who's stand by ur side?

12 April 2011

telan mati mak luah mati bapak

telinga berdenyut-denyut. tak tahu pasal apa. malas nak g klinik. nak pakai tudung pun sakit. tau-tau merah je keliling telinga. ^_^:

occay. bukan nak cerita telinga. saja nak luah perasaan kat korang.hehe.sedih tak?? sedih tak?? hee :P. sebenarnya ia pasal anak. tak habis-habis pasal anak kan. hehe.argghh.mesti la tulis pasal anak je. anak tu kan buah hati pengarang jantung. of course segala-galanya akan utamakan anak. occay begini cerita. adessss. panjang betol mukaddimah. ^^

semalam masa amik anak kt umah bb sitter. tak perasan lansung ade lebam besar tapak tangan anak kat lengan sebelah kiri. so then time balik umah n bukak baju nak mandikan baru perasan hal lebam pecah darah tu. hati berbaur-baur juga.saya taknak suspicious atau pikir yang bukan-bukan. malah, tak juga decide nak bertanya kan bb sitter keesokan harinya ( hari ini ). cuma just call my husband n bagitau lengan anak lebam. husband cakap. selagi tekan tak sakit. buat-buat pejam mata la.

saya taknak tanya pengasuh bukan apa. cuma sebabnya saya tahu kesukaran bb sitter nak jaga budak-budak yang over than 5 tu. sebab tu amik keputusan pejam mata je la. pastu malam tadi call mak kat kampung. mak cakap ''selagi tak menages. atau berdarah ke'' redha je la. saya tahu mungkin ada yang kurang setuju dengan entry ini. tapi sapa tak sayang anak. sapa yang tak protect anak ibarat nyawa sendiri. tapi bila kita tidak punya pilihan selain meletakkkan anak ditangan orang lain. kira terpaksa butakan mata pekakkan telinga.

lagipulak Azad Ryan superb active since kecik lagi. sampaikan penah satu masa dulu time on the way balik pahang. saya mengessss sebab tak tahan anak melasak dalam kereta sampai kena backpain. then ajak berhenti supaya leh take over pegang anak sekejap.haha. kelakar pulak rasanya. so thats the point. anak saya adalah sangat lasak n susah nak kontrol. so bila duduk rumah pengasuh. saya dah dapat jangka yang mungkin lebam sana-sini. jadi selagi tak berdarah atau sewaktu dengannya. buat la macam tak nampak. cuma saya boleh agak satu perkara je. maybe pengasuh anak terpegang kuat sangat time nak mandikan Azad Ryan. sebabnya dia punya licin. belut pun kalah. :P

jadi. kesimpulannya anta anak kat pengasuh ibarat telan mati mak luah mati bapak la. bagi menjaga hati kedua-dua pihak. i prefer to keep it silent. takpelah janji dia sudi nak jaga. dan hopefully takda apa-apa yang parah pulak lepas ni. kalo tak. meraung mak. heee :P kira beruntunglah sesiapa yang mak duk sekali ke. mak duk area-area rumah ke. bersyukur sangat tau. sebab tak la risau sangat kalo letak anak kat tangan keluarga.

dah la. panjang pulak membebel. :P



11 April 2011

Percutian Bajet. apa ada hal.ngee

weekend yang agak berbeza minggu ni. ^^
sebab pegi jenjalan bersama keluarga kanda Ajak ke Port Dickson pantai keriangan. hee :P
sangat teruja. lebih-lebih lagi ini first time nak bawak anak jalan n mandi pool.
hari-hari pun dok whisper kat telinga anak. lets go to swim. nak pakai swimming trunk yang sexy tu tak?? hee. :P wehewww. seronok betol.
then bertolak jumaat 10.00 n sampai kul 11.45pm.
sangat berdesuppppp daddy bawak kereta. 
mummy ngan bb?? mana lagi. tido terbungkang dalam kereta la.heeee :P
nasib mummy badan superb kecik. boleh muat berbaring berdua atas seat depan ngan bb. haha ^^

puluk 6.30am. si kecik ni dah mengejutkan semua orang.
memabebel-bebel macam mak nenek harus la semua orang bangung kebisingan.:P




walaupun ke pantai keriangan. tapi tidaklah bermakna kami terjun ke pantai.
lagi pun takmo la. air masin. sian anak. mak dia takpe.heee :P
mandi pool sudah.

 


Azad Ryan punya excited. takmo naik-naik sampai 12.30pm.
mak takut sunburn jeeee. heee ^^

 


kalo dari 6.30am sampai 12.30 still tak tido-tido.
harussss la budak kecik ni mengantok walaupun tengah mandi. hahahaha :P

 


ini Adam Danish anak adik Ajak.

 


wahhh.gamba mak mesti kena ader. :P



petang tu.kami pegi lepak kat Telok Kemang ke namanya.hee
punya la takda idea nak buat apa.paling tidak pun duk borak-borak makan tido.
bergosip bersama keluarga sambil lihat anak-nak main ngan sepupu sepapat.sambil-sambil jap-jap denga kiri teriak. kanan menagesss. hee. had fun sungguh. :p

 


malam tu buat BBQ tapi tak amekk gamba.
takut ar. tepi pantai malam-malam buta tu. kang ader POCOYO keluar.
mau menagessss nak balik malam tu jugak. :p

then sunday morning terusss pegi terjun kat pool lepas bekpes.
semalam Azad Ryan takmo naik sebab seronok sangat main air. haha.
sampaikan tertido time dokong masa nak balik bilik. ^^
n pagi tu bawak la lagi sekali sebab tengah hari dah nak check out.
dia punya menges naik pelampong. denga satu PD.hahaa. geram betol.nak tahu sebab ap.
sebab berlagak nak swimming dengan daddy.aishhhh.
geram nak geget. abesss tu pelampong tu sapa yang pakai??
harussss la mak dia amek kesempatan.haha. mentang-mentang tak pandai swimming. :P

 




swimming ngan daddy baru seronok. :p
tak nagesss lansung. berejam pun takpe sampai kecut la tetttt.comellll.^_^




habesss cerita pasal PD.
percutian bajet pun seronok. berkumpul dengan keluarga lagi seronok. :p
lepas ni plan ke mana pulak.yang tu next entry occay. hee ^^
sampai putrajya dalam kul 7.00 kot.
penat tapi seronok sangat. lagi-lagi sebab Azad Ryan seronok. itu yang lebih penting.

ingatkan habessss cerita pegi PD.
tapi belum...dalam air takmo naik. dah balik umah baru dia dok main ngan pelampung tu. haha
pastu mulut potpet-potpet cakap mende ntah.huhu :p




lepas ni kita plan pegi Cameron Highlands.
occay tak?? occay tak??
^_^




08 April 2011

Owh wat a wonderful weekend (^_^)''

dah lama tak bercuti kan.
selalu-selalu pun tengok orang je pegi sana-sinun. nak tunggu kanda Ajak memang tahun bila entah.
ni pun sebab family gathering jadi harussss lah ia menjadi perkara wajib untuk suami turut serta.
busy ngalah PM ye dak. hee :P
tapi sekali sekala pun syiokkkk kerana dapat release dari segala macam perkara yang menyelebungi hidup. cewahhhhhh. kang kalo aku berpuisi segala. muntah korang .hahahah ^^

walaupun tak jauh.
tapi kira occay la kan. PD je kot. tapi kalo dengan keluarga.
dimana-mana juga takpe. seronok kerana bukan time raya je boleh berkumpul bersama.
sebelum pegi berkelah. ader jugak survey baju bikini mandi dekat blogshop or fbshop.
tapi sangat tidak sesuai.takkan saya nak pakai inner bagai kat dalam kan.
dah tu.pakai pulak tight ngan tudung. hahaha :P
bluergh. tak sesuai.

las-las pakai tight ngan t-shirt je la.
bukan nak mandi sangat pun. tengok anak mandi n tumpang naik pelampung sekali dua pastu dah.
bajet bontot kau muat. heeee :P
i am triple sure i'll having so much fun with that. ^_^





tapi baju ni awesome. i like. ^^




kalo duit berlambak boleh la pegi honeymoon n book private beach.private pool.
tapi tu kalo duit selambak. nak ngat pakai begini. beli. then pakai lam bilik air kat umah. hehe :P
suami je dapat tengok. auwwwww. censored occay. keh3 :P
tapi bila terjumpa swimming trunk anak harusss sambar kan.
gerammm sebab comel.

cuma sedikit confuse. anak pakai swimming trunks kena pakai underware tak??
hehe. bukan apa takut terkeluar dua butir tu je. hahahahah.
bantai gelak guling-guling. :P



07 April 2011

jangan macam-macam. hee :P


heeee. :P
budak kecik adalah yang tidak mengenal erti kotor atau jijik occay.
dan Azad Ryan termasuk dalam senarai jugak.
tapi yang menghairankan mak.
dia bukan jenis kutip barang masuk mulut sesuka hati.
dia jenis memilih tau. hanya jenis-jenis kasut. selipar getah n jenis-jenis selipar je dia amek ngap masuk mulut.
aishhhhhh. geram dibuatnya. ^^


see. :P




sib bek tak jalan lagi so kasut yang dia gigit ni tak cecah tanah lagi tapi tetap kotor occay.
gambar ni elis yang capture. kalo saya nampak terussss zassss amek campak terus. heee :P




lagi-lagi pulak bila suami isteri kerja. harussss lah tak sempat nak kemas rumah.
nak mop lantai.nak cuci sana-sini hari-hari.
jadi kena alert sikit bila anak mula mengganas pantang jumpa sepatu comel.
lebih-lebih selipar omak eh kek dapur. ^^
abessssss kalo bapak eh tahu. mau kena jeling sampai buntang mata.
hehe. saya adalah penggeli tak pakai selipar kat dapur.
jadi selipar ke bilik tido yang ada muka mashimaru tu saya pakai kat dapur. heeee :P

jadi kalo anak nak amekkk masuk mulut haruslah jadi powerpuff girl lari lebih cepat dari dia.
hehehe. kalo tak. mau bapaknya marah sebab letak selipar merata-rata.
sentap mak. ^_^ hee.





gambar bawah ni saja je nak tunjuk kat korang.
budak ni penakut nak naik kuda.
padahal tak bergerak pown.
gayat agaknya. hehehe :P
kesiaaaaaaaannn bb kena buli.. :P







06 April 2011

orang cantekkkkk. siapa??? hee :P


sayang-sayang semua. :P





haha.
lawak betol ang mat lutfi. sangat besss. buat lagi boleh?? huhu :P
semua readers harussss tonton sampai habesss.
confirm gelak tak hengat orang belakang.


apa-apa pun.
love u la matlutfi. thumbs up. ^_^



pilih durian. siapa pakar??

semalam teringin nak makan durian.
sekarang dah musim ke?? * tak tahu. hee :P
 terussss mengajak elis / Kecek Santek n baby ke Pasar Tani Putrajaya habesss keje tu.
lansung la tertinggal kejora bintang n erlangga yang hensem tu. adoiiiii. hee ^^

nak tahu. punya la berat si kecik tu sampaikan hampir patah pinggang dibuatnya bila duk berpusing-pusing lam pasar tani tu.
jap-jap saya dokong. jap-jap elis dokong.
tak larat occay. hahahahha. sampai ada yang confuse. 'ini anak ke adik?' perghhhh.
muka haku tak nampak macam orang beranak satu ke??
 takkan nak cakap macam budak darjah enam kot.hehe.

saya adalah loser sebab nak pilih durian pun tunggu laki pilih. heee :P
serius tak penah beli durian sendiri. semua nyer mintak laki cari. hehe
jadi semalam adalah mencabar minda bila nak kena pilih durian sendiri.
nak tahu abang jual durian tu cakap ' biar abang pilih. abang mesti tahu mana ok ke tak'.
cisssss. nampak sangat membohong ye dak.
kengkonon yang dia pilih tu elok la sangat.
tapi bila balik umah hasilnya adalah hampa sama sekali.

isi keras kejung. huhu.
tapi dek kerana mengidam ke teringin. saya bantai la berbelas ulas malam tadi.
yang lawaknya. Azad Ryan mengamok-ngamok nak join sama. hahaha :p
bagi la sikit rasa. sian tak sampai hati. :P tapi sikit betol-betol sikit.besar ibu jari tangan je kot.
 kang anak batuk ke. demam ke. badan panas ke. haku jugak yang kena marah ngan bapaknya. hehe
konon-konon sebab bagai makan durian . cissss.^^

akibatnya. dari malam tadi sakit kepala tak hengat.
naik darah ke. darah tinggi ke tak tahu la.
pengajaran betol. lebih-lebih lagi time beli durian. pasni kena hangkut kanda Ajak sekali.
kalo tak. tiap kali beli je mesti isi keras kejung.
tapi nak komplen pun tak berani.
beli yang dua biji rm10 je. heee. memang la isi tak bape besssss. :P




05 April 2011

LEGAL or ILLEGAL ??

pendedahan video seks anwar dah terdedah.
pandai la nilaikan sendiri.ai pun tengok kat blog orang.
kat you tube dah kena delete kot.ke haku tak jumpa cari. heee:P
muka macam sama. tapi wallahualam.
cuma ALLAH maha mengetahui.







semoga suami-suami kita dijauhi dari dugaan sebesar ini.
semoga juga isteri-isteri kekal setia disisi suami.
semoga kita semua dilindungi dari godaan syaitan.heee ^^

ni gambar peluk banyak kali pun takda orang marah.hehehe :P
sebab dah ada kad nikah.keh3




dulu kan. time bercinta kemain takut lagi naklepak tengah-tengah malam ataupun kemana-mana. sebab belum berkahwin kan harusss la jaga-jaga dengan nafsu sendiri. kadang-kadang takut polis pun ada.
sebabnya dekat putrajaya ni polis merata-merata boleh jumpa. hehe
pantang ko lepak mana-mana mesti jumpa polis even tepi jambatan dekat picc tu. hehe :P
kang tak pasal-pasal depa hangkut aku masuk trak pegi pejabat kadi.
dah nikah free takda pelamin. hahahaha ^^




tapi sekarang. rasa macam ' bila nak kena tahan polis ni. nak tunjuk kad nikah' hehe :P
pastu nak cakap 'saya ada kad nikah ni. pakcik polis..kau ader??' hahahaha :P
sebab tu saya berkahwin muda.
kerana menghalalkan mana yang haram. semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
tetibe kau jiwang kenapa??? heeee ^__^





04 April 2011

thousand words





cant see ur face. ur smile. ur eyes.
tears. ^_^: miss u so badly.....
heeee. :P jangan marah ek.



tinggalkan anak dengan doa

^_^:

hari ini adalah hari yang cukup mendebarkan bagi saya sebagai seorang ibu .hal nikah kawin belom cukup mendebarkan berbanding perkara ini. seriously. ^^

saya nak isytihar kat sini bahawa entry ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang setahun hidup si kecik itu. jadi ia tidak ada kena mengena dengan sesiapa jika ia dilihat kebetulan dan mengecik kan hati sesiapa kerana entry ini bukan berbentuk peribadi dan tidak ditujukan khas buat sesiapa.
jika sudi baca. dipersilakan. jika sebaliknya. sendiri mau ingat. heheheheh :P

occay. hari ini Azzad Rayyan dah duduk dengan pengasuh baru. sebelum ini?? sebelum ini Kecek Santek / Cik Elis yang jaga. hee :P.berlagak ek bila adek beradik sendiri yang jaga. cisss. bohong la kalo kata tak takut. tak berdebar .tak segala. malah makan pun tak habessssss pagi tadi. serius jiwa tak tenteram. serius jiwa gundah gulana. takut itu ini. takut tak rasi.

do i over protective mother?? entah. terpulang kat diri sendiri untuk menilai. tapi personally. anak kita. of cozzzz kita being over protective kat anak kan. tapi tidaklah sampai tiap-tiap jam nak call. hee :P pagi tadi baru sekali je call kot. tu pun tanya ok ke x?? if anything wrong mintak bb sitter call back. hopefully Azad Ryan occay. behave kat umah orang. budak tu suka sepah rumah occay. jadi dibimbangi perangai tu dibawak ke rumah bb sitter. aishhhh la. :( perasaan tak besss langsung ni.

dulu dah penah hantar ke rumah bb sitter. tapi banyak perkara yang terjadi. nak cerita taknak. nak cerita taknak??. emm taknak cerita la. dibimbangi jugak mengganggu sensitiviti masyarakat. kena beware of words. takut mak-mak marah. heee :P tapi the past is past. semoga pengasuh lama beroleh hidayah. n saya doakan jugak bila pengasuh lama dikurniakan zuriat. ia tidak diperlakukan sepertimana yang dilakukan to my baby. tapi biarlah hanya family dan teman boleh percaya tahu. takut la nak cerita ngan semua orang sebab tak mungkin semua orang bisa mengerti. dan haku pun tak larat nak pegi cita kat tiap-tiap orang semua masalah aku kan.heheheh :P

tapi. bila dah dekat setahun usianya. menjadi tanggungjawab saya untuk biarkan dia mengenal dunia kanak-kanaknya. bukan la maksud duk umah tak kenal dunia. tapi bila duk umah kan tak kenal orang. balik-balik nampak muka makpak dia. elis pun dah nak sekolah balik jadi. saya amek kesempatan cukup setahun je anta pengasuh. terbaeekkk punya planing.hee :P. so bila ada pengasuh nak jadi baya-baya mak saya. jadi terussss rembat la. hehehe. bajet baya-baya mak jaga mesti seolah-olah meletakkan anak ditangan keluarga sendiri.

banyak la pulak entry. bosan pulak korang baca kang. banyak je gambar nak upload. tapi tu la. dibimbangi mengganggu perasaan sesetengah readers. jadi saya lebih rela biarkan tersimpan rapi didalam pendrive. lupakan isu pengasuh lama. dan bukakan hati untuk yakin bahawa pengasuh sekarang gonna b occay. insyaALLAH. sama-sama doakan la ek. cuma ikut apa orang tua kata. selawat 7kali kat ubun-ubun sebelum anta umah pengasuh. dan paling penting. tinggalkan anak dengan DOA dan TAWAKAL. ^_^



takut Azad Ryan sepahkan rumah je. si kecik tu kan tukang sepah rumah yang paling pakar dalam dunia. argghhhhh. haru la macam ni :P

01 April 2011

Have a greatest lunch at Alamanda when meet up - Tok Ti.:P

tadi lunch pegi mengulo ke alamanda.
saya ni kalo takda driver amek memang malas la nak keluar.
terpongok kat opis la jawabnya.
tapi tadi kakak no 2 yang keje kat ICU JPM ajak keluar lunch kat alamanda.
kebetulan la sangat perut tengah lapo.
jadi mencekik mcd.

tapi paling besss sebab jumpa puteri kayangan idaman hati.
walaupun dah 2kali jumpa tapi kali ni paling dekat.:P
giler minat kat tok ti. hehe :P
ensem boy tak nampak pulak. cari jugak tadi. heeee^^

tok t tengah wat promotion SimplySiti.
so sape yang beli barang je boleh tangkap gamba ngan dato.
orang punya la ramai tak hengat. berhimpit-himpit nak dapat frontline tu. keh3.
sib baik kecik.





cantekkkkkk sangat macam barbie doll.
geram macam nak geget. hehehehehe :P
balik geget anak la lepas geram. hahahahahah ^^




Jasmine slalu hepi buat orang tidak hepi

hari sebelumnya alam maya dikejutkan dengan perang dingin perihal BF anak.
rupanya ada lagi yang bikin panas n bikin perang.
tak tahu la ini adalah manusia yang sebenar atau hanya rekaan untuk menjatuhkan umat islam.
atau sengaj mencipta perang sesama umat manusia.
perang sesama agama. sebagai contoh : indionesia mengecam malaysia dan sebaliknya.


kalo tengok muka memang macam nak mintak lempang.
tapi search kat FB ( Jasmine Slalu hepi ) takda pulak.
 hidden ke. delete acc ke. tak tahu la.
ataupun cuma FAKE. wallahualam. ^^





antara statement yang bikin panas umat islam sedunia.
kalo baca status-status dia yang lain confirm macam nak lempang betol-betol. kurang aja tak??
tapi sape-sape pun boleh create acc FB nak buat benda-benda haram ni kan.?
cisssss. :P





wallahualam.
hanya ALLAH yang mengetahui.
semoga kita dijauhkan dari perbuatan terkutuk ini. :P
salam Jumaat. ^_^



ingatlah~~~~.“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

jiwa kacau


sok kena datang keje.
kalo takda nanny. memang kena hangkut si kecik tu sekali la gamaknyer. :P
jangan bb membuat onar di opis maknyer sudah.
rosak plan segala.
tapi nak wat gone. tanggungjawab.
aishhhhh. toksah bising la.
datang je esok. laki kau pun takda. kena keje.
dah tentu kau duk terbungkang depan tv layan hindustan sepanjang. hehehe :P
so. baik datang keje sok.
cisss. ^_^