who's stand by ur side?

21 February 2011

Dewan Seri Sejarah

salam.
rindu i tak??? hee :P
im not in the mood to writing actualy. tapi kalo tak update blog tu ibarat mandi tak basah tido tak lena.
lets forget bout something that 'ntah apa apa tu'. :P
mari kita ke Jalan Tun Razak melihat teman sekolah berkahwin dengan teman sekolah segadoh dulu. ^_^

sabtu lepas 19hb entah macam mana boleh lupa yang ader wedding sahabat kat KL.
ajak went to work.
yang tinggal hanyalah saya, kerinting boy n elis.
jadi. oleh kerana tergedik konon-konon nak ber pre-reunion.
saya gigih jugak merentas lautan jem untuk sampai ke Dewan Seri Sejarah, Jalan Tun Razak depan IJN tu. kereta. mak datuk...memang jem la kan.pegi lak tengah hari rembang time kete banyak and panas macam apa. hehe :P
sib bek sebab perut lapo jadi harusss la buat tidak endah tentang cuaca panas/anak mengantok/dan jalan jem.



sampai kul 2.kawan-kawan habis berterabur balik. cisss. ^_^
ni dier. pengantin terdebomb.hee :P
SYIDA n MUZ.
tahniah guys sebab tak sangka korang kapel.
tahu-tahu dapat kad jemputan.heee ^^
hope berkekalan hingga akhir hayat. skema betol ucapan.hehe :P






dah habis makan.maka cabut ler.
kul 3.30 dah sampai putrajaya semula.heee
tu la ceritanyer. boring je nak update sebab hidup saya cuma berkisar tentang.
keje sepanjang minggu keje.
keluar kesana kemari pada sabtu dan ahadnya.
then citer anak/suami/dan diri sendiri.
tapi ok la. update la jugak kan. heeee :P


kepada followers n sahabat blogers semua.
minta maaf sebab lately jarang tinggal komen kat blog korang.
rindu nak komen menkomen balik.
nanti kalo mood datang mencanak-canak. i back to normal ok guys.
cisss. macam sekarang tak bape normal je?? hehe


18 February 2011

anak lelaki mestiiiii lasak punya la

mak aihhh lambat nyer update blog.hee ^^

semalam.
ada budak berlagak nak berjalan.hee
jap bangun jap duduk.
jap pegang kerusi jap lepas tangan.
pastu ntah macam mana jap berdiri tergedik2 terigigil-gigil.
bedekong jatuh menghempap side table tepi sofa.
melalak seminit pastu lepas elis pujuk terussss senyap.
haaa. kan dah sakit.
gamba tido adalah kerana kerinting boy paling susah sekali dalam dunia nak ambik gamba tau.ibarat gasing berpusing-pusing. jadi ibu tercinta terpaksa ambil gamba ketika tidur ajee. janji ade. :P

eh..tak nampak pulok.^_^


kasi close up sikit.
tu tang dagu tu bengkak bercalar balar.
janji tak berdarah bagai. kira ok la.heee





budak lelaki mesti kena lasakkkkkk baru namanya lelaki kan.
tapi dalam biar-biar pun.
i always keep my eyes on him. kot la apa-apa kan.
sapa tak sayang anak oiiiiii. ^_^



yang daddy pulak siap nak beli armguard/knee guard segala.
*pengsannnn maknyer.hehe






17 February 2011

alter kepala sikit ^_^



weet.weet. ^_^
perasan tak??
AYURAZA PAGE dah takda okkay.
sekarang dah tukar blog title la kengkawan sayang semua no 1 dihati. =0)
boring la title lama.hee :P
lepas ni kalo ader monster datang kacau.
jangan malu jangan segan sebab anta tahu siapa saya. ^^

saya dah tukar jadi raksasa.
ader ke raksasa keding??? hehe :P






yang dah add as AYURAZA PAGE tu tak payah tukar la ek.
sama je tuan nyer.
cuma gedik sikit nak tukar nama blog.
ner tahu kot-kot pasni nak back to basic.
ayuraza page tetap dihati.
forever n ever. ^_^


jadi yang belum add page saya di sidebar.
add ler sekarang. add ler jangan malu-malu. :P
because u follow me i follow u too ok sayam-sayam^_^



macam iklan bedak FOLLOW ME je.heeee :P






16 February 2011

Benci makk!!


sakit hati.sakit hati.sakit hati.
dari hari sabtu tak boleh tengok tv sebab satelite ASTRO problem.
astro ni ada pasang hantu ke?? baru kutuk sebab kena 6% govermnet tax.
alih-alih kami sekeluarga terpaksa berduka nestapa sebab siaran terganggu.
dah tak boleh nak tengok Raja Lawak ulangan.hehe :P

ni la susahnya kalo satu building pakai centrelizzzze.eja pun xbetol choiii !
satu problem je jadi habiss ngan umah haku ko kait sekali.
giler bosan duk kat umah sebab 4hari kot dah tak boleh tengok tv.
biar betiiiiikkk. cissss. memang betikkk pun. :P
see.

*
*




agak-agak korang la. kalo jadi kat koang apa korang buat??
macam nak campak je decorder astro tu ke bawah.
rasa-rasanya dari tingkat 15 impaknyer lebih lagi.heee ^^
bila call astro dah la operator nak jawab punye la lembab.
dah jawab boleh tak dier cakap
"kami tak bertanggungjawab ye puan''
memang....aishhh tak tahu nak cakap la.
call maintenance dier cakap. kami pun tak bertanggungjawab.
kena call kontraktor.adoiiiii.
last-last.
tak payah call la. wat sakit hati je. tengok je la iklan
ASTRO blok A sedang diselanggara kat depan lif tu smpai la iklan tu kena tercabut. kalo ASTRO je problem takpe la. ni semua siaran terganggu termasuk la chanel tak berbayar. ^_^.jadi.tak menages kalo ko jadi aku??? hehe

disebabkan bosan teramat.
habis satu citer full house saya tengok.
dari episode 1-sebelum ending.
sebab yang ending ilang sapa delete ntah.
ending tengok kat u tube sudah. hee :P


kalo sekarang korang nak saya nyayi lagu papa bear mama bear versi korea pun dah boleh sangat. dah hafal sangat. hehe :P
diaorang ni memang saya adore giler babas la dari sekolah dulu.
citer ni main time saya sekolah menengah lagi kot.
akibat terminat mamat korea.
abis abang senior kat sekolah yang mata sepet sapa admire.keh3
bajet korea kan. larilah diaorang bila terjumpa saya. heee tipu :P

begitulah cerita 4hari lepas yang mak datok bosannyer..........







12 February 2011

NO !!

 
"saying that as long as people are not committing sin, it was all right to observe the special day (valentine's day) " says Khairy - It’s all right to observe Valentine’s Day, says Khairy The Stars Feb 12,2011.."

pemimpin terpimpin ke pemimpin kena pimpin???
 
 

kerinting boy ada kawan


dulu kan penah terdetik dalam hati taknak ajar anak dengan toys bila dah ader anak.
tapi since dah ader anak nih. perasaan sama sekali berubah.
betol la apa orang kata.
hanya orang yang melalui je yang akan tahu.
lagi pulak. budak ngan menan ni memang tak dapat dipisahkan.
macam kita ngan internet.
mau aku meroyan tak jumpa tenet semingu kan kan.heee :P

semalam.
amik half day sebab nak ke klinik bawak kerinting boy checkup.
abis tu. lepas ke klinik terusssss ke rumah sista kat p18.
jumpa anak buah. lagipun jumaat maa.
kalo ari esok keje tak koser ai nak kemana-mana.
penat satu badan.:P

sampai p18 je.anak buah terusssss lambakkan toys diaorang depan kerinting boy.
n sila percaya. dier ralik betol main macam tak peduli benda lain dah. ^^




seronok betol sampai kan air mulut keluar laaa.:P
 



nak amik gamba lagi la kemain susah.
ni je pic tengok kamera. 


 jadi.
masa pegi alamanda semalam.
ada SA kat Toys R uS offer tuk wat members card for free.
pantang aje mende free.laju je kau kan.hehe :P
SA tu ckp card ni untuk collect point n time bday anak dapat 30hengget.
just tunjuk message yg TRU bagi then dapat beli toys 30hengget.
kalo lebih. kena topup la okkay. macam tak biasa ye dak??? hehe :P



so lepas ni.
sesi mengkopak duit daddy akan berjalan seperti dirancang. heee :P
kot-kot la leh perabih li moto menan tuk anak.

arini ader Karnival WOW kat putrajaya.
macam nak pegi. tengok la petang-petang sikit.
sekarang panas sangat. belengas dowh. :P


10 February 2011

terjumpa singa menakutkan dan topi bennie awesome

semalam.
balik dari INTEKMA aka rumah hantu berpuaka kat shah alam tu.
saya mengajak anak dan elis ke alamanda sekejap.
nak buat apa?? sebab nak bayor bil ASTRO.
cakap sal astro menyirap je haku bila kena 6% gov tax.
kiter dah bayar untuk subscribe. so macam tak wajar kalo kiter yang baya gov tax tu kan.
bukan ke pihak astro yang bertanggungjawab??
pelik kan. segala benda nak charge.
kalo chanel ok takpe la.
ni ulang citer sama. time ujan langsung macam haram.
adesssss. ini ke rakyat didahulukan??
sape yang setuju kena 6% tu mmg ai salute abis la.duit banyak boleh la citer.hehe^_^

jalan punya jalan.
tetiba jumpa singa gemuk kat centre.
aahhh.sah-sah baki-baki CNY. bak amik gambo sekeping dua dulu.
dok melayan si Azad Ryan yang berpusing2 terusss gambo tak cung.




harussss la amik sekali lagi.
giler kecik seluar saya pakai tu.
Levi's size 25. sila percaya. DAHSYATTTT!!! :P



pastu.
selesai bayo bil ASTRO kat pos office terus ingat macam nak ke carefour sebab nak cari bawang.mydin bawang kurengggg sikit. tak cantik.
banyak yang busuk.
lepas tu. terjumpa ngan Bennie Hat kat depan NOSE.
apa lagi. sambar satu kalu.
kasi itu budak pakai terussss macam kepala banduan.hee :P
taknak la. yang ni tak cung.^_^




jadi saya setuju amik yang ni. bajet cung. memang cung pown.heeee :P
mak yang suker kaler kelabu taik kelawar ni.
harusssla. anak ikut kata mak.weet~weet~




pastu letak lagi gamba kasi readers geram.hee
nak tunjut perut moncit anak sebenarnya. keh3.




drive safely baby. :P



masuk c4. cari barang. santan kotak.susu pekat.
n elis gedik nak shusi plak. nak pegi shusi king ntah biler tahun.:P
same je kot rasanya kalo dah benda tak masak ni.hee ^^





lepas beli barang terus cabooot balik rumah.
badan dah exhausted macam nak pengsan.
balik tu terusss tunjuk kat bapaknyer.
ajak cakap cantik. alah.manjang cantiknyer kalo dah i yang pilih.hee :P



tu la citer nyer. :P
layan separuh mati jap la.hehe ^_^




09 February 2011

patah riuk berjauhan dengan MEREKA

lama dah tak letak muka sendiri.
ai kan penyegan. haha muntah la sape yang kenal baca.^^
bukan je tak berapa penyegan.tak berapa senonoh pun yeee.:P
*sape angguk setuju siap!! heee >_<

tahu kan kena pegi out stesen kat SHAH ALAM untuk semalam je.
melampau tak kalo nak nagessss jauh ngan anak n suami. :P
haha.melampau sungguh ye dak???
bajet orang lain tak buat benda sama.
tapi i kan sensitip nak jauh-jauh ngan anak ni.
laki takpe lagi.:P
balik kang nyentap plak laki ku baca. ^_^
dah satu hal plak nak berpujuk rayu-melayu.wink~wink

skang kul 11.14am. keje dah settle.
jap je lagi dah nak balikkkkkk.yeay.ibarat menunggu bulan jatuh keriba akhirnya jatuh juga.
haha.giler grammatically error.:P
pengaruh simanis berpuisi david teoh la ni. aisshhhhh.




 

u nak tahu.
i kena duduk kat INTEKMA RESORT shah alam.
n sila percaya ianya bukan sebuah resort.
ia lebih kepada RUMAH HANTU BERPUAKA.haha
giler HORROR.takutttt sangat.
nyesal pulok tak bawak surah yassin anak i yang i tarok bawah bantal.haha :P

i share bilik ngan opismate.udahnyer bilik kemana.hangkut beg terussss tumpang bilik member.tidur katil bujang berdua ler. i tak peduli. tido lantai pun i sanggup. janji tak tido bilik hantu yang i tinggalkan sebentar tadi. dah la besar sangat. bape kaki i tak tahu la sebab i masuk sekaki je dah cabooottttt keluar.haha :p
lift pun slow motion n ader sound effect. kumat kamit baca ayat kursi.
rasa nak balik malam tadi jugak. abihhhhnyer kau tak takut lam bilik tu macam apartment. hall besauuu. ader tangga pusing-pusing klasik giler. pastu katil kat tingkat atas.ader 4katil semuanya. kalo saya tido berdua dikhuatiri hantu mak limah tidor sebelah.haha
nyesal pulak order astro first sebab tak dapat tengok kefarat!
yang ngangkung ngan aku masih dara still DARA bil kat umah tu belom berbayorr.keh3 :P

jadi biler wifi ader kat hotel ni terussss macam.
jap lagi la balik. nak update blog jap.hee
giler dah bape lama tak ada masa senggang n tenet laju giler 180/km sejam nih. citer pasal km ni teringat plak i pegi renew roadtax then..
next n3 okkay sayam-sayam.
kang lelama kat sini semua bulu mencanak naik.seram sejukkkkkk.haha

pentakut sungguh.



akibat takut menages rindukan anak ku si kerinting boy.
saya bawa bersama bantal busuk masam bau pale anak.
sebab bau baby masam tu yang sangat besssss. kat kedai takda okkay.
tak penah tido sorang.tido peluk bantal anak pun menyayukan je kan. ^_^:
terusssss macam. i can't live without u. haha :P

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

jadi dengan rasa suka hati si pentakut ni akan balik jumpa mereka.
rindu mereka.
rindu mereka.
sehari pun dah tak menahan. ^_^
camni cita-cita nak jadi steward?? boleh jalannnnnn.heee








07 February 2011

saya seronok melihat mereka bahagia^^

tengok gamba pown dah tahu. heee :P
takmo cerita la.
*pang kena lempang. keh3

first of all.
ini n3 khas buat BFF saya yang ajak saya monteng kelas time skolah dulu.haha
bukan kata monteng kelas jeee.
teman yang ngajak pegi kait buah jambu kat hostel budak laki smpai kena marah ngan ustazah kat situ jugak.malu dowh:P
kawan-kawan time berebut beratur time amik makanan kat dewan makan. pastu buli budak form 1 dengan potong line. hee ^_^
member-member teman study tapi bukan study sgat pown. bergosip lebih. hehe
teman-teman yang ajak pegi konsert apa ntah kat temerloh pastu balik tengah malam semua kena denda ngan ustaz esok paginya. :P
kawan-kawan yang bersusah payah halau orang minyak *kononya sebab ade kesan kaki minyak itam tepi tingkap kat hostel dulu.
teman-teman yang terima saya seadanya walaupun tumpang join kawan ngan hantu-hantu ni semua time form 5-6 je.

tapi.
korang la sahabat DUNIA AKHIRAT.
puji lebih sebab takdapat pegi kenduri korang. haha :P ALASAN BETOL.

ini MIN yang sangat sopan dan halus. :P
macam jelly la ko min. tapi cantikkkkk. nape aku tunang lu tak pakai kaler nih ek. hee.
berambus pengantin lama !!!
tahniah sebab ko ngan anip da kapel since form 1 kot.
tapi still bertahan sampai ke jenjang pelamin.
bertuah badan ek.anip pun da jadi lawyer.
kalo aku gedik nak saman-saman aku leh aku guna kepakaran anip tak?? free of charge sebab member-member jangan nak berkira sangat. haha
hope sampai kawin la korang ek. sory tak dapat datang sebab banyak sebab.
hah alasan... :P






n ni dayah yang pandai masak n manja gitu. ^^
cantik la ko dayah. sory dayah tak dapat g jugak sebab
SAMA SEPERTI DIATAS. :P
apa pun aku doakan ko ngan husband ko orang jenderak *tak kenal berkekalan smpai akhir hayat la.
cepat-cepat dapatkan anak. boleh saing Azad Ryan masuk sekolah.heee :P




sory korang ek.
almaklumlah bila beranak kecik ni. nak merantau segenap pahang tu memang sukar sikit.hehe. sory sangat-sangat.
tapi aku cuma boleh doakan korang berbahgia dan selamat semuanya okkay. ^_^

jangan sentap okkay. hee :P
balik ni nak cari gambo tunang lu jugak la.
ntah mana aku campak.haha ^^
bila tengok member kawin macam nak kawin balik n pakai cantik-cantik.hehe
tak malu......! weet weet ^_^




sudah 12.30am. !!


gila tak???
malam buta gini masih beron9.
senang lenang kau yeeee. padahal esok kerja.pffft......
sangat tak besttttt. ^_^
lagipulak.
esok kena outstesen la sangat ke shah alam je kot. :P 
kalo la boleh taknak pegi. ^_^
bila ader anak kecik nih nak keluar bekerja luar pun lemau je.
al maklumlah tak penah berpisah.
alamatnya kena bawak bantal busuk anak bersama la.
"mummy pegi berjuang okkay. baby duduk rumah baik-baik.takmo notti. sian daddy''
and....daddy pun takmo nakal jugak yeee kalo tak ai sentap. haha:P
padahal SEHARI je kot. keh3
tapi kena tido sana la.............
tak bessss betol tido tak golek-golek ngan laki anak. hee ^^


jadi ayu.
BERTABAH untuk sehari okkay!!
boss pun satu. suruh pegi seari je.
cer suh pegi 5h4m siap naik flight g obersi ke.
besssss la sikit ye dak. baru la semangat jadi pekerja gemilang terbilang. hehe :P





Azad Ryan n Abdul Razak.
I'm gonna miss u both lotttt's ^_^:


05 February 2011

Brestfeed n kesihatan anak

ibu tak berapa sehat.
nak balik KL pun macam MALAS teramat-amat la.
sian nak tinggalkan mama yang demam belum kebah.^_^:
mama get well soon okkay. anakmu jauh di perantaun. sob..sob..

minta kalian doakan ibunda saya ya.
kenapa cakap macam indon lately.sebab balik kampung dari pagi anak buah/mak/adik beradik dok nonton citer indon. sampaikan saya 'aarrrgghhhh. tdo bagun tdo bgun balik' hee :P abes tu kampung ni sejukkkk macam kat obersi. ujan manjang memang aku pun berselubung ngalah orang demam la.
mandi pun leh kira lam sehari nak berpakage bagai mandi pagi sampai malam terusss.haha :P

okies.lari topik.
sepatutnya nak cerita perihal susu badan dan kesihatan anak.
masa mula-mula pregnant dulu saya tak pernah terpikir betapa pentingnya susu badan untuk anak.tapi bila dah preggy.dah pandai gogle sana-sini. tanya sana-sini. barulah saya faham dan yakin bahawa susu ibu is the best food for baby.
tapi. sayang seribu sejuta pun sayang sebab Azad Ryan hanya menyusu sehingga 4>5 bulan.

masa tu rasa macam LOSER sangat sebab tak dapat bertahan smpai 8mo or 2years.
memang loser la smpaikan menagessssss ^_^: saya sebab Azad Ryan dah takmo isap susu badan bila saya start ajar dier isap botol.
nyesal.......tapi apakan daya sebab saya perlu berkerja dan perlu ajar anak isap botol.
nak tahu sebab apa?? sebab isap botol lebih puas berbanding nyusu badan KOT.

sekarang bila anak selsema.demam.
mulalah saya rasa macam nak salahkan diri sendiri.
rasa macam. mesti sebab tak cukup antobodi dalam badan sebab tu kerap kena jangkitan.
ni kat kampung kan sejukkkk giler. hidung toksah tanya la. berair manjang.
tak kering-kering. adessssss ^_^
kalo Azad Ryan nak nyusu badan saya dah bagi dah.
lagipun sampai sekarang masih banyak okkay.
tapi kalo pump takda plak nak keluar. heee :P
geram betol arrhhhh.

penah satu hari masa berborak tentang susu formula kat fb.
ada seorang teman yang cakap 'bagi anak susu mahal supaya anak cerdik'
bagi saya susu ibu jugak yang terbaeekkkk.
kulit cantik.sehat.antibodi kuat.
bagi saya jenis apa susu formula yang kita  bagi anak is berkenaan BAJET.
kalo mampu lebih. maka lebih la.
tapi kalo sebaliknya. memadai la dengan apa yang ada okies.

petang ni dah nak gerak balik PUTRAJAYA.
xbesssss sebab kena kerja.haha :P
bajet laki ko hartawan kan. nak duk umah goyang kaki.
banyak CANTEEKKKK!!! :P








*malam ni nak date ngan kekasihku tengok KURAFAT.
kalo takda dah. keparat pun boleh. heeee :P
n3 tak bergamba sebab kalo tunggu upload pic smpai isnin baru sudah. ^_^



01 February 2011

blog kemana apa kemana :P

yeeeee.
kalo nak marah. marah la. :P
dah mungkir janji kan. kate nak update blog tapi hampehhhh je kan.
sebutir ayat pun takda.
sila maafkan saya sebab broadband celcom macam h@^%^m je kat kampung nih.
lagi pulak jumpa adik beradik/anak buah/mak ayah tercenta.
jadi haruslahhhh blog tak dipedulikan lagi.
blog jangan ngajuk yeeee.tak sopan okkay. heee :P
^_^
balik kampung dari hari sabtu lagi.
pastu tempek gamba sebelum balik kampung boleh kan??
sebab sampai kampung je dah tak hengat nak snap pic ke hape.
enfon pun aku lantak kan aje terkulai-kulai batery week.
hehe.
pehtu ajak lak dapat cuti sama dengan saya.
maknanya kami bercuti selama seminggu bersama.
makan tanggung berak cangkung la. lalallalala ^_^


saya tak tahu pic ni yang mana satu saya tarok.:P
upload pun makan 5jam.
lantak ah. janji ader pic tuan tanah kedaung. heeee^_^





yang ni la baru nampak bilah butir.ngeeee :P
bajet balik kampung naik flight je.lugage kemain besar godang.
psssttt. sebenarnya mak budak ni malas nak banyak-banyak beg. dier sumbatkan aje segala macam mak nenek dalam lugage ni. senang katenya. hahahaha ^^

 



lepas je upload pic semua diatas. konon-konon macam nak upload lagi.
alih-alih line lembab macam nak kena campak kat ladang sawit belakang umah. huhu
terussssss potong. :P
malas dah nak upload ye.
apa motifff update harini????
heee :P motif nyer adalah. nak kasi tahu esok nak buat BBQ n SATAY terbaeeekkk wok. ^^
jangan jeles yee..

abis tu. bila tenet lembab nak mampos haruslah ngadap bendalah ni dari tadi kan.
n harusssslah kena perli ngan suami jap tadi. hehe :P
terusssss malu aahhhh.
n terussssss 'sape nak main laptop makcik!!!!'
jerit kau-kuat konon nak kasi laki denga. haha





dear readers n menbers :
sorry sebab tak jengah blog u guys.
kalo singgah pun tak boleh komen sebab tenet SLOW giler.
nanti bila dah balik kl. kiter terus rajin jenguk blog korang eh.
heeee :P
rindu u guys ^^