh. tak main tipu-tipu atau pusing-pusing.XOXO.


tapi part makcik lawa sekarang tu makcik suka.HAHA.
ye la. nanti makcik up la duit raya ko ek. saiko betollllll. T_________T





08 June 2011

Rezeki

satu hari takda entry kan?? keje berlambak * la sangat. hehe :P
ader keje sikit so pepaham la ek. tapi aku apreciate giler la korang dok refresh page aku patploh lapan kali sehari. hehe.* tampo sikit. :P

hari ni nak citer pasal rezeki.
mak aku selalu cakap. 'sedangkan makanan dalam mulut pun boleh jatuh' inikan pulak tertinggal tomyam campor kat cafe. T_____T.
sedih mak.sedih!!!! tadi pegi lunch kat cafe office.
pastu makan tomyam ngan nasi putih.
kengkonon malas la nak masak balik karang. tu yang order tomyam campur bungkus.
tapi. sedih sangat. sebab tomyam kemana apa kemana.
terlupa beli tomyam jadi harussss lah tertinggal kat cafe pun kan.
ieeeee. macam mana boleh tinggal pun tak tahu.
* ke padan muka sebab malas masak.HAHAHAHA


rasa macam nak ketuk kepala sendiri je. ke korang nak tolong.
hamboi.hamboi.hamboi. laju je ek korang. T_____T






tapi kalo dah takda rezeki macam tu la. kira halal la untuk sapa yang jumpa.
kalo pun bangla yang tukang kutip cawan tu. aku halal kan je la. mana tahu rezeki aku lagi bertambah pasni kan. uhuk.uhuk.

sebut pasal bangla. pagi tadi masa nak datang keje tengah laju-laju drive tu.
tetibe jumpa bangla bawak basikal tengah-tengah jalan. macam nak pergi bersiar-siar KAU.
kalo buatnya aku terlanggar macam mana?? tak ke panjang pulak cerita.
aku tahu la kampung kau kat bangladesh semua orang jalan ikut suka.
sib baik naik basikal. kalo naik lembu???? dah pulak aku yang konfius.

aku ni kat bangla ke malaysia. kan.kan.
sapa setuju sila belanja saya tomyam campur. huwaaaaaaaaaaaaaaa.
takmo citer ajak. nanti dia cakap suruh sangkut tomyam kat leher pulak.
T______T

HAHA.