who's stand by ur side?

25 February 2014

Semangat infiniti :( blergh

 
 
 
 
Kadang-kadang naik giveup keje makan gaji ni,
semua benda terpaksa pendam and simpan sendiri,
 
Rabbi Yassir,
 
semoga ALLAH permudahkan nak pencen awal, hehe
 
i memang suka berangan benda yang sememangnya payah i nak dapat, dah nama pon berangan kan bukan kena bayar pon. hihi :P
 
                                
 
 Gamba adalah takda kena mengena dengan cerita ye, haha, range rover, giler kau taknak, bapak sexiesttttt ever ever. haha. seee, baru sebut je kuat berangan ko tengok tak impact dia, haha, rasa macam duk pegang stereng berangan drive alone range rover kaler merah, pehh pehh pehh, rasa besar sangat letewwww, puii

eh, apa tajut entry tadi, sory entry a bit silly n rubbish,

orang otak tak keruan macam ni lah, semak lah keje sekarang, seriuosly, terkesan kat hati bila apa yang kau cuba tonjolkan orang haremmmm nak nampak, bukan penghargaan pon aku nak cuma at least give some respect, abis fail yang bertimbun, keje yang berlambak yang settled, yang belom, yang under progress tu jadahhhh apa woiiiiii!

consider sikit perasaan orang, giler tak sentap, after few years buat keje tu pastu newbies datang boleh cakap directly, apesal aku buat keje tak bising, tak nampak, hello, keje dengan file, dengan dokumen memang senyap-senyap jelah, lainlah aku keje dengan orang, nak kena memekak 24/7,

untuk kawan-kawan ofis yang sekarang yang jadi silent ke tak silent reader ke, aku mintak maaf bila timbulkan issue ini, takda kena mengena walau seinci pon dengan korang ok, it was just about me, all about me..korang kalo nak sentap pasal entry ini, ikut suka ye, tapi not my responsibility, aku takkan bertanggungjawab untuk mana-mana hati yang akan terluka, i remind!


aku perasan satu benda lah, apesal sensitif sangat neh,
i rasa faktor umor lah, eh dah tua ke aku ni haaa, hahahahaha

dah lah, stop being negative and annoy people surrounding. kan kan. kadang-kadang time ko down memang lah ko hilang semangat. sensitif, elokkk je dari tak down, perangai datang balik lah, pendek kata, sapa yang kenal i memang tahu i jenis macam mana, nak marah, tak lama, nak dendam, no way, thats not so me!

i memang ada plan nak pencen awal, bosan lah keje takda improvement, promotion susah, tukar skim susah, nak gaji tak banyak. kalo nak lebih pon harap duit bisnes online jelah, hehe, alhamdulilah, step by step lah, nak kaya terus tu, pegi sana buat MLM, hehe,

okay, banyak benda nak sentap sebenarnya, hehe, boring tak baca entry merapu aku, lantak lah, tak suka baca terpulang, suka continue ok, not a big deal pon, aku jadi blogger pon since 2008 so setakat orang menyampah, melucah, memaki aku, thats the lumrah.

but.but.but

if kawan baik yang ko dah kawan sedekad buat macam tu, apelah ertinya lagi persahabatan jika penuh rasa benci, kecik hati, tidak memaafkan. ego. tak boleh mengaku salah. tak boleh memohon maaf. what kind of bff yang ko maksud kan ni.

listen ye,
aku sentap bukan sebab apa yang ko tegur, tapi sebab cara teguran, terlalu keras untuk seorang perempuan yang macam aku, hati halussss :P be nice to people boleh tak, aku kawan dengan ko dah bape lama wei, rasa-rasa maybe sebab aku ni tak belaja tinggi kot, tu yang apa jenis pandangan aku pon, ko takleh terima, ada cara macam mana kita nak tegur orang, yelah tahulah kawan baik.kawan maki-maki, tapi be nice, dont use the harsh word, macam tu..ok
now dah sentap, nak pulih, emmm nanti lah, tunggu ko pujuk balik ok, hehe

kadang-kadang,
kawan-kawan yang baik ni memang lah kita boleh cakap ikut sedap rasa, sebab orang tu kenal kita macam mana. tapi terrlalu kasar sehingga kan mencalarkan nilai-nilai persahabatan kita. u should think twice. mana kawan ko dengan kawan baik ko. tak sayang ke kawan dah berpuloh tahun tetibe sebab satu benda jadi tak ngam.

just give me some respect.koy ye pun kawan ko ni hina sangat tapi jangan dok kata macam orang langsung takda perasaan. hehe


boooooo, orang takda perasaan :P
tua-tua pon nak merajuk. coii!

 

eh dah lah entry sentap, bohsannn lahh, hehe
meh sini kita chill tengok perangai anak-anak, chill pon tak chill sangat lah, hahaha, kadang-kadang naik hantu jugak, kalo kat sweeden aku ni agaknya kena jail dah, asyik menjerit jadi tarzan je. hihihi, lama-lama anak pon tak heran,

awan nano comellll as always, adik muka garang sikit, tak kesah pon, yang penting, dua-dua anak mami anugerah paling hebat ALLAH bagi pinjam, hehe



 


ok lah, sehingga jumpa lagi dengan,
entry bosan. merapu. membebel.  :P

(*,*)




 
 

06 February 2014

Having Fun at Sunway Lagoon




first of all,
 
 
mungkin akan pegi lagi sunway lagoon in next 5 years, haha
sebenarnya terkejut jugak bila tengok harga tiket dia, tapi sokay lah orang tak penah pegi, so sekali sekala worth bila tengok abang rayyan kemainnnn seronok.

as a mother, tengok anak-anak gembira dan bahagia adalah satu kepuasan yang paling maksimum, tak boleh tukar ganti dengan benda lain, hehe :P

Ahad tu, i dont remembered what date, huuuu giler pelupa.

ahad tu AJAK tetibe ajak pegi sunway lagoon, related to our 5th anniversary, sepatutnya destinasi yang diniatkan bukan ke sunway lagoon pon, tapi ke selatan sana,
 samada legoland ataupun puteri harbour, hehehe, tapi tah sebab apa lah kan tetibe tak jadi pulak, jadi we drag all of budget to having fun at sunway lagoon, emmm boleh tahan jugak yeeee, heeee


Nahh, selfie boleh tak, :D

aku ni bab trend, fashion memang out to date sikit, orang dah tak pakai army style baru aku nak pakai, orang dah lama pakai denim shirt, aku baru hegeh2 nak pakai, hehe

denim kemeja #gooboox
Armyskirt #streetsale
Wedges #gm
 
 
 
bawak mak enon bersama, harussssss, haha
adik perempuan one and only, all time favourite awan nano, tempat dia mintak2, pow2, tempat dia pinjam telefon smpai hang semata untuk games, setakat apple kena geget tu, mintak jelah terus kat cik alice, huhu
 
 
 
 
here the story begin, hehe
sampai sunway after a few spot hadap jem, sampai elok pulak timing matahari tengah mencanak, oleh kerana i think few weeks ago cuaca kan sejuk, so matahari tu macam pukul 8 9 pagi je, reduppp je, mujur jugak lah, kalo tak hitam dah aku ni, haha, jenuh tenyehhh tabita dekat setahun , sekali nak hitam amek kau tak sampai 5 jam, haha
 
kiteorang pegi,
5 adults, 3 children and one baby,
u guys boleh kira sendiri berapa ye kalo sapa-sapa nak pegi sana,
 
citer pasal tiket kan, kiteorang confident je awan nano tak kena , haha, tanya lah orang yang pakaikan wristband tu kan, dia kata, tak kena, jap2, sekali dia hangkut rayyan pegi measure height, sekali tengok2, adalah lebih few inch, grrrr,
 
aku rasa ni sabotag je ni, sah-sah rambut awan nano kembang setaman, so beza few inch tu sebab tebal rambut lahhh, hahahahaha, oklahhh fioneeeeee, suruh pegi beli tiket jugak, nahh sama ye, 11 below rm65, 11y above sama harga dewasa ye cik kak cik abng semua, hehe
 
 
 
 
 
korang nampak tak tu haa beg kemain besar kan, sebenarnya penuh makan, wakakakaka, by the way, no outside food allowed dekat sunway lagoon, abis dia korek keluar isi beg, kalo kot-kot time korek tu keluar baju tecik-tecik tu kira rezeki dia lah, hewhew :D
 
aah ye, ajak kemain konpiden sangatttttt siap buat sandwich telur, beli roti kengkonon boleh bawak masuk, sekali tak boleh, hahahaha, dah nak kena simpan dalam safe deposit locker pulak dah, kena pulak rm5, ampa ni memang buat duit saja-saja kan, hahahaha,
 
mana Rayyan meh,
dia suka taw, payah sangat nak ambik gamba sekarang, ke sana lah, ke sini lahhh, grrrr
 
 
 
 


me and husband, hawattttt boncittt sangat laki iols tu,
takpelah, 86.7 sangat ideal dengan tinggi, walaupon perut sudah kehadapan takpelah ye, yang penting sihatttt dan boleh jaga i and anak-anak, hehe

boss dia cakap, ayyoooo razak, u makan apa , sama besar dengan i dah, wakakakkaka, padan muka kan, aku ni masak pandai tu taklah, tapi mesti masak, no matter what kecuali letih dan malas, hehe, orang tua kata rahsia nak ikat suami is ikat perut dulu, betul lahhhh sangatttt, hehe


 
 
ok yang ni nampak sangatttttt kebapaan tu, terserlah..haha
daddy dengan anak-anak sangattttt rapat, im so epi to see that, aku ngan anak-anak pon rapat jugak, cuma kuat bebel sikit, tak tahulah faktor usia barangkali, haha, ataupun faktor stresss sebab letih kerja, letih urus rumah tangga, hormon, aishhhh, tak molek sungguh.
 
kadang-kadang tu terhangin jugak dengan awan nano, pesennnn dia kan makin kita cakap makin dia buat, haha, hailah abangggg, tapi kan kalo dia takda, tido or keluar, sunyi lah pulak umah, sepinyer lah hidup mami, hehe
tahun depan dah sekolah, tengok-tengok, cepat je masa berjalan, 5tahun tak rasa apa, hehe
 
 
 
 


nah, perangai macam budak-budak, haha
ambik gamba kaki lah, gamba tangan lah, gamba hidung lah, hahaah
rayyan boleh tak nak cabuttt pulak, haha, sayang-sayang ni, kalo cabut ni, rm65 nak kena baya lagik, botaklah kepala bapak kau, dah lerrr makin lama makin nipis je rambutnya, siap-siap beli syampoo bawangggg yang jackie chan jadi duta tu, wakakakakka,

elehh, setakat botak, apelah sangat, takde ku kesah kan,
rupa takda takpe, janji hati mahu baik, mahu sayang. hehe


 


first impression masuk sunway, i was likeeeee, jakun jugak, besauuuu giler, letikhnak jalan, nyesalllll pakai wedges, time tu pulak aku period, so takdalah nak mandi ke apa, just bawak anak-anak jela kan, sekali tu, pehhhh ni boleh cramp kaki den jalan kemain jauh, haha

mula-mula tu lalu tepi scream park tu, kedai-kedai macam umah hantu, haha so scary rasa nak jeritttttt, wakakakakaka


 

hang dok nganga apalah abdul razak oiii, sebijikkkkk, haha
 

 
 
sunway lagoon ni ada dual pool yang besar, satu pool siap ada stage lagi, another one yang ada pantai buatan tu, ada jambatan gantung n flying fox and also bunjy jumping. kalo tak silap flying fox rm60, bunjy jumping rm120 kotttt. emmmm nak suh naik. takpelah next time, haha, mau terkincit kat atas tu, lagi nak bunjy bagai. :P
 
 
Raesha nasib baik tak crancky haritu, elokkkk je mandi, sampai gigil-gigil, haha comel taw adik ni, pastu lepas mandi susu terus tido, smapilah kiteroang berubah tempat dari pool stage tu ke pantai buatan tu, hehe
 
 
 
 

angin petang tu memang kuat, cuaca sejukkk sangat, dah lapa, letih, sejuk, makan cukup susu cukup, ketiduran si anak, mak dia tak mandi pon, dok tepi jaga handbag, tengok orang, yang aku perasan lah kan, foreigner memang ramai giler, terutamanya arabian, mat salleh tak ramai, tapi orang melayu pakai two piece dah ghupe mat salleh banyak,

mana laki i ni!!!!!!


haha


 


ok lepas semua orang dah puas mandi, so semua dah siap-siap nak pegi game lain-lain pulak, amek full package tapi setakat nak berendam baik kita pergi pool free dekat presint 16 sana, haha

ini budak cumel dah bangun, puas tido and behave, good girl. jap-jap, muka setepek daddy bila senyum camtu, hihi


 
 
 

lalu tepi pool besar tu kiteorang tak singgah makan pon sebab dah melantak burger king, haha, i tot mahal kot price makanan dia, macam milo ice rm7, icecream cone rm6, kalo nak jimat sikit so better kalo pegi tempat-tempat camni, makanlah instant or fast food sahaja ye, haha

rm70 for 4set :)

singgah dekat wildlife park, bawak anak tengok ular, birds, geli geleman lahhhhh, rasa naik bulu tengkuk tengok ular, rayyan pon geli, menurun aku lah tu, peggeli peggeleman. hahaha
 
 
 
 
masing-masing dah penat tapi still tak puas enjoy lagi, banyak games belom explore, sampai cawan pusing pon kiteorang naik, mana gamba tah aku taruk, haha, pening lah naik cawan tu, ingat adventure sangat, rupanya dapat pening je,
 
pastu diaorang ajak naik mende ni, ieeee sory tak kuasa, yang solero dekat genting tu pon ,sekali seumor hidup jelah aku naik, nak muntah, macam tercabut pundi kencing aku rasa, hahahaha
 
ni nak ajak naik mende ni, aku bukan jiwa yang suka game lasak-lasak ni, hehe, so korang go on aku tengok dari bawah je ok. hehe, sekali tu....
 
 
 


hahahahhahaa, gelak berguling iols, menjerit sampai tak keluar suara, tulaahhhhh orang dah cakap nyeri tak nak caya, padan muka memasing, hahahhahahaha, bab tergantung kat atas tu yang paling tak tahan, hahhaahaha,  mak enon pakai skirt memang mendapat lah, mujur jauh tak bape nampak, tapi rating ketakutan tu kalo tanya aku, aku pon nyeri tengok, apatah lagi,

laki aku mana ni, aiiii takkan usha awek lagiiiii, hahaha

dia duk sana nu haaa, jaga anak and jaga handbag, so mithaliiii :P huhu

 


lepas tu, jam pon dan 530, so kiteorang pon get ready nak masuk dalam ni, Ryan confident je nak ikut, aku tanya...

"betol ni nak ikut, tak takut ke???"

sekali tu agaknya banyak sangat hantu keluar, so dia pon cakap, taknaklah mami, hahaha tahu takut, hahahah

ok beratur lebih kurang 5minutes then dia suh masuk, meh nak citer, mula-mula gelak dulu ok, hahahahahaha. adalah dalam 15orang kot yang masuk, kiteorang tak semua masuk,aku, nurul, anak buah 2orang and abng ipar,

mula-mula dah terjerit-jerit, aku duk pegang bahu nurul, hahahhaha, sekali tu, ader orang pegang bahu aku dari pintu masuk smapai lah kedalam sana, rupanya mak arab sorang ngan anak dia, masuk je one section, dia punya bismillah sekali dengan baca-baca boleh terbakar hantu-hantu kat sana, hahahhahaha

dok khalassss,khalasssss, amende tah..hahahhaa

korang tahu, dekat 40minit dalam tu, punya lah besar rumah hantu,

nak terkencing, hilang suara menjerit, macam-macam hal,
nurul dengan selipar tercabut, berlari-lari, menjerit lagi, masuk yang 3D pastu nak pitam, jalan terhuyang hayang, hahahahhaha, memang kalo kenang balik memang tergelak-gelak, hahahaha

tapi besssss,

walaupun hantu orang tapi tetap menjerit, tetap takut, hahaha bodo nyer lah aaaaa. antara hantu paling takut sekali, hantu tetibe keluar ikut screeen tv, haha, kami ingat dia nak citer pasal sejarah malaysia, rupanya keluar hantu, hangsuiiii betol...hahahaha

yang 3D tu bes gak tapi pening lah, berpusing-pusing

last sekali pintu keluar tu, adalah sekor hantu ni, pegang jigsaw, yaALLAH...menjeritttt habiss suara jantan keluar, hahahhaaha, dia buat acah2 kat kita, memang scary and seronok sangat, keluar-keluar dah 615, laaaaa, lama gak, haha


 
 
conclusionnya, scream park sunway memang bessss, cuma tak suka dia punya park guide, garang, eh aku baya lah, tak payah nak menengking-nengking boleh tak, manners takda ke grrrr !!
 
 
petang tu balik dalam 630 rasanya, semua orang penat tapi enjoy, lain kali boleh pegi lagi, hehehe, tunggu jelah big boss bagi green light, iols ok je, lampu on, i submit je, hehehe,
 
mekasih daddy belanja :P
 
 
next destination rasa mcam nak pegi uss tapi katanya rugi sebab banyak game yang anak tak boleh main, hehe, jadik kita plan untuk pegi tempat lain je, yang penting senang bawak anak-anak, hehe
 
dah lah, abis citer dah bab sunway lagoon, next time nak buang belakang kenduri aqiqah anak, hehe, tak tahu tahun bila, ni ader request baru tergedik nak update, hahaha, mekasih darlingssss sudi baca, heehe
 
btw, sapa nak order tabita skincare boleh call.pm.whatsapp.wechat 0192451184 ok,
i pakai and jual,
 
i believe in own testimoni baru jual ok, any enquiries boleh pm or call, tanya tabita je ok, nak mengorat salah channel taw. hahaha :P baiiiiii.....
 
 
 
 
                                                                             lots of loveee <3 font="">