who's stand by ur side?

19 September 2014

Krabi 2014 - Part 1

 
 
Sebenarnya dah lama plan nak bawak anak-anak jalan sempena birthday bapak dia. ehh apa kaitan tah. haha. belasah jelah ye. yang penting semua orang hepi. elehhhh birthday aku esok kalo bapak dia buat dekkk je memang siap la. hahahaha
 
ok kali ni kitaorang plan nak pegi Krabi. Thailand. sebenarnya aku yang nak pergi sangat hihi. sebabnya, teringin sangat nak makan pancake makcik yaminla. ewahhh berlagak tak sampai ke krabi sana pegi cari. padahal dalam malaysia pon belom abis jalan.

sebenarnya hari sebelumnya hati tak sedap. nak kata takut ke. tak jugak. tapi feel uneasy. susah nak describe. tapi i ignore je. maybe eksaited sangat nak bercuti. rasanya last time kitaorang pegi holiday tahun lepas kot. pegi pangkor awal tahun tu. then cameron disember 2013. selepas tu dah takda. hiks

ok sambung balik. -,-

07 september 2014


 
 
 
 
 
 
 
 
flight pukul 4.30. pukul 1 lebih tu semua orang dah siap-siap nak ke KLIA2. anak-anak pon dah semangat. Passport Check. Boarding Pass Check. Pampes check. Susu Check. Duit Check. Daddy check-Ryan Check-Raesha Check. HAHA
 
kena check semua ye manalah tahu tertinggal ke. paling penting anak-anak dulu baru check bapak dia. hihihiih
 
 
 
 
haha. yang ni comel.
Medina macam model lah. model acam-acam. hiks.
 
 
 
 
 



ok complete. sampailah kat KLIA2 pukul berapa tah tak ingat 2 kot. daddy pegi lah check in kengkononnya. sekali tu ayayayyayai nak tahu. nak tahu tak orang tu cakap apa. person in charge kat frontliner tu. sighhhhhh.

"sory bang, tak boleh lah check in sebab pasport isteri ni. aku tengok ajak. ajak tengok aku. YA ALLAH apesal. rasa macam dah check semua. sekali budak tu cakap. ni haaa tak cukup 6bulan nak expired."

KAU RASA???!!!!

demmm rasa macam nak meletop kepala. haha. dahlah nak plan punya lama sekali dah smpai orang tu cakap tak boleh ni. saya boleh lepas. tapi takut Polis Thailand tak lepas.
demmm-demm-demmm.rasa nak tumbuk muka sendiri. haha. agak-agak nak rasa sakit sikit sama dengan kebodohan sendiri suruhlah ajak tumbok ye dak. wakakkaka. member dah panas hati. yeeee tahu. my mistakeeee! takpayah lah tengok orang macam nak makan je. hihihihih

macam mana ni-macam mana ni.

daddy dah marah-marah dia cakap.
bila orang cakap cakap orang membebel. yang kita bukln over confident je siap tambah over bilamana tanya kawan-kawan je. eh passport nak mati bulan sekian-sekian. boleh tak flying abroad. oh mannnnnn rupanya maklumat tak smpai. HAHA

lesson of that day!

sila baca setiap document yang korang ada. tak kesahlah pasport ke. borang ke. tiket ke. Visa ke. Departure Card ke. tak kesah. any document .jangan  dahlah tak boleh pegi holiday + kena marah dengan husband. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga lah makkkkk nokkk. muehehehhehe

sekali tu diaorang cakap. boleh tukar flight besok lah. petang. ada promo rm160 one way. hurm cemana ni. rugi banyak lah. sekali tu bincang-gado-marah-bincang sekali semua setuju. daddy akan pegi dulu bawak awan nano. and meee. pegi flight besok lepas setttle semua urusun imigresen. huhuuuhuu. nak nagesss kena tinggal. tapi ok-ok je buat-buat ok. haha padahal ko tak tahu aku punya nak mengesssss kena tinggal.

ok medina. adik jangan nagis nanti mami ikut sama ok. sep sikek adik huwaaaaaaaa. HAHA
dalam pukul 230 pegilah anta daddy dengan abang. sob-sob. say sory ngan daddy. benda kalo dah nak jadi mesti jadik. takdir tuhan. hehehehee



 
 
 
baliklah aku dengan medina sendiri. mujur lah ada makcik dia. Cik Alice i owe u something. kalo ko takda aku rasa mcam pengsan. lapar-kenatinggal-naknagis. :")
 
tapi takdalah nangis bila benda tak sengaja-bodoh pon ye. haha
adatlahkan orang jarang-jarang travel. buat 2tahun lepas masa pegi jakarta 2012. pastu nak jalan 2014. memang langsung lupa lah. hehehhehe
 
 
 
 
 
 
04:00pm
 
berdesup kiteorang pecut balik putrajaya. eh balik seri kembangan ambik kereta Cik Alice. hehehe. dia cakap. takpelah kita try je pegi imigresen . kalo pasport boleh renew that day then kita catch flight malam buta nanti. dalam nada sedih-letih aku pon yekan jelah. tak boleh nak membangkang lagi. hihihihi
 
kita terus gerak pegi UTC PUDU - imigresen. untuk sapa yang tak tahu. UTC ni bukak sampai pukul 10malam. so dari baya bil-jpn-imigresen. semua ada sana ye. senang. under one roof. aritu masa nak buat pasport anak-anak dah pegi sana dalam pukul 11am. tapi no abis. sebab imigresen kan dia pakai kouta jugak. if one day target dia 300orang so the rest dah tak boleh buat urusan berkaitan imigresen. hehehe
 
06:00pm
 
sampai imigresen terus pegi kaunter. HAMPA KECEWA NAK NANGISSSSS. nombor dah abis. huhuhuh. sedihnya. dugaannyaaaaaaa. then dengan muka tak malu i pegi kaunter tu. i panggil pegawai imigresen. i told her my real-dugaan story. haha. dia cakap kalo macam tu semua orang pon emergency. i macam nak beg at her je. i nak kejar flight malam puhlisssss-puhlissssss. sekali dia cakap okay kalo emergency sangat mana proof. then i tunjuk i miss flight. boarding pass takda. okeh steadyyyy kita bukak email depan tu jugak. haha. then i cakap. i dapat flight pagi esok. pukul 7. hehehehehe
 
sekali tu maybe dia tengok i muka memang nak nagis dah dia kata. ok amek ni. time kasih duhai kakak pegawai imigresen yang baik hati - timbang rasa. hehehehhe
 
 
06:50pm
 
TIBA_TIBA!!!!!!!
ada seorang pegawai imigresen tu kata. mintak maaf ye semua. SYSTEM DOWN!!!!!!!!
ya ALLAH i rasa i paling teruk nak melompat rasanya. hahaha. apa benda ni. apa benda system down pulak. orang nak cepattttt. haha. korang tahu apa perasaan nak poo tapi tak jumpa toilet. hahahha. menggigil perut i yang comelllll ni menahan perasaaan nak menagis pon ye. haha
 
dia cakap kita sambung pukul 8:00pm. danggggg mcam kena penampo hahahaha.
 
 
 


 
ok rilex ahh. jap lagi kita mai balik ye. hehehe
pegi makan bawak si kecik tu makan. kesian. mak punya pasal anak kelaparan. hehehehhe
 
08:00pm


semua orang dah beratur depan pintu. ayayayyai. abislah macam ni. then bukak je pintu imigresen tu menderu orang.hihihi termasuklah aku. anak tinggal luar dengan cik alice. kesian syg mami. hehe. sekali tu kan. diaorang cakap alamak sory system still tak boleh. adesssss.

dalam hati redho jelah. terpaksa cancel plan asal then fly esok petang. wasting time betol. orang nak holiday. terjun bangunan baru tahu. hahahahaha :P

sampailah...





-




-




-




-



-



-

09:00pm


ada sorang pegawai panggil.
awak flight pukul berapa pagi esok. i cakap 730am. muka nak nagis suara pon nak nagis. sebenarnya nak bagitau korang. buat-buat nak nangis muka kasihannnn sungguh. hahahhaa. sekali tu dia cakap. takpe duduk dulu i try.
 
i rasa dalam 20x kot dia try and error. last sekali nak giveup sungguh dah. sekali dia cakap. haaaa baru boleh. ALLAHHHH. 9.30 time tu. memang nak nangis. HAHA. rupanya ada lagi sorang mamat tu sama over confident nak fly tapi pasport tak cukup 6bulan. hihihi. gelak je cerita dengan dia. confident sangat itulah pasal. HAHA
 
feeling so stupid!! @,@
 
 
Daddy & Ryan uols tunggu Mommy & adik datang tawwww.
*(gambakapalterbang) hihihi
 
 
11:00pm
 
i dah sampai putrajaya. i terus mengadap PC nak booking tiket. and u know what
 
i tried more than 20times tapi bila click confirm website jadik ERROR!!!!
orang dah lah penat. belom makan. suami jauh. anak kecik sebelah. ehhhhh memang dugaaan sangatttt. ok then i try booking pakai phone. still benda sama yang jadik. OHMAI.....
 
kenapalah sayangku air asia. merajok ke????
 
kecewa. 20kali try. kali ke 19 try boleh then nak payment tu tetibe tak boleh pulak. Debit Card problem. ALLAHHHHH. stressssfulll......cakap dengan Alice. bawak anak mandi jap- jirus-jirus sikit. kesian belengas sangat. picit kepala. hentak sikit kat dinding. ahhahahahha
 
sekali masa alice bawak medina mandi tu. aku try. dalam hati ini kalo tak boleh jugak memang aku campak pc ke bawah. hahahahha. tak tak. ini kalo tak boleh jugak aku terpaksa amek flight esok petang 4.30 uhuuuk3. sekali tetibe SUCCESSFULL!!
 
yas.yes lompat bintang terus. ekekekekkekeke. rasa nak jeritttt. ok berjaya booking flight 07:30am. hihiihi. ok ada 3jam nak mandi + rest + lelap jap.
 
 
 
ZZZZZZ....
 
 
 
08 September 2014
03:30am
 
 
 
sebelum tidor tu memang dah siap-siapkan anak manja tu. senang. nanti angkat je masuk kereta. hehehehe. kesian kan. pagi-pagi nak mandikan. memang tak lah. gegas bangun nak pegi airport. kejut alice bangun siap-siap. dalam 04.00 dah gerak dari putrajaya. hehehehehe
 
sampai-sampai KLIA2 dalam kul 5++. siap check in semua then biasalah lepak-lepak jap. time tu medina dah bangun. dalam hati dok lah berdoa janganlah dia meragam dalam flight. siap sembahyang subuh baru aku lepak kat waiting room tu. and Alhamdulillah. memang budak tu behave sangat tak meragam. hehehehhe :P
 
 
sory gamba ni je ada. blur- kengkononlah sejuk kabus. hahahahhahaha puiiii sangat
 
 





seriously macam best je travel alone with the little one. semua fast lane. dari nak check in sampai lah nak body check. nak masuk flight nak cari seat HAHAHAHA. ohh with baby. takpe sini-sini. hehehehee. okeh junjung baby atas kepala lah oiiiii. hiks
 
 
mujurlah dalam flight tu seat tengah takda orang. legaaaa. orang nak brestfeed nanti susah sikit. malu & takut orang tak selesa. tapi seat tepi i tu ada orang. LELAKI. MUDA. automatik jadik malu. siap mintak maaf. dia cakap takpe kak. hehehehehhe :P
tak sampai 5minit medina dah tido. lega dengan mak dia sekali hanyutttttt sampai lah ke KRABI sana. hehehhehehehe. pengalaman sungguh. lepas ni kena jaga-jaga ok. kalo suami cakap macam ni . suruh macam tu jangan cakap dia membebel. hehehehhehe :D
 
 
heran budak tu. eh akak sorang je ke dengan anak. hehehhee. aku syak dia ingat aku janda ke. lari rumah or orang thai. HAHAHHAHAHA. nak gelak je sebab muka pelik macam tak percaya aku cakap aah berdua je. muehehehhehee
 
 

 
 
07:00am
 
 
Alhamdulillah sampai KRABI. legaaaaaa. tak saba nak jumpa daddy & Ryan. seronokkk sangatttttt. first thing nak kena buat. jomlah beli tiket TAXI. oh sawadikappppp lah kita ye. Ohh yeeee. korang kalo nak senang. kalo ramai-ramai boleh amek bus or taxi. tapi taxi dia pon taklah mahal sangat & rate sama je. toksah lah buang masa nak survey. kalo ulat tak tahu lah. banyak je kat lua tu kott.
 
600.-
 
yakni RM60. kalo share 4orang ke murah je kan. senang. booking cab then tunggu kat luar airport. ada driver tu datang. tunjuk resit tu dengan taxi driver tu then pegilah mana hotel korang nak pegi ye. no dalam resit tulah no cab korang. tapi aku aritu macam tak sama je ahhhh belasah je yang peting selamat sampai. hehehheheeh
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
08:30am
 
sampai hotel. Alhamdulillah seronok tengok anak-anak. hehehe. seronok tengok baby besar. tak jumpa sehari da rinduuuuuu. oklah i nak tido dulu. letih tak cukup tido. huwaaaaaaa.
i stay dekat Ananta Burin Resort. sapa nak booking boleh boooking thru Agoda or Booking.com. senang sanagtttt taw.
 
nanti i sambung lagi. penat. hehehehhehe. ni nak type berhari-hari. dulu kalo satu hari adalah 2 3 entry. sekarang 1entry 4ari. teserlah sifat kemalasannnn tu. hehehe
 
 
jumpa lagi korang. love u all. muaxxxs.
to be continue................
KRABI PART2
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

uncle gedek said...

Kira kecik la beg korang, bagi parents yg beranak kecik...

kool!

(Ayu! Nyampah la kena isi nombo moderation bila nak komen! ~ megadu! hehehe)

monalea said...

:)kesian ada..nak tergelak pun ada...adui..kalau akak mau meraung ayu..kalau benda nak jadi kan....yg penting dah selamat berholiday. awan nano makin cute...