who's stand by ur side?

24 May 2011

checklist la sangat :P

occay. sekarang dah nak hujung mei. gaji pun dah dapat pagi tadi. serius ketinggalan zaman. orang dah pungpang pungpang gaji masuk harini tapi aku baru je tahu. tu pun sebab bukak cimbclicks.kalo tak sampai esok baru tahu kot. :P itu la kalo jenis bajet duit ader je dalam wallet.miahaha :P kalo takda pun kita mintak je dekat Abdul Razak. kan ke ader allowance jadi bini.sila jangan nafikan kebenaran okeh. muahahha :P

semenjak gomen taknak kasi payslip ni aku rasa macam tak gedabance sangat. bukan old school ke hape. bukan jugak save budjet tapi rasa-rasa macam menyusahkan sikit. saya lebih suka ader payslip. boleh simpan masuk fail & boleh frame cantek-cantek tampal kat dinding dalam bilik tido supaya tiap kali tengok payslip je ko tahu.lambatnyer gaji.muahahhaha.ok tak.ok tak????

gaji je terus menggelupur pikior nak beli itu nak beli ini. pompuan memang teliti sikit kan. dari susu anak sampai ke kelengkapan rumah. abis dia pikir sampai kan yang tak patut dibeli la selalu nya akan dibeli. jap lagi sebok la makkutu dok mencari haku.keh3. merayau-rayau cari anak kutu ni. dah la memang jenis pemalas nak pegi bayor sendiri. tunggu mak kutu datang kutip. bajet main kutu 5/6 k sebulan.muahaha :P

ni tv pulak rosak. macam tetau je Ajak pun gaji dekat-dekat ngan gomen.siap la 1hb tak cukup mangkuk ajak nages sebab kena beli tv baru.haha.jangan marah bang. tv kita tu zaman batu dah elok simpan kat muzium dah.Ryan pulak pantang pegang menda semua dia nak ketok dekat tv. lepas ni bbeli tv baru kena paku setepek dekat dinding.jangan dia panjat kabinet tv pegi ketuk tv baru mak sudah la. menagessss sekali lagi bapak kau.hahha :P

pastu nak beli langsir dalam bilik & nak beli almari baju anak. kesian. baju dah bertimbun.yang kecik-kecik yang dah tak muat semua dah pack elok-elok & dah campak masuk stor. tinggal yang sedang-sedang je. agak-agak masih boleh pakai. agak-agak belum nampak pusat buje * terkeluor. hah. pakai la ek. toksah nak membazir sangat. :P yang dah simpan masuk stor tu malas haku nak bagi kat orang. simpan untuk adik Ryan la gamaknya.



dah letih membebel nih. NUR KASIH takda kat astro first jadi wajiblah pegi tengok kat panggung. kalo tak mau aku meroyan terlepasa kereta api.hehe :P

4 comments:

Scha406 said...

meh sini sedekahkan bahu AR kt i...i muat la makcik! ehehe

intan_blur said...

same la dik oi..admin kat sini..kejap bg kejap x bg payslip..bile kite minta..dia marah2 pulak..skrang nak masuk sethun xdpt pay slip..bengang!!!!

FAD RMLN said...

u dah xde payslip erk. i ada payslip lg. tp i belum gajilah esok baru gaji. so far takde plan nak beli pape just nak bayar hutang je.

semoga dpt tv baru!

wardah @ fie shah said...

yelah susah betul nak kena print sendiri payslip tu kan..menci kita..