Salam Isnin,
segarnya pagi nehh. tido pukui 1.00am. bangun pulak pukui 3.00am pastu bangun pegi keje pukul 5.45am. huwahhhhhh. macam nak tido pastu berlagak macam opis ni bapak gua punya jeeee. sekali kena pang dengan bosss baru tahu langit tinggi ke rendah. hehe :P
sambung citer pegi melaka,
malam tu tekak ni macam teringin sangat nak makan seafood. i tak penah pegi umbai. tengok kat blog-blog banyak kata makan 'emm not bad lah' jadik. cancel terussss nak pegi sana. bhahahhahaha. lagipun malas nak drive jejauh. dari bandar hilir tu dekat 40km jugak lah. entah ye tak. gps yang bagitau i. muehehhehe :P
sekali tu tengah jenjalan cari seafood restaurant. aku nampak la signboard tu. paksa la ajak berhenti.sekali tu tetibe
''toinkkk. ajak tunjai kepala gua' *ini dah lebih kot.hehe
''ini seafood cina tokpek mana''.....blablabla
haha. ok tersilap. kat situ bukan takat seafood je ader. siap itik patah leher pon boleh jumpa. oink-oink pon kalo rezeki boleh dapat tawwwwww. haha. sentap mak terus ajak cari tempat lain. at last jumpa la jugak apa tah nama restoren tu IMANS SEAFOOD. camtu la rasanya.
tengok kete banyak je. so expect sedappppp sesado la kan. :P
order nasi putih dua, air sedap, telur bungkus,
Sotong sweet sour,
udang goreng tepung besar-besar ibu jari ajak, ekekekekek :P
ikan bakar, abissss licin siap bertambah nasi kawwww.
taste : ok lah sedap, cuma ikan bakar agak tawar cuma rasa sambal jeee. yang lain-lain okay. semua sekali rm69.00. kenyang alhamdulillah......burpppppp. :P apalagi balik tido terbungkang la. hehe.
apa?? nano???
awal lagi dah terbungkang tido. naseb baik bawak stroler. dah lah maut-muat je..kaki terjuntai terlebih ke bawah. haha. mana tak. dah besar panjang dah kan anak bujang tu. sekali tengok kaki dier bintat-bintat tau. maklum lah. makan tepi jeti. 7keturunan nyamok ader tawwww. hehe
esoknya, went to zoo. yehaaaa. after bekpesss segalan. check out baru pegi zoo. sebelum pegi zoo tu singgah dulu makan mcd. ramainya orangggggg. rasa nak terkincit tunggu seat kosong. elok siap makan pukul 12.30 terussss pegi zooo depan tu jekkk. sebelah taman buaya. tapi takmo la tengok buaya. i nak pegi satu tempat semua binatang ader. senang sekali harung. ekekekk :P
i think zoo melaka sangat besss. i penah pegi 2 zoo je pun satu zoo negara, pastu zooo melaka. hoho. tapi zooo negara haiwan dah berumor. jadi kojer nyer tido ajer lah!!
masuk sploh hengget. budak besar nano tak baya. :P sepppppp!
Ryan eksaited giler kot. abesssss satu zooo dengar dier betempik. haha. kelaka. actualy dier memekak nak naik bas pendek tu. coaster ke apa tah. :P heyyy, ingat boleh main tumpang-tumpang ke???
walaupun matahari tegak atas kepala, ketiak toksah citer kat sini lah!, bau badan kalah hipopotemos tapi gagahkan jugak tawaf satu zoooo. kemain kau semangat kengkonon nak suh anak kenal binatang. haha. bajet-bajet balik key-el bila tanya,
baby ini apa?? boleh jawab...
baby ini apa?? boleh jawab........
rupanya,
sekarang bila tanya,
baby macam mana bunyi tiger??
aummmmmmmmmm....
baby macam mana bunyi elepant??
aummmmmmmmmmmmm....
baby macam mana bunyi rabbit???
aummmmmmmmm...
dah pulak!! pitam aku cenggini. bila tanya lagi macam mana bunyi daddy??? haha. aummmmmm. haha.yang tu memang rimau belang tapi bukan hidung belang okay!!! :P
cool tak tapir??? orang datang ziarah dier bantai tido. korek hidung nanti baru tahu!!
okay paling comelllll sekali ziraffe. sebab makan rumput sambil tido. ader ke patut??
muka toyeeee toksah tanya la. mana taknya kalo matahari tegak atas kepala. badan melekit-lekit. 1.30 time ni, jalan dah jaohhhh tapi tak jumpa exitttttt. pehhhhh. macam nak pitam!
burung unta paling mesra alam, terjongoh-jongoh kepala mintak makanan. kesian, kami tak bawak apa-apa pown. kalo tak dah boleh kena hamun ngan orang zoo kot asyik laaaa nak FEEDING all the animals. semua comelllll-comelll je. tapi sayang takleh pegang. kalo nak pegang pegi melingkup australia sana!!! peluk panda!! hehe :P
tengok jaguar teringat-ingat citer Apocalypto. bessss movie ever!
next time macam nak pegi kuala gandah naik gajah! mungkin aku ngan Ryan je yang naik sebab takut gajah tak larat nak bawak sorang lagi tu. berat 80kg kot. hehe. heeee. gamba bawah ni comellll jeee sampai terlihat gigi nano tinggal separuh.
*gigi rapuh kurang kalsium (sedapkanhati) :P
time naik jongkat jongkit bapak kelakar giler. aku naik ngan anak je mula-mula. sekali ajak naik sekali. yang belah aku punya tak turun-turun dah. hahahhahaha. berdekah-dekah gelak sampai orang keliling pun tergelak. cemana tah tak boleh turun. padahal takde la ringan sangat powwwwnnn aku ni. HAHAHAHAHA
T__________T
Ryan gelakkan aku tengok aku tak bergerak atas tu. haha
one of my favourite pic. *tak tahu nak caption apa dah.:P
sudahlah,
jom balik mandi waterpark. lagi heaven. elok pulak sampai wonderland elokkk je cuaca redup. sakan la kiteorang. haaa yang tu nanti-nanti upload. muntah lah tengok gamba. :P
nak pegi cari baju raya lah, tapi nak tema macam schaawal kawin. hijau pekat camtu. agak-agak comel macam scha tak nanti. heeeee :)