who's stand by ur side?

11 March 2011

jepun kena tsunami

YA ALLAH.

takutnya YA ALLAH.
tengok berita.tengok internet yang jepun kena tsunami.

kelmarin mimpi seolah-olah terjadi kiamat.
semua tempat jadi lengang n manusia berlari-lari ketakutan.
mana ayah.mana emak.
mana suami. mana anak pun sudah tak tahu.
tapi perasaan tu cuma dipendamkan dan diceritakan pada seorang teman dan suami sahaja.
baca berita kelmarin terbaca tentang ramalan saintis berkenaan bencana alam yang bakal terjadi 19hb mac ini. tapi tidak lah dihiraukan sangat kerana masih banyak perkara yang penting yang perlu difikirkan. tapi hari ini. jepun diberitakan dilanda tsunami.
YA ALLAH.perasaaaan terusss berdebar-debar.
takut sangat. terusss macam teringat dosa-dosa yang masih tidak terlunas.
dosa kecil.dosa besar.dosa yang sengaja dicari.
baru terfikir tentang amalan-amalan yang dilakukan.
baru terfikir tentang bekal-bekal yang akan dibawa nanti.

tengok pulak video kat u tube.
lagi la takut n berdebar-debar.takutnya YA ALLAH.
sesungguhnya aku tidak boleh tidak mengendahkan amaran MU YA ALLAH.
aku tidak bisa membenarkan hati leka dengan hanya mendengarnya YA ALLAH.
redakan hati ini.
tenangkan jiwa ini.



-___-''
hati bertambah runsing bila dijangkakan indonesia n malaysia akan terkena tempias gempa bumi 7malam ini dan AZZAD RAYYAN tidak bersama saya sekarang kerana mengikut elis kerumah kakak saya yang sulung.
YA ALLAH. jauhkan lah sebarang perkara yang tidak diingini YA ALLAH.
lindungi anakku.
LINDUNGI AZZAD RAYYAN.
semoga baby balik umah dengan selamat.
mommy takut.
^____^::






09 March 2011

Little Ryan first step in 10mo


hes 10mo. ^_^





haha. ^_^
comellllllsssss. keep it up baby.
mummy sokong dari belakang.
pengalaman kan sekolah terbaeeekkkk. ^^


 
sory takleh rotate. :P

Comby Owh Comby !


akibat rambut Azad Ryan kerinting macam tak payah sikat.
jadi apalah gunanya sikat jika tak dapat digunakan ye dak?? :P

kelmarin masa pegi beli barang Azad Ryan.
saya terjumpa comby comelll baby kiko ini.
RM 13.90 sajee. ^^
mak aihhh. lagi mahal dari sikat mak yeee.
jadi terusssss rembat yang ader dua jenis.
satu sikat biasa dan satu lagi yang macam berus ni.
very soft n tak menyakitkan Azad Ryan.

saya terjumpa yang ada dua jenis ni.
satu sikat biasa dan satu lagi sikat macam berussss tu.
apalagi rembat terusssss. heee :P
tapi sila percaya. yang sikat biasa tu memang tak pakai langsung.




yang sikat macam berus tu je saya guna sikat rambut Azad Ryan.
ni pic rambut Azad Ryan yang memang sah-sah tak boleh lurus dah.hee :P
 kalo dah nama kerinting tu memang tak jalan la pakai sikat apa pun.
lepas 5minit dah kerinting balik occay.
adoiiii la.haha ^^..bajet kelakar betollll.
tapi comellllssss.







rumah pertamaku idaman kalbu.
gonna get it soon.hopefully. ^^

08 March 2011

Urusan petang ahad di wangsa maju


pelik tak ayuraza dah lama tak hapdet blog??
tapi ader orang baca n komen. so that i consider i masih diperlukan la.hee :p
saya mohon maaf pada yang anta message kat fb mintak saya update blog.
alasan munasabah mestilah. busy dan takda masa nak update blog kan.
sila percaya dan terima okkay.
sebenarnya memang betol sebok.
kat office tak sempat nak tengok blog sendiri.
lagi-lagi nak bw blog orang. kalo dan. ader la sebelog dua. maaf yee kawan-kawan.
tapi cinta saya pada blog kalian masih sama tak berubah. ececece. ^_^

okkay.
petang ahad tu ader urusan personal di wangsa maju.
jadi petang tu gigih ke sana selepas budak kecik tu bangun tido iaitu pukul 2pm.
mak aihhhhh. time nak keluar je mesti tdo lama. dari 11 - 2. :P

pitca dibawah bersamaan budak kecik berlagak besar nak berdiri atas stroller.
cea.. ^_^


sila perhatikan betol-betol.
mak dier konfius kenapa muka nak dah nak sama besar ngan anak.haha. bajet kelakar betol. :P



kan.kan.macam cium bapak budak ajeeee.adoiii la. haha :P




sampai di Wangsa Maju. terusss menyetelkan apa yang patut.
ader urusan personal dan urusan keluarga disana yang perlu di settelkan awal.
booking apa yang patut.baya apa yang patut.




tetiba terperasan. kamera ni kelabu ke kulit saya yang kelabu.
haissssh. potong betol terusss gamba bajet meletop tak meletop.heeee :P
gurau yeeee.jangan amik serius. muka pucat naturalbeauty yee.
ntah mana aku campak lipstik ntah. hee ^^




pastu budak ni ajak main kuda kepang. adoiiii. ajak bapak la. mak tak pandai pasang kuda-kuda. heee :P




abesss settle semua. terusss ke JJ wangsa maju untuk cari :
bottle Azad Ryan / bekas makan /comby ^^ / baju tido n baju basahan /
syampo bedak segala / wet tissue / n maybe some toys.
see. semua barang anak. mak tak shopping okkay.
bapak kater mak kena tunggu dapat allowance dulu.baru boleh shoping sakan. cehhh. ^_^

then makan MCD.
nampak tak tomei-tomei sampai terlentok makan french fries. hee ^^
kusyuk betollll.




pastu masa kat tempat toys kan terjumpa singa Fisher Price besau.
mengaum comell sampai Azad Ryan leka tak berkelip. :P
sian pulak. nanti mummy daddy usaha belikan okkay.hee
sebab harga mak datok RM 289.90.
tak tergamak sungguh nak hangkut masuk basket.
nanti kita tengok kat Toy R Us okkay.
kot-kot boleh dapat lagi murah. mak kan teruja ada TRUs member card. haha :P




last-last beli jugak la yang lain.
abessss tu.tak menahan kalo tengok toys budak-budak kan. comelllssss. :P






pastu dah settle semua blik la sebab sok nak keje.
padahal terpaksa EL sebab ada masalah keluarga yang tak dapat dikongsi bersama.
adoiiii. pemendam betol.hee :P

agak-agak ada tak orang tanya kenapa saya suka pegi JJ Wangsa Maju??
nak tahu sebab apa?? sebab ada mamat hensem cewahhhhh.
ok joke. sebab suker. senang nak cari barang n sebab dah biasa sangat.
dulu kan duduk Keramat AU3.
jadi terussss jadi setia. heeee :P
untung ABDUL RAZAK yeee. buweeeekk. haha ^_^



05 March 2011

hari minggu ini

hari minggu yang sangat mengujakan sepatutnya 
tapi bertukar menjadi hari minggu yang..
mak datok..boring betol.
bila.
suami mu bekerja dan dijangka balik lewat dan kau tak kemana-mana.
duduk rumah layan anak n layan hindustan.

bakal menangesss sebab pantang tengok hindustan.
mesti sensitipppp.
heeee :P

^__^:



04 March 2011

semalam kan

semalam kan.
kita pegi makan luar.
saya ni kalo dah balik rumah  memang malas nak keluar balik. :P
dengan parking takda.
dengan nak bersiap-siap.
kalo dulu time bujang. pantang duk umah lama sikit dah panas punggung.
jadi semalam nafsu nak makan chic chop mencanak-canak naik.
jadi. kami zasssss ke SOHO bangi je. dekat pun dekat. hee ^_^

main sarung je apa yang ada. hee :P





AJAK baru balik keje.
jadi tunggu kami kat parking kete je sebab malas nak naik tengok mak orang bersiap.heee
kan lam pun kan??? ^^





sapa penah pegi makan kat SOHO bangi??
makanan boleh tahan la. dah takda pilihan.
nak pegi tempat feberet SHIP restoran kat KG BARU tu memang tak la.
jadi ke SOHO pun dah okkay.





mak mertua saya terkejut monkey tengok bontot little Ryan. heeee
apa la mak ni. :P





giler sebak.haha. JJCM apa kebendanya.
pic air je ader.pic chic chop. dah masuk perut baru teringat nak amik gambo.
ya ampun. sungguh sebak okkay. sila percaya. haha :P

pastu balik umah lam kul 10lebih.dah kenyang mata pun ngantok.
tetibe Azad Ryan berdekong jatuh tepi meja.
lebam pipi. saya membebel-bebel dekat ajak sebab depan mata dier.haha
nak wat camner. budak lasak memang camtu.
akhirnya tepuk-tepuk anak ngan mak-mak tertido.heee :P

pendek kata. yeay.berjaya update blog harini.
sebab break lama sikit kan.
tak kuasa nak hadap keje je. boleh rosak otak tau. hahahaha :P

sok ader urusan penting.
cekidaut ye pakcik makcik. ^_^
will update very soooon. :P


01 March 2011

^_^:


serabut giler.
hope..

abah getting better. dalam otak macam-macam pikir.
semoga RABBI mendengar keluh kesah ini........... ^_^:

memendam

sapa biasa pendam perasaan??
sapa biasanya jenis taknak share ngan orang??
n sapa yang biasanya akan memendam perasaan sendiri??
kalo soalan itu ditujukan buat saya.
jawapannya ialah yessss.

saya adalah jenis yang memendam rasa.
tapi bila dah lama-lama. dah taknak ingat n akan lupakan segalanya.
n back to normal macam takda apa-apa.
tapi tajuk sama sekali takda kena mengena yee.heee :p

buat lawak gelak sendiri.
sebab tengah serabut kerja superb banyak top to toe. ^_^
okkay. jumaat lepas ofis ader buat majlis farewell untuk pegawai yang bertukar.
ader la gambo sekeping dua.
sebabnya maybe ader yang prefer to keep it privately so.. saya hormati.
tang muka haku je tak private yeee. :P


cerita memendam tu just nak tuju buat AJAK.
tak sangka pulak suami yang saya dah nikahi 2tahun 2bulan ni ader bakat terpendam main guitar. boleh la request sepotong dua lagu akibat lupa cod lagu kemana kelaut ler kiter.hehe ^^
tu baru bakat. belum lagi rahsia-rahsia lain.aishhhh  :P




tumpang glemer.uwekkkk ^_^




Azad Ryan suker sangat sampai tahan mata takmo tido. :P
malam tu macam-macam makanan yang ader.
main menu is BBQ. sodapppp.!!
apatah lagi bila dikelilingi teman-teman yang ibarat keluarga sendiri.




ni pic ngan untie ANN.
teringin nak letak yang lain tapi harussssla hormati privasi orang.
jadi yang ni consider tak bape privacy.
pendek kata. that was a private party la kan ^_^.
takpe. next time mintak izin ai tempek banyak-banyak pic keluarga di opis ai okkay. ^^




itu ler ceritanya.
melampau betol rambut Azad Ryan kan. kerinting tak dapat dibendung lagi.hee :P
sebenarnya kalo nak cerita sal memendam rahsia. banyak lagi yang tersurat disebalik yang tersirat. sebab lumrah manusia memang begitu.
walaupun dengan keluarga dan teman-teman yang rapat.
kita takkan kenal siapa dia disebelah kita sepenuhnya.
jadi. balik rumah kang tanya husband betol-betol.
apa lagi yang dier sembunyikan. heee :p

kalo nak kena 'pang' buat la....

status : bz manjanggggggggggggg. ^_^



28 February 2011

u..tak baik mengeluh.

keje berlambak sangat. tak menahan.
tapi dah tanggungjawab. perit ku telah jua. cewahhhh :P
kalo ikut keje yang berlambak. tak berbaloi lansung dengan gaji yang dapat tiap bulan.
terussss macam nak berhenti sekarang jugak.
tapi kalo berhenti. pencen takda.
kang dah tua nak cekik apa.hehe ^^
tapi. hidup perlu diteruskan.
tiada pilihan jadi terpaksa redha.
kalo mengeluh tak baik. jadi ini apa?? hee ^_^

tonton la pic lil ryan buat penghilang rindu.
SHA.AS..i miss u too dear. ^_^
nanti bila kerja dah usai. i update blog banyak-banyak kasi u muntah.heeee :P





kalo la punya pilihan lain... ^_^



24 February 2011

Never release


walaupun cerita ni dah hampir setahun.
walaupun cerita ini sudah basi dan saya perangat banyak kali.
tapi sebagai blogger. saya tetap nak abadikan cerita tentang ini dalam blog saya.
supaya nanti bila wajah dah tua, tangan dah kerepot, little ryan nak kenduri cukur jambul anak dier. saya boleh bukak blog then tunjuk kat dier.
"ni. cerita pasal cukur mohawk baby dulu'' *eh tukar la takkan panggil baby lagi. hee 
kan bahagia jeeee. ^_^

saya lupa tarikh nyer bila.
yang saya ingat masa tu little Ryan dah 3bulan lebih.
manjang lupa.heee. urat lupa kena potong sekali time operate aritu. :P
kenduri kat kampung ajak.
semua balik. seronok sangat. meriah betol nak buat kenduri potong jambul little Ryan.

sembelih kambing seekor.
ada orang cakap kalo anak lelaki kena dua ekor??? takpenah tahu pun??
mazhab mana ek?? betol ke?? sebab kenduri Azad Ryan cuma sembelih seekor je. hee ^_^




menu haritu.
kari kambing.ikan keli salai masak lomak cili api. tembikai.ayam rempah.gulai pucuk (sayur pucuk +petai+bilis+pucuk ubi+serai kot) memang terbaeeeeekkk la makanan Negeri Sembilan.hee :P




mula-mula nak buat kaler pink sebab suker pink tapi tak sesuai la pulok kan.
jadi terussss tukar kaler biru sinonim dengan anak lelaki. :P
sampai khemah pun mak tempah kaler biru. terbaeeeek la ibu mertuaku. ^_^




pastu mak tempah team berzanji.
memang terbaeeeekk jugak.hee :P
pastu keluarga semua siapkan endoi / buaian berhias untuk baby.
katenya adat dan mak perlu endoikan baby time diaorang tengah berzanji.
sib baik baby tido tak henggat bisingg.. ^^




dalam kul 12 baru siap segala bacaan tu. nasik baik makcik-makcik ni pandai sebut AZZAD RAYYAN.heee :P
tapi pic cukur jambul takda la pulak.
sebab saya pegang dulang yang ada kelapa muda tebuk tu ngan potpuri sama gunting. ajak pegang anak. jadi pic adik beradik amik pakai kamera diaorang.
langsung lupa nak mintak balik. T__T
part paling bessss tang collection tu. OMG.terkejut sangat. heee ^_^




abesss majlis baru la Ajak cukur jambul little ryan betol-betol.
masa majlis tu acah-acah je. ^^
saya potong setengah je pastu giveup.susah betol sebab kulit kepala baby sangat lembut.
lebih-lebih lagi softspot/ubun-ubun dier. lembut sangat . :P





jadi macam ini la rupa my botak little ryan bila jambul dah takda.
sekarang dah boleh berbangga sebab rambut dah banyak.
walaupun sangat kerinting tapi tak kesah.
nanti besa pandai la lil ryan jaga.letak gel ke/brycream ke. hee :P

bila tengok gamba ni. mesti rasa macam. tak puassss lagi nak bermanja dengan anak time baby dulu. kenangan BF.kenangan kurap susu terlampau.kenangan tengkuk masam.kenangan bedong menbedong selama beberapa minit je sebab lil ryan tak suker bedong. n banyak lagi la. sekarang anak dah 10mo. 2mo to go dah setahun. cepat betol masa berlalu.


umo makin meningkat.muka makin kerepot. OMG.
perempuan mesti takut tua kan??? saya pun sama.....heee :P
itu ler ceritanyer.... thank u for reading this entry... ^^
<3 <3 <3