who's stand by ur side?

07 June 2011

sikit-sikit jadi DSLR

sapa tahu sekarang DSLR apa yang paling berkualiti.canggih & MURAH??? uhuk.uhuk

kot-kot la duit tabung dah cukup boleh la beli untuk raya. hehe :P











katak oh katak. sila cepat beranak duit okehhhh. muahahahaha :P





Your opinion on your body and how comfortable you are about it.

Day 8 - Your opinion on your body and how comfortable you are about it. ( entah hari keberapa.bantai :P)
alahhhhh. macam korang kesah kan. hehehe. T__T )


hak nak cerita habaq mai pasai body & comfort tak comfort ni yang paling tak bessss. sebab tiap-tiap hari pun dok pk. nak makan menatang apa kasi gemok/ chubby sikit. :P mesti kalo hak yang nak kurus pun hari-hari dok pk nak menatang menda apa jugak*seperti diatas. kan??


benci mak tau. tensi.tensi!!!! kenapa semua orang lepas bersalin berisi?? dan kenapa aku makin cekeding??? doc DADDY ZIYYAD bak datang jawab soalan i okkay.hehe :P


kalo nak tanya pendapat : memang tak selesa
kalo nak tanya selesa : memang tak selesa la lagi nak tanya. T___T


kalo dulu jeans koman-koman pun size 29. berat masa tu pun 56kg. itu dulu. selalu cerita dulu kan?? abeh tu. takkan nak cerita 4tahun akan datang. tu nama buat-buat cerita tahu!!. hehe :P sekarang berat bersih tolak kulat mulat daki segala adalah 40kg fix. kenapa tak naik?? laki tak bagi makan ke?? yang ni aku pantang betollll. tahu ke laki aku bagi makan ke tak?? kadang-kadang sentap gak mak nih. macam nak mencarut pun ader. tapi still lagi sabar la kan. paling-paling pun aku setan-setan kan ko. muahahaha :P. ko ngat kalo kurus je laki tak bagi makan?? idup tak bahagia??


dulu keje A&W  memang la gemok. tiap-tiap pagi melantak icecream vanila 5/6 scoop. pagi bantai roti serunding 2ketul kat kedai roti sebelah A&W KLCC tu. setengah jam lepas tu pegi bantai nasi lemak dekat LA' CUCUR tu pulak *ada lagi tak??. pastu bantai french fries la.petties la senyap-senyap kat kitchen. chessse untuk burger toksah kira la. pastu tengahhari. rootbeer & icecream & nasi lagi. pastu makan lagi.makan lagi. smpai sudah balik keje baru berhenti. lalu depan Roti Boy jalan nak pegi concourse floor ke LRT tu beli la 2biji roti boy pulak. ateeeee. mana tak gemok. hehehee :P


tapi percaya la cakap mak nehh. jadi kurus bukan besss mana pun. lagi-lagi tiap kali jumpa mak nenek pimpampetpot yang subhanallah kepochi betol. balik-balik dok gasak aku ngan soalan kenapa kau kurus sangat haaa??. dah kalo baka kurus macam mak aku. sah-sah la anak beranak dia kurus kan. takkan makpak aku kurus tetibe anak dia macam Kimora baby phat pulak dah. T___T. ateee. kromosom mana pulak singgah kan. ko ingat aku tak penah try ke makan menatang apa tu weightgain ke gaineight?? ah pedulik.. kan. penah okkay. tapi memang aku ni dasar lemak degil nak mampos nak melekat. abis-abis naik la setakuk dua. kalo tak 41 mesti 42.




lagi-lagi adalah sekor mamat ni balik-balik dok compare ngan aweks dia. dok la kata laki aku tak bagi makan. aku pang baru ko tahu laki aku bagi makan ke tak?? HAHAHAHA. tapi paling aku meluat pun dok banding-banding aku. padahal awek kau pun sama kerempeng je dengan aku. so  takda beza la kita okkay. aku ni bukanlah sensitip sangat tapi bab body kejadian tuhan yang tak boleh nak ubah ni yang aku makan dalam sikit. kalo boleh ubah dah lama dah aku buat plastic surgery topup lemak segala. muahahhaha :P










agak-agak korang la. perlu ke aku pakai jeans brand KIKI LALA raya tahun ni??
muahahahhaT____T

2 macam je


daddy over apehal??? hehe.



ini budak kerinting punya kerja.
ini bukan tempat para simpan stok makanan ok.
sila la kesian omak kau nak mengutip sebijik-sebijik koko crunch dalam lemari. :P




ok. itu sekian sahaja untuk kali ni.
mood nak berbloging tak mari la.hehe :P
kepala dok pikir nak beli baju raya bila. nak shoping raya bila je. padahal puasa pun belom abesss ganti. pang sebutir boleh??? hehehe T___T





06 June 2011

dua hari lepas la weiiii.


previous entry ada sebut pasal DUDUK KEWEK??
kenapa semua orang tak tahu. ke itu bahasa orang asli pahang. hahahah. patut la ajak cakap i macam asli. choiiiiii.:p lap u la darling. memahami betol. ekekeke :P

duduk kewek tu adalah duduk macam duduk diantara dua sujud tapi kaki dua-dua terleluar.hehe :P atau lebih dikenali sebagai duduk katak. budak-budak orang tua tak bagi duduk gitu sampai besar sebab takut jalan macam budak tak bendung. T___T orang tua kan banyak pantang. so ikut je la mana yang logically betul.:P


balik J Town sebab sepupu kawen. semua adik beradik balik. tapi pegi kenduri pun pegi makan je.hehe:P
ate sampai-sampai pun pengantin dah nak bersanding. duduk J Town ni paling tak tahan ialah jarak dari satu tempat ke satu tempat ni boleh kematu bontot.:Pekekeeke. dari J Town nak ke J 18 pun makan sejam tahu.!! jadi bila ngan budak-budak kecik. mak budak nak bersiap lagi. harusss la makan masa kan. tu yang sampai kenduri pengantin dah bersanding.T____T

kerinting boy mengado. dah tau siap-siap tapi tak jalan-jalan memang mengamok la dier. :P
pastu sedap-sedap je dia baca paper kat belakang pastu anak mengerap kita ek.
eh pakcik!!! anak ni haa. mak nak siap cemano kalo anak duk bergayut kat lutut je. pastu aku potpetpotpet. rupanya bapak budak tu tak faham kita mengata dia.* ke buat-buat tak faham. cissss. hehehe. T_____T





cik Elis kau Rayyan. bila entah nak pegi reg poli aku tak hengat :P tapi dalam minggu ni kot.
jangan nak bergedik kat sana. nanti tolong jual tudung kat budak-budak poli untuk collect duit raya. hehe :P





jangan tanya : eh. laki dia ni asyik pakai baju sama je. memang nak mintak pang la. hehehe.
dah takda baju. mula-mula nak pakai kemeja biru. pastu sebab panas subhanallah. jadi terus tukar pakai t-shirt je. lagipun bagi sama ngan anak. anak pun tak sesuai pulak ku rasa nak pakai kan kekeja bajet wedding kat hotel kan. :P muahahaha




baju aku beli kat tesco rm69.00. T___T lalalala.
tapi baju elis macam baju sekolah je. ate nak bervantage bagai. gasak la. rupe baju sekolah ke. rupa budak sekolah ke. :P aku hana tajima la sangat. kena tarik ngan anak baru tahu hana tajima hangguk kau!!





ni haa. pengantin. congrat kak ngah. cepat-cepat ader baby ok. saya suker baby. ehem-ehem. *apehal??? :P






kak ngah cantek semalam. pastu bila amek gambar je muka tak nampak. bila amek gamba je tak jumpa cari ayuraza. ok la. kamera cokia bukan DSLR. tunggu la aku beli dslr baru dok tayang gambar aku sesado ok. hehe :P






pastu petang semalam (ahad ) pegi terjun tiruk kat pool Tekam Plantation Resort. masuk 5hengget. cissss. bawak budak-budak semua sekali dekat 50hengget. T____T * berkira betol makcik kau nih. hehehe





daddy tension kenapa.?? hehe.
cucuk ketiak baru tahu. tension lagi dah gamba masuk blog i padan muka. hehehe :P
baby cool okkay. camtu la. T___T jangan ikut daddy. masammmmm je. muahahah.





tu je la cerita balik kampung nyer. balik dari swimming ni yang kena perli ngan laki sendiri kata aku orang asli tu. hahaha.  muka i ader rupa asli ke?? tak langsung kan?? takkan u olls nak kasi tahu muka i macam asli jugak. hahahaha :P memang nak mintak pang sama macam ajak la. T____T

gerak balik KL pukul 8.30 tapi sebab jem gila babeng sampai putrajaya pukul 2.00am.
pastu terhuyung hayang bengong macam orang mabuk pagi tadi bagun nak pegi keje sebab tak cukup tido. :P



oklah. jumpa lagi. sayang korang.








Lap u pakcik Nuffnang





sekarang Nuffnang tengah murah hati ke?? T___T.dulu kemain berjanggut nak tunggu from 50cent nak naik hengget-hengget. tapi takmo show off kat korang la. malu mak tau. muahahahha :P bape ketui je pun. kot la ader beberapa ketui-ketui barulah syok sikit nak tunjuk kat korang kan. hehe.

tengok ader sorang blogger ni dapat 3k lebih untuk bulan ni. besnyer. free-free dapat duit. walaupun sebenarnya buat blog bukan nak dapat duit tu tapi kalo orang dah nak bagi apa salahnya. hehe :P elok la jugak dari masuk skim cepat kayap kan. :P


kot la kita pun income sebulan 3-4k. mesti boleh beli rumah pakai duit adv je kan. tapi kalo korang tengok readers blog haku pun tak cecah 10 sekali view. memang tahun 2016 pun belum tentu dapat 1k. muahahahha :P jadi sila lah simpan duit gaji tetiap bulan buat beli rumah & toksah dok harap ke duit nuffnang tu ek. lagipun rumah sekarang makin mencanak-canak harganya.

semalam kan balik J Town. time on the way balik rumah lepas pegi swimming kat Tekam Plantation Resort. * next entry. terjumpa la kami-kami yang jakun ni dengan perkampungan orang asli.T____T perghhhh. kat kampung aku masih ader orang asli tak pakai selipar pegang sumpit tapi naik moto tau. hahahaha :P. pastu aku cakap la ngan Ajak.

''orang asli pun ader rumah batu sebijik-sebijik 2bilik tidor satu bilik air. kita yang kerja bermati-matian ni rumah pun masih belum mampu milik''

nak tahu ajak cakap apa???






" balik la sini duk kampung. u kan dah macam orang asli''. ekekekeke. *gelak macam haram :P



hahaha. macam nak kena lempang je. :P
ok.asli-asli i pun asli ni la yang u duk tergila-gilakan dulu kan. ini habis madu sepah dibuang ke?? muahahhahaha :P

03 June 2011

Kewek


jang.
jangan duduk kewek nanti jalan kewek.
hari-hari aja jangan duduk kewek jangan duduk kewek. sila belajar bersila. ikut mak yang sopan neh.hehe :P










Sengih sorang-sorang pehal??



petang semalam.
AzadRyan terlopong tengok mak dia tersengih sorang-sorang.hahaha :P
entah-entah dia cakap apehal lak mak oiiiii. jap sengih jap tepuk tangan. ekekeke. T___T
baby shahdap okeh. mak tengah fokus. fokus!!
mak kau tengok si Aeron Aziz ni haaaa romantik sangat. kengkonon la bapak kau nak buat romantik gitu. siap tengok pelangi. sipa bagi bunga. siap buat suprise. kan. kalo mintak pun belum tentu bapak kau nak romantik. jangan harap. dan sila la percaya memang kekadang tensiiiii mak dapat laki tak romantik tahu!! .hehe.

meh nak komen sikit.
cara dia cakap ngan nora elena ni. alahaiiiiii. cair mak nokss. huhu.
tapi baru sekarang ni nampak sangat si Aeron ni romantik kan. masa berlakon cerita *menda entah dengan amani dulu tak la romantik macam ni. yang ni bikin cair okeh. bikin cair!! jugak bikin laki marah. muahahahhaha. haha :P
walaupun siti saliha ke nama budak nih?? macam akward sikit tapi kira ok la kan. cun.cun je dia ngan aeron aziz. cer kalo ngan amani dulu. separuh badan aeron aziz tu baru nampak amani. T_____T


  






tapi Ajak balik-balik keje pun dok asyik la tanya lepas tu camner. lepas tu camner.:P
ko suker jugak bang kan. kot la ko nak romantik macam si aeron tu memang otomatikeli aku pegi salon buat rambut macam nora elena. ekeke. takat dok tanya je tapi nak bagi bunga pun tak mahu. tak payah tanya okeh. sentap mak. hahahahha.



tapi. i terima u sedanya Abdul Razak. walaupun tak penah nak romantik segala.T_____T
tapi tak romantik-romantik pun keluar jugak la AzadRyan tu. muahahhaha :P



weekend korang  pegi mana?? i balik J Town. sapa nak ikut???? jom mandi sungai. hehehe














Dua lagi budak pompuan comel hilang di Malaysia..(SILASEBAR KAN)



cisssss.bedebah.hahaha.
dapat email dari ZilaZaimy. hahahha :P

mati-mati ingat ada budak hilang.
rupanya makcik bedah pim pam pet pot.hahahahha :P terkejut kamek.terkejut kamek.






makcik. sila balik kepangkal jalan. jangan buat orang susah hati ok.
muahahahhaha. T____T







02 June 2011

Jawab lah esok.

Ajak call. *kenapa asyik-asyik ajak. entah la. agaknya sebab dia demam aritu kot. hahaha. apa-apa la.

ajak call * ulang lagi pehal.muahaha. pastu ada la conversation *ayat omputih pehal?? ngan dia pasal bb yang kena campak dari tingkat lima tu. dia baru tahu bila tengok kosmo sebab semalam dia tak tengok berita. :P memang dasar binatang la ko. Ajak sedih tapi takla sampai menagesss. aku pun sedih. sebak. T____T benci la binatang macam nih???



teringat time baru ada anak dulu-dulu. Ajak tanya. 'kenapa anak kita kepala dia lembik?? *sambil tekan-tekan kepala anak.

aishhhh. Jangan tekan ok. orang lelaki memang tak tahu ke?? hehe. 'itu softspot sayang ataupun ubun-ubun'.

ajak. OWHhhhhh. sambil usap ubun-ubun sambil cium kepala anak sebab bau baby adalah paling bessssss. ^_^


dan. semalam.

binatang tu boleh campak baby tu dari tingkat 5. tingkat 5 ok!!! memang giler babeng la ko sampai berkecai kepala anak tu. dasar binatang. menyumpah-nyumpah aku dalam hati.* dapat dosa kering je. kita nak pegang ubun-ubun anak pun tak berani sebab takut sakit. nak tepuk nyamuk pun slow-slow sebab takut pedih. tapi ko. aishhhhh. takpe aku tak kesah sebab TUHAN maha mengetahui.

rasa-rasa daripada dia campak dari tingkat 5 lebih baik dia letak kat tong sampah. tapi apa bezanya????????? terussss ingat anak. sob-sob. ^__^. mummy & daddy sayang baby tapi kalo degil memang kena rotan jugak ok. hehe :P














Pantang boto

pagi ahad lepas.




ajak tengah goreng daging burger kat dapur. * mana isteri mithali dia??? hehe :P
pastu dia bernyanyi lalalalala. ~~


''seumur hidup aku. ini yang pertama. pintu hatiku diketuk oleh dua wanita. ~~ lalala.~~ disana hanyalah menanti...."



tetiba aku datng dari belakang & sound derek.

''ko bang.pantang betol orang pompuan kalo laki nyanyi lagu tu tahu!!!!''



ajak terkedu pandang aku.

aku..blah buat muka tak bersalah.hahhahahaha T_____T









apehal la meroyan tetibe. muahahhaah :P

01 June 2011

ingat X

ST12 - Saat Terakhir

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan

Kau akan pergi tinggalkan kusendiri


Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu;kamu;kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup

Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku…




apa??? ingat aku dok teringat kat ex ke hape??
tak baik tau suspicious. berdosa. & tak baik tau ingat ex sebab berdosa ngan laki nanti.
tapi tak semestinya aku tak penah terpikir. cuma terlalu memikirkan tu tak penah.
tak baik ingat dosa dosa dosa & tak bau syurga. takut :P

lebih baik ingat si kerinting boy & daddy nya kan.
cuma lagu ni lah. aku rasa sepanjang hari kat opissss dok dengar lagu ni. hehe.
tapi bukak pun macam bunyi dalam selimut je.
taknak orang lain bosan sebab dok dengar aku layan lagu ni je sepanjang hari. T___T

btw. nak mintak korang doakan anak blogger PUTRAJAYA * kenapa putrajaya ??????
cepat sembuh & tak jadi apa-apa akibat pengasuh pitam masa mandikan Khair Rayyan.


YA ALLAH.
pelihara & selamatkanlah anak kecil itu. tetap sedih walaupun tak kenal sangat.
lagi-lagi baca paper harini pasal orang buang baby.
DASAR BINATANG. TUHAN maha melihat tahu!!!



malas jawab soalan.

harini malas nak jawab soalan 30days tu.* suka hati :P
sekarang mak susah hati. uhuk.uhuk.
Ajak demam panas. Ryan berjangkit demam ngan daddy. padahal baru demam weekend lepas. T___T
jadi. aku dah jadi powerpuff girl. berjaga malam. jelung kepala anak & suami.
mata dah macam ladybird. eye bag sana sini.
tapi kena tabahkan hati. korban untuk suami & anak. :P *buwekk.

ni keje budak demam.






kalo hari-hari macam ni mak kau pulak boleh demam tahu. heee :P




mummy tak aja cari benda tersembunyi ok. sila dengar cakap mummy.
nanti mummy rotan baru tahu. *berlagak. padahal marah anak pastu anak tak nagesss mak yang nagesss sedih. T______T




anak korang ada habit macam ni tak??