Baju Raya 2012.
tema apa eh.? hamboiii. kemain tanya tema. padahal tiap tahun pun beli ready made punya je kot. kalo tak kurung moden. fesyen sikit-sikit.huhu
tapi kan,
betol-betol jatuh cinta ngan baju fazura pakai ni. cantiknya. dier punya polka dot kat leher tu mengancam. tapi mana ader orang amek tempahan dah kan dah nak dekat bulan puasa neh. kot ader pon. tak sesuai la ai buat baju gini. kalo berisi sikit cun lah. XOXO..
korang semua pakai tema kaler apa?? puasa tak lagi dah sebok baju raya kan. heee :). bukan apa, standby awal-awal senang. taklah pening kepala nak save sana.save sini. beli sikit-sikit kan. bulan ni selai 2, bulan raya 2,3..haha
puasa lagi bape hari 9 eh. tak saba sangat. hopefully boleh pegi terawih tahun ni. Ryan pon dah besar. ingat nak bawak pegi surau kat bawah umah tu.insyaALLAH kalo panjang umo. Jangan dier memanjat belakang aku, tarik telekung, korek bijik mata macam selalu dah lah. agagagga. budak tu bukan boleh bajet mende dier nak buat. T_____T
mula-mula macam nak buat tema pink, pastu tak jadik,
ajak dier ok jeh. pink ke, hijau ke, tak kesah langsung. eh.lelaki macam tu lah, tak kesah pun kan. kalo boleh sampai taknak buat baju melayu. katanya membazir. hehe. tapi orang perempuan ni mana boleh kalo tak tukar lain kan. semua nak baru.
tapi, kalo baju fazura pakai ni kaler kuning mustard mesti canteeekkkkkk.aku giler obses ngan kuning. haha. tahu-tahu baju raya kaler kuning. huhuhu :P.
ader 3 pilihan, maybe hijau,pink & oren..tengok lah mana berkenan. heeee
cepatlah ramadhan. tak saba. dah rindu sangat....... :)
''semoga tahun ni lebih berkat YA ALLAH. semoga tak membazir makanan & boleh amek kesempatan keberkatan bulan yang paling berkat ni''
T____________T
*marathon qada' puasa. hihi :P
5 comments:
cantiknya pazurahhh! ♥ ♥ ♥
uncle kaler hitam.....
lagi....
cantik baju fazura tu
kalau badan selim mmg cantik wat baju cam gini...tapi kalau badan macam diriku..huhuhu
Ayu,
Salam Ramadhan dear!
Post a Comment