who's stand by ur side?

22 June 2012

Biz kecik & Ryan eksiden.


kalo tengok last entry,
macam dah sebulan lebih tak update belog, emm
Salam, selamat pagi :)

baru masuk opis RABU, 2 hari pegi kursus kat Concorde KL, semaknyer lahai nak balik petang, dengan jem lagik, dah lah nak balik jauh, ekekekeke..puiii padahal putrajaya je kot..:P

sekarang bizi giler, sapa tahu tahu lah, tapi pada yang tak tahu kita ader buat bisnes online, kecik-kecik je pun. hehe. tapi alhamdulillah everything goes well. ader assisstant siap. haha, tapi nanti lah reveal, payah nak upload gamba, nak update link, bb takdop. assisstant pakai..:P



kat opisss semua dah kena block. boring betol lah korang. hehe,
itu tandanya orang suruh buat keje, tapi yelah. kalo dah nama manusia, mesti nak bersosial jugak kan. tapi takpelah, berkat sikit kan,tapi kalo fully access pon takda lah kita nak mengadap pc 8/8h kan. paling tidak pun jap bukak, pastu boring tutup, bukan dok berchatingggg je. keje karang entah kemana. pastu orang bising. hehe :P


eh, bossss!!!!! *ayork mampos dier baca. hehe

ni minggu lepas punya cerita, nano accident,

bukan nama anak jantan kalo tak berlari bawak marker pen, pastu jatuh terduduk sambil pegang marker pen secara tegak, terjatuh pulak atas marker pen yang tegak tu sampai belubang kat kepala. adoiiiiiii, menagessss semahunya aku. tengok anak dah selok, tambah aku selok, jadi berselok-selok. ekekekek :P



nahhhhh,





sib baik tak jadi apa-apa, tah kena jahit ke kan. maunya aku melalak-lalak kat tepi kaki doctor. *overrrrrr. padahal depan mata tu. patut la tengok galok sangat berlari sana-sini. heee :P



semalam pulak,

dier dok ralit main kereta adiah besday boss daddy belikan, AUDI A3.. hehe :P time tu anak-anak buah ader datang rumah. pehhh lagi kemain selok main. sekali tu, aku siap-siap maghrib aku keluar bilik, sekali tengok,

kepala dier terlenggok *mendongak atas seat tu, aku panggil,

baby, baby, *tak menyahut,
Rayyan..Rayyan, *kerasss tak menyahut,

berlari aku pegi kat dier,

tepuk-tepuk pipi, *keras
tepuk-tepuk pipi lagi *senyap sambil mata tak berkedip
aku jerit, heyy baby * senyapppppp.....

aku panic, bukak selt belt, dukung anak terus peluk dier......* sambil menagesssss. ko nak mati, memang panic giler, yelah mana tahu terhantuk ke hape, tapi kalo tengok memang macam pengsan cuma mata tak tutup , YA ALLAH apa jadi ni....:(


sekali aku dah menagessss, Rayyan pusing pastu tersengih-sengih, si alice pulak tetibe cakap, 'kiteoang main eksiden-eksiden, bawak cars langgar dinding pastu buat-buat pengsan' HAHA, main-main jelah, 'mak ko memang drama queenn kan'

hehe, aku memang nak tergelak tapi nak mampos kalo betol-betol pengsan, mesti mak gelabah macam nak putus nyawa kan. hehe

jaat tau nano, boleh pulak dier berlakon camtu, serius lak tu. HAHA. ieeeee macam nak geget-geget rasa. aku dah la jenis panic, kang suh buat lain terbuat lain pulak. hehe. abis sudah episod sedih, aku masuk isya' sambil tinggal nano si drama baby kat depan dengan mastermind/ bisnes partner gua. ekekekek :P lap-lap airmata. hoho :)


bye, jumpa tahun depan pulak. ekekeke,












07 May 2012

Short Trip - Day 2

Salam Isnin,


segarnya pagi nehh. tido pukui 1.00am. bangun pulak pukui 3.00am pastu bangun pegi keje pukul 5.45am. huwahhhhhh. macam nak tido pastu berlagak macam opis ni bapak gua punya jeeee. sekali kena pang dengan bosss baru tahu langit tinggi ke rendah. hehe :P

sambung citer pegi melaka,

malam tu tekak ni macam teringin sangat nak makan seafood. i tak penah pegi umbai. tengok kat blog-blog banyak kata makan 'emm not bad lah' jadik. cancel terussss nak pegi sana. bhahahhahaha. lagipun malas nak drive jejauh. dari bandar hilir tu dekat 40km jugak lah. entah ye tak. gps yang bagitau i. muehehhehe :P
sekali tu tengah jenjalan cari seafood restaurant. aku nampak la signboard tu. paksa la ajak berhenti.sekali tu tetibe


''toinkkk. ajak tunjai kepala gua' *ini dah lebih kot.hehe


''ini seafood cina tokpek mana''.....blablabla


haha. ok tersilap. kat situ bukan takat seafood je ader. siap itik patah leher pon boleh jumpa. oink-oink pon kalo rezeki boleh dapat tawwwwww. haha. sentap mak terus ajak cari tempat lain. at last jumpa la jugak apa tah nama restoren tu IMANS SEAFOOD. camtu la rasanya.


tengok kete banyak je. so expect sedappppp sesado la kan. :P


order nasi putih dua, air sedap, telur bungkus,




Sotong sweet sour,




udang goreng tepung besar-besar ibu jari ajak, ekekekekek :P


ikan bakar, abissss licin siap bertambah nasi kawwww.
taste : ok lah sedap, cuma ikan bakar agak tawar cuma rasa sambal jeee. yang lain-lain okay. semua sekali rm69.00. kenyang alhamdulillah......burpppppp. :P apalagi balik tido terbungkang la. hehe.

apa?? nano???

awal lagi dah terbungkang tido. naseb baik bawak stroler. dah lah maut-muat je..kaki terjuntai terlebih ke bawah. haha. mana tak. dah besar panjang dah kan anak bujang tu. sekali tengok kaki dier bintat-bintat tau. maklum lah. makan tepi jeti. 7keturunan nyamok ader tawwww. hehe





esoknya, went to zoo. yehaaaa. after bekpesss segalan. check out baru pegi zoo. sebelum pegi zoo tu singgah dulu makan mcd. ramainya orangggggg. rasa nak terkincit tunggu seat kosong. elok siap makan pukul 12.30 terussss pegi zooo depan tu jekkk. sebelah taman buaya. tapi takmo la tengok buaya. i nak pegi satu tempat semua binatang ader. senang sekali harung. ekekekk :P


i think zoo melaka sangat besss. i penah pegi 2 zoo je pun satu zoo negara, pastu zooo melaka. hoho. tapi zooo negara haiwan dah berumor. jadi kojer nyer tido ajer lah!!


masuk sploh hengget. budak besar nano tak baya. :P sepppppp!







Ryan eksaited giler kot. abesssss satu zooo dengar dier betempik. haha. kelaka. actualy dier memekak nak naik bas pendek tu. coaster ke apa tah. :P heyyy, ingat boleh main tumpang-tumpang ke???




walaupun matahari tegak atas kepala, ketiak toksah citer kat sini lah!, bau badan kalah hipopotemos tapi gagahkan jugak tawaf satu zoooo. kemain kau semangat kengkonon nak suh anak kenal binatang. haha.  bajet-bajet balik key-el bila tanya,


baby ini apa?? boleh jawab...
baby ini apa?? boleh jawab........


rupanya,


sekarang bila tanya,


baby macam mana bunyi tiger??
aummmmmmmmmm....
baby macam mana bunyi elepant??
aummmmmmmmmmmmm....
baby macam mana bunyi rabbit???
aummmmmmmmm...
dah pulak!! pitam aku cenggini. bila tanya lagi macam mana bunyi daddy??? haha. aummmmmm. haha.yang tu memang rimau belang tapi bukan hidung belang okay!!! :P



cool tak tapir??? orang datang ziarah dier bantai tido. korek hidung nanti baru tahu!!

 


okay paling comelllll sekali ziraffe. sebab makan rumput sambil tido. ader ke patut??



muka toyeeee toksah tanya la. mana taknya kalo matahari tegak atas kepala. badan melekit-lekit. 1.30 time ni, jalan dah jaohhhh tapi tak jumpa exitttttt. pehhhhh. macam nak pitam!








burung unta paling mesra alam, terjongoh-jongoh kepala mintak makanan. kesian, kami tak bawak apa-apa pown. kalo tak dah boleh kena hamun ngan orang zoo kot asyik laaaa nak FEEDING all the animals. semua comelllll-comelll je. tapi sayang takleh pegang. kalo nak pegang pegi melingkup australia sana!!! peluk panda!! hehe :P

 


tengok jaguar teringat-ingat citer Apocalypto. bessss movie ever!



next time macam nak pegi kuala gandah naik gajah! mungkin aku ngan Ryan je yang naik sebab takut gajah tak larat nak bawak sorang lagi tu. berat 80kg kot. hehe. heeee. gamba bawah ni comellll jeee sampai terlihat gigi nano tinggal separuh.

*gigi rapuh kurang kalsium (sedapkanhati) :P




time naik jongkat jongkit bapak kelakar giler. aku naik ngan anak je mula-mula. sekali ajak naik sekali. yang belah aku punya tak turun-turun dah. hahahhahaha. berdekah-dekah gelak sampai orang keliling pun tergelak. cemana tah tak boleh turun. padahal takde la ringan sangat powwwwnnn aku ni. HAHAHAHAHA
T__________T
Ryan gelakkan aku tengok aku tak bergerak atas tu. haha



one of my favourite pic. *tak tahu nak caption apa dah.:P

 



sudahlah,

jom balik mandi waterpark. lagi heaven. elok pulak sampai wonderland elokkk je cuaca redup. sakan la kiteorang. haaa yang tu nanti-nanti upload. muntah lah tengok gamba. :P

nak pegi cari baju raya lah, tapi nak tema macam schaawal kawin. hijau pekat camtu. agak-agak comel macam scha tak nanti. heeeee :)


















03 May 2012

Short Trip - Day 1


huwaaaa.

letihnya keje 2hari ni. bertimbun tu taklah. tapi semua benda nak urgent. kalo keje tuk diri sendiri kan bes. aku lah bosss. aku la pekerja. hehe tak habis-habis dok pikir pasal tu :P

ok back to the topic. i amek cuti isnin lepas u. ajak kan cakap nak bawak anak jenjalan. so dier ajak pegi melaka jenjalan. ni kira short trip la & short budget. hehe.

i book for the budget hotel a day before leaving. sadis betol almost semua hotel fully book. yang ader tu rate 5/6 rat per night adelah. tak payah! cari hak bajet-bajet sudah. bukan pegi bercuti nak tido makan semua lam hotel ye dak??
T___________T

kiteorang stay dekat belakang Plaza Mahkota tu jek.

ambik Queen & single. baby tido yang single. mummy & daddy tido yang queen tu. bhahahaha.:P
ouch!!!!!! *kena cubit. sakit lahhhhh. ekkekeke :P ah. yela tu. time nak tido bertiga berimpit atas satu katil. sib baik tak gedebuk ke bawah. haha




macam nak kena buat 2 entry je. banyak sangat gamba gedik nak letak tawwwww. tapi more picta mesti kat fb. heee :)

kiteorang tak banyak jalan mana pun. tak pegi sangat muzium ke. apa ke. pegi yang sinonim ngan melaka je. lagipun seriussss panas giler melaka. tapi bessss la. lain kali boleh pegi lagi. aritu siap pecah peluh jantan kau. HAHA. nak mengejar si kecik tu lagi. tapi Ryan pun nampak sangat letih. maybe + panas kan so mood tak bape ader. cer masuk mall. dier berlari sana. berlari sini. siap terbaring-baring la. mak terusss pusing wat-wat tak kenal. haha dasar!!





penakut punya budak! lembu tipu pun takut.




mula-mula kiteorang pegi panjat bukit. dekat church tu. seriau aku nak masuk. tapi ajak dukung aku ngan anak sampai atas oklah. hehe. *tipu. ok tengok-tengok bawah dalam sepoloh minit pastu jom jalan. :P





on the street. artwork by a deaf & blind as well.





entah tak ingat nama tempat. HAHA. tapi kat bawah bukit tu la. ader meriam besi segala. i never been there. dulu ingatkan meriam ni kat atas bukit sebab kalo perang mesti orang shoot dari atas ek. hehe.:P rupanya die duk kat bawah. apa punya sengal!






aku naik atas time ni pukul 11.30. tapi siyes terpacak matahari atas pale. berpeluh-peluh. cemana la nak travel jejauh. nak backpack ke kan. mau pitam. hehe. si nano selokkkk nak naik beca. ok fineeee!! i mengalah. hehe. i takmo naik tapi bila anak 'nak aiiikkkk nak aikkkkk' ko nak bagi naik ke ko nak bia dier memekak kat situ?? heeee :P

ok Ryan yang pilih sebab ader angrybird seketui. *tak paham aku apa yang obses sangat ngan anjibeeeeed . hehe






orang kata kat melaka ader kapal selam ek. haaa. entah la yang aku jumpa kapal timbul jee. tu pun tak naik. take a picture pastu belah. kesian aku tengok budak yang kayohhhhh beca tu. muda lagi about early 20 rasanya. terpongeh-pongeh dier kayuh. HAHA. ajak la berat sangat!!! nano sajer dah 12kg kau!!

lepas tu kan. ni bukan nak mengutuk okay tapi nak mengata jeee. haha. sampai la depan muzium islam tu. ader laaaaa bukit sikit pastu budak tu tanya.

''bang taknak turun ke ambik gamba ke hape???''

ajak pun dengan konfiden je jawab. ' taknak la bang. panas-panas ni'

sekali budak tu tergelak lah.

''heeee bang. kalo taknak turun pun kena turun. bukit ni. tak boleh saya nak kayuh. tapi akak takpe. akak duduk je.''

HAHHAA. hambekkk kau. dah tahu berat lagi tak reti-reti kan. budak tu usung la beca tu ngan aku sekali. bergegau perut tau tengok ajak mengah-mengah kejar kteorang. haha





cantiknya melaka. suka sangat tau.




panas tawwww. gelegak otak. hehe :P rasa macam nak pegi berendammm je. serius cuaca panas giler. kalo ikut hati nak je balik hotel tidoq tapi takkan nak tido kan. kalo nak tido pegi sana balik putrajaya. tido la kau sepuas-puasnya. hehehe :P





masuk dataran pahlawan. minum. sekali ader pulak sale merata-rata. Polo Raplh Lauren tu ader buat sale dekat centre tu. pehhhhhh zupzap zupzap amek apa yang patut. hehe :P tapi semua baju nano yang comel-comel je pun. bertuah nyer anak. biar mak tak berganti baju pon yang penting baju anak tiap-tiap bulan ader je yang bertukar. hehe :)






sekali tu tengah shop' dekat padini kemain la selooookkk kan amek gambo Ryan. tetibe SA tu datang. 'miss. no camera here'


alahhhh. bukan nak tangkap gambo ko pun. tangkap gambo nano je pun. hehe . lagi nak membangkang. kedai dier lantak dier la nak wat law gone. hehehe :P lagi nak banyak bunyi. lalalalalala. Ryan kehulu kehilir. aku rasa tak shoping mana pun. nak mengejar dier sajer dah tersemput-semput aku.  last-last duk sejam lebih pilih baju baru keluar. hehe :P




*





*









*












*














*



















*











tengah-tengah orang sibuk shoping kau pun sebokkk nak duk celah-celah kain kan. sekali tertonggeng terussss ilang macho. alohhhhhhh kesian. tu la overrrr sangat tawwww!!!








ok la bai. sambung next entry. lagi fun okeh.!!

*perasankuasadua. hehe









02 May 2012

WordlessWednesday


seeing animal..





will update later. :P










27 April 2012

writing.


jumpa gambo ni dalam pendrive lama.





pengantin baru kawen *eh mestila kan. kiteorang pun baru beberapa bulan kawen jugak. :P

nano takda lagi time ni. nano tengah berenang-renang mencari entrance. hehe. i kawen lapan bulan camtu baru pregnant. kalo godek-godek folder lama-lama tengok gamba lama-lama terasa kecomelannn la sangat. gitewwwww. hehe

tapi kalo baca balik entry lama-lama *pengsannnn. kadang-kadang gedik. kadang-kadang mengada. mungkin time tu masih muda. sekrang nak tulis apa pun kena kaber-kaber jeekkkk. hehe. tapi kalo terjujur. please forgive me : P

realitinya,


'manusia itu tidak syumul'

i pun tidak sempurna.i banyak belaja dari pengalaman sendiri. sejak ader nano lagi macam-macam i belaja. kalo boleh i taknak berfb  berblog tapi i tak boleh. hehe *alasan. i suka share pasal nano pasal i pasal kawan-kawan i.  tapi ajak memang tak suka i berfblog. tapi aku kan degil.  







oklah bai. esok nak short trip. nanti-nanti la reveal. tu pun kalo rajin. hehe :P















23 April 2012

Mandi Pool

Semalam,

dalam pukul 1 lebih,

tengah golek-golek depan tv tengok akapelipto. tetibe enpon bunyik. SIL call kata nak datang umah. siap video call bagai. i just tunjuk muka Ryan tengah mandi je la.takkan nak tunjuk muka i yang tak mandi lagik!! muehehhehe :P dah nak solat zohor baru terhegeh nak pegi mandi segala kan. dasar!! HAHA

diaorang cakap nak datang umah. because nak celebrate bday Ryan. ni perli la ni. dah tahu maknyer wat dekkkk je bday anak. HAHA. ok fine!!. datang-datang kata i. bila nak datang???? sambil-sambil tunjuk tangan kat ajak suh dier pegi carik lauk. HAHA. kat umah lauk semua dah habis. Awan nano la makan. :P

sekali tu pesan kat SIL kalo nak datang message dulu. boleh i sedia apa yang patut. ye lah. orang jarang-jarang datang nak kena la jamu apa-apa kan. gulai kawah ke serunding daging ke muehehehhehe. :P periuk paling besar pun muat-muat 5 orang makan je. ada hati. periuk kukus langsung la takda. hehe

sekali tu dalam pukul 2 lebih ting-tong-ting-tong. aku tengok ajak. ajak tengok aku. apehal?? nak gado?? HAHA. ok  fine berlari gua masuk bilik. hehe. pegi mandi la. takkan orang datang rumah nak busuk masammmm kan. *ehhhh..belom mandi???? ehekekekeke. rupanya deme-deme semua dah anto message. ajak la tak korek telinga. boleh dier kata tak perasan pun bunyi pon. grrrrrrrr. gerammm aku!!


terus hilang kesupanan i tawww!!!!



pastu lepak-lepak jap tunggu ajak beli bahan. then balikk je dier laju je lah aku masuk dapo. siang itu ini. bajet nak masak mee goreng je lah. alamak sampai ke sudah tak amek gambo mee gorenggg. tapi kan. bukan aku masak. SIL yang masak. ngeh3. malam tadi ajak tanya.



Umar Affan si debot drumstik tebal. hehe :P



 

''u ke yang masak mee tadi''

''aah. *dalam hati meggeletek nak gelak nie'' HAHA

''sedappp!!!''


'' alah. sebelom ni masak gitewwww pun tak puji camni pownnnnn'' :P

''tak u. yang petang tadi memang sedap gilerrrr. lain kali boleh buat lagi''

*dalam hati mampos aku. heeee :P

HAHA. bergegau perut i tahan gelak. biarlah. nanti i terus terang balik. bukan i masak tapi kakak dier yang masak. kalo i masak. mamak pon boleh fengsannnn makan tau!! muehehehe
T________T


petang tu,


memasing datang sebab nak bawak bebudak mandi kat pool. putrajaya kan banyak pool tapi dah dekat 5tahun duduk sini haram sebijik pool aku penah pegi. hehe. minggu lepas plan nak pegi tapi hujan petang tu. hehe *alasan.

pegi pool presint 16. pehhhh ramai jugak eh orang mandi manda kat situ. kalo nak mandi kena baya. budak singgit orang tua 2 hengget. yang baya untung orang tua is aku ngan ajak je. kemain selokkk nak mandi kat pool. sekali tengok tempat budak-budak mandi parah pinggang aku. apalagi terusss tak mandi tempat dewasa. i tak pandai swimming. nanti kalo terlemas cemana??? hehe
T______________T

Awan Nano gedik betolllll. adik beradik ajak dah balik before pool close. kami stay sekejap sebab Ryan meronta-ronta nak mandi. aku?? dah bersalin siap dah. gatai kulit lah.hehe

sekali dah pukul 7 dah nak balik dier melalak-lalak sampai 7.15. 15minutes tahan malu. hehe :P punya la comeiii perangaiiiii kan. orang dah kata tak boleh nak mandi dah dier nak jugakkkkk. huwaaaaaaa. camni boleh pengsan nak bawak pegi mana-mana. asal nakkkk je kena bagi. melampau kan.!! haaaa. jom balik berendam kat umah.





sekali,

tengah-tengah salin pampesss anak tu. ader la budak tu pimpin tangan adik dier kot pastu cemane tah boleh tergelincir. adik dier punya melalak sakit la agaknya. masa budak tu datang kat mak dier. betol-betol sebelah aku jekkk. mak budak tu boleh tunjal kepala anak dier tahu!!

''kenapa tak jaga adik??'' *jerit!!

anak dier tengok je mak dier. aku kesian giler okeh tengok anak dier. kau tu mak. should be kau la pimpin tangan anak tu. dah tahu tempat tu licin. akai takdak ka??

pastu sambil-sambil lap anak dier. dier boleh pusing jerit kat anak dier yang i think besar setahun dari adik tu.

''BODOH'' !!!

dang!!! macam kena kat muka aku. aku rasa. ehhhh la. tak malu kat orang ke?? kot yeee pun ko tak terjaga. jangan la dok bodoh-bodohkan anak depan public gitewwww. dah la orang tengah siap-siap nak balik. memang penuh la dekat pool tu. ieeeee. shame on u.

sory. i terjujur pulak!!

but masalahnya. ayah dier tengokkkk je kat bini n anak-anak dier. macam muka takda feel. buat dekkkk je. bukan nak ambik anak ke. nak tolong bini kemas-kemas ke. buat dekkk je. yang dier tahu ''dah.. pegi masuk kete''

dang.dang *dua kali kena atas muka aku. heh :P

aku taklah nak membenci sangat perbuatan mak budak tu. tapi bagi aku la. tak perlu la ko nak maki-maki anak ko depan-depan orang. yang jadi tanggungjawab jaga anak tu sapa. ko ke anak ko?? kan. tah la. macam-macam manusia ni. aku pun kekadang naik hangin jugak ngan awan nano tu. kekadang rasa macam nakkkk je naik tangan. tapi tu la. asyikkk dok berpikir. dier masih budak yang tak tahu apa-apa. kalo pukul pun dapat sakit je la. terussss cool. hehe :)

Ryan pon kekadang datang mengada dier. hamboiiii kau. semua zarah kesabaran aku pegi kat dier. tapi kekadang kena jugak lah. opppssss..hehe :P





dik. orang suh belajar swimming. bukan berlariii. over tau..........





18 April 2012

Ryan turn 2 (epi bday baby!!!)

Harini Awan Nano dah turn 2years old. alhamdulillah. makin pening mak nak jaga. ekkekekee :P


kiteorang takda plan nak buat birthday celebration ke hape. bukan tak eksaited anak menginjak *amboi bahasa. umo 2 tahun. ekekekeke :P eksaited giler kot. tapi we already decided kalo celebrate kena selang seli la. tahun ni buat tahun depan tak. kot tetibe nak celebrate pulak. pegi la beli cake & buat makan seme. hehe :P






1st year bday celebration at kepci jeee. :P


lagipun kata ajak nak bawak jenjalan. tah betol ke tak. tapi cukup la sekadar eat one or two slice of cake. hangout mana-mana ke. pegi mandi manda ke. so i just biar ajak buat kerja die. mana dier nak bawak ikut suka. jangan dier bawak pegi alamanda je sudahlah. mau meroyan aku berbulan sampai jumpa birthday aku pulak!! HAHA

seronoknya anak dah besar. tapi sikit sebanyak terasa kehilangan jugak. kehilangan moment masa baby dulu. bau baby. bunyi baby. baju baby. taik baby. muehehhee.:P sekarang baju-baju Ryan semua aku dah susun elok masuk plastik bag. bukan nak bagi kat orang. ekekekeke. sebab adik Ryan ader nanti boleh la recyle. *dasar kedekut punya mak. muehehhehe :P








 
amboi date pun tak bertukor ek. tahun 2059 kau..!!


alahaiiiii...:'') *tears..




alhamdulillah semenjak lahirkan Ryan. memang tak banyak kerenah budak ni. baik dari susu. baik dari tukar botol. tido malam. memang senang la nak menjaga. kemain puji anak sendiri. ekekekekek :P jangan marah no i eksaited bday anak arini. hehe :P




 


kalo bab makan dier memang excellent la. Ryan paling suka sayuran. semua dier makan kecuali sayo2 yang pahit macam sawi hijau peria *aku pun tak makan. hehe :P kalo buah. beli 10 biji sempat la aku makan 3. yang lagi 7 habis ke dia je lah. last-last yang mengalah tak dapat makan adalah bapak dier. hehe :) kesian. Ryan tak banyak makan sweetss. mungkin kami yang jarang bagi dier makan kot. kalo balik kampung ramai la yang sudi suapkan. grrrrr. HAHA. tapi bajet kalo tak bagi sweettttt gigi molek berkilau. sekali haaa ambik kau rosak jugak. muka sikit punya macho sekali tengok gigi macam mcD. muehehehhee :P









pastu style perangai protesss je manjang. asal kita marah dier 'haipp jangan main' dier bantai jengil mata kat kita pastu kata 'haippp jangan main'. HAHA. macam aku rekod suara aku then playback dengan rendahkan tune sikit. kekekekeke :P pastu kalo marah benda dier tak dapat mesti jenis style nak baling barang. HAHA. geram aku nak picit-picit dier. hehe. tapi jap. macam ikut aku je kalo marah sytle nak kena lepassss. tu lah time bujang dulu tingkap nako sampai pecah berderai aku tumbuk. ekekkeee.

ok.yang tu memang style habissss.  :P






dier paling suka elmo. cars. spongebob & upinipin. tak kesah la coloring book baju toys. tapi kalo nampak jeee mesti laju je pegi. alahhhh macam aku dah susun elok baju atas rak. mesti dier pegi sana tarik baju dier sampai semua baju jatuh menyembah bumi. heh. 'dah la bangsa lipat kain seminggu sekali je kot. ikut mood'. hehe

sampaikan dier suruh aku bacakan buku cars the mcqueenn ke hape tu aku rasa sehari lebih sepoloh kali kot. sampai kan aku dah hafal dah cerita sekali dialouge semua... ' lighting mcqueen was a hotshoot roockie race car. he was a flashy red with a shining yellow painted on his side. bla.bla.bla'..HAHA. ngalah aku ngapal hadis-hadis dulu.:P











tapi perkara paling happening sekali adalah rambut die. HAHA. aku dulu tak la mengidam nak anak rambut curly type awan nano neh. tapi tiba-tiba toink keluar rambut kerinting. hampir setiap kali keluar mesti ader yang tego rambut nano. HAHA. *terus suh anak senyum tak nampak gigi. muehehehhee :P cover macho macam mak cover perut sambil tarik napas. T______T






panjang pulak entry harini. kalo boring sila jangan baca. tapi kalo suka sila jangan amek gambo aku anak laki aku semua pastu mengaku gambo ko kan. sedih. sedih!!! :P






eh.belom ucap epi bday la untuk Ryan.:P kemain panjang dah 8muka baru nak buat ucapan. heeee.

btw. untuk anak mommy Azad Ryan bin Abdul Razak.








i dont hope more from u. cukuplah sekadar menjadi insan berguna. boleh menjadi anak yang mandikan jenazah kami nanti. menjadi anak yang akan imamkan solat jenazah mommy & daddy.  mendoakan mommy & daddy time kami dah takda kat dunia ni. menjadi manusia yang baik. taat pada ALLAH. pada RASUL. pada ibubapa. hormat orang tua. bahagia & dapat bimbing isteri dan anak-anak nanti. cukup untuk mommy tersenyum kerana melahirkan seorang insan.

and paling penting biarlah diberi kesihatan tubuh badan YA ALLAH. :''(



“Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga: Melainkan sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang salih yang mendoakan untuknya.”

(Hadits riwayat Muslim)















alamak. sedih pulak!!
T________T;
















epi bday sayang. i love u so much.

semalam dier tido lambat. macam tahu-tahu pulak kita nak wish birthday dier .pastu bila dah wish dah start tersipu-sipu pulak dahhhh. heeee :P