who's stand by ur side?

26 August 2020

MINIMIZE KAN CIRCLE

 



Last post rasanya 2014. dah 6years tinggal blog. since im getting older and dah tak berapa nak suka kongsi cerita. lebih banyak diam dari bercerita. HAHA. tapi facebook aktif cumanya lately jadi hilang jiwa nak berfb. maybe faktor umur atau sebenarnya kecikkan circle.


yang mana rapat boleh lah tengok new post dekat whatsapp status. HAHA still macam dulu suka menulis cumanya cerita tak menarik sangat. ada yang still baca ke blog aku ni. saje lah open to public balik sebab nya. da ramai tak baca atau bukak blog jadi cerita aku cuma orang tertentu je yang baca yang pegi google atau match with keywords HAHA


okay nanti tulis lagi. Rindu readers.


LOve

19 September 2014

Krabi 2014 - Part 1

 
 
Sebenarnya dah lama plan nak bawak anak-anak jalan sempena birthday bapak dia. ehh apa kaitan tah. haha. belasah jelah ye. yang penting semua orang hepi. elehhhh birthday aku esok kalo bapak dia buat dekkk je memang siap la. hahahaha
 
ok kali ni kitaorang plan nak pegi Krabi. Thailand. sebenarnya aku yang nak pergi sangat hihi. sebabnya, teringin sangat nak makan pancake makcik yaminla. ewahhh berlagak tak sampai ke krabi sana pegi cari. padahal dalam malaysia pon belom abis jalan.

sebenarnya hari sebelumnya hati tak sedap. nak kata takut ke. tak jugak. tapi feel uneasy. susah nak describe. tapi i ignore je. maybe eksaited sangat nak bercuti. rasanya last time kitaorang pegi holiday tahun lepas kot. pegi pangkor awal tahun tu. then cameron disember 2013. selepas tu dah takda. hiks

ok sambung balik. -,-

07 september 2014


 
 
 
 
 
 
 
 
flight pukul 4.30. pukul 1 lebih tu semua orang dah siap-siap nak ke KLIA2. anak-anak pon dah semangat. Passport Check. Boarding Pass Check. Pampes check. Susu Check. Duit Check. Daddy check-Ryan Check-Raesha Check. HAHA
 
kena check semua ye manalah tahu tertinggal ke. paling penting anak-anak dulu baru check bapak dia. hihihiih
 
 
 
 
haha. yang ni comel.
Medina macam model lah. model acam-acam. hiks.
 
 
 
 
 



ok complete. sampailah kat KLIA2 pukul berapa tah tak ingat 2 kot. daddy pegi lah check in kengkononnya. sekali tu ayayayyayai nak tahu. nak tahu tak orang tu cakap apa. person in charge kat frontliner tu. sighhhhhh.

"sory bang, tak boleh lah check in sebab pasport isteri ni. aku tengok ajak. ajak tengok aku. YA ALLAH apesal. rasa macam dah check semua. sekali budak tu cakap. ni haaa tak cukup 6bulan nak expired."

KAU RASA???!!!!

demmm rasa macam nak meletop kepala. haha. dahlah nak plan punya lama sekali dah smpai orang tu cakap tak boleh ni. saya boleh lepas. tapi takut Polis Thailand tak lepas.
demmm-demm-demmm.rasa nak tumbuk muka sendiri. haha. agak-agak nak rasa sakit sikit sama dengan kebodohan sendiri suruhlah ajak tumbok ye dak. wakakkaka. member dah panas hati. yeeee tahu. my mistakeeee! takpayah lah tengok orang macam nak makan je. hihihihih

macam mana ni-macam mana ni.

daddy dah marah-marah dia cakap.
bila orang cakap cakap orang membebel. yang kita bukln over confident je siap tambah over bilamana tanya kawan-kawan je. eh passport nak mati bulan sekian-sekian. boleh tak flying abroad. oh mannnnnn rupanya maklumat tak smpai. HAHA

lesson of that day!

sila baca setiap document yang korang ada. tak kesahlah pasport ke. borang ke. tiket ke. Visa ke. Departure Card ke. tak kesah. any document .jangan  dahlah tak boleh pegi holiday + kena marah dengan husband. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga lah makkkkk nokkk. muehehehhehe

sekali tu diaorang cakap. boleh tukar flight besok lah. petang. ada promo rm160 one way. hurm cemana ni. rugi banyak lah. sekali tu bincang-gado-marah-bincang sekali semua setuju. daddy akan pegi dulu bawak awan nano. and meee. pegi flight besok lepas setttle semua urusun imigresen. huhuuuhuu. nak nagesss kena tinggal. tapi ok-ok je buat-buat ok. haha padahal ko tak tahu aku punya nak mengesssss kena tinggal.

ok medina. adik jangan nagis nanti mami ikut sama ok. sep sikek adik huwaaaaaaaa. HAHA
dalam pukul 230 pegilah anta daddy dengan abang. sob-sob. say sory ngan daddy. benda kalo dah nak jadi mesti jadik. takdir tuhan. hehehehee



 
 
 
baliklah aku dengan medina sendiri. mujur lah ada makcik dia. Cik Alice i owe u something. kalo ko takda aku rasa mcam pengsan. lapar-kenatinggal-naknagis. :")
 
tapi takdalah nangis bila benda tak sengaja-bodoh pon ye. haha
adatlahkan orang jarang-jarang travel. buat 2tahun lepas masa pegi jakarta 2012. pastu nak jalan 2014. memang langsung lupa lah. hehehhehe
 
 
 
 
 
 
04:00pm
 
berdesup kiteorang pecut balik putrajaya. eh balik seri kembangan ambik kereta Cik Alice. hehehe. dia cakap. takpelah kita try je pegi imigresen . kalo pasport boleh renew that day then kita catch flight malam buta nanti. dalam nada sedih-letih aku pon yekan jelah. tak boleh nak membangkang lagi. hihihihi
 
kita terus gerak pegi UTC PUDU - imigresen. untuk sapa yang tak tahu. UTC ni bukak sampai pukul 10malam. so dari baya bil-jpn-imigresen. semua ada sana ye. senang. under one roof. aritu masa nak buat pasport anak-anak dah pegi sana dalam pukul 11am. tapi no abis. sebab imigresen kan dia pakai kouta jugak. if one day target dia 300orang so the rest dah tak boleh buat urusan berkaitan imigresen. hehehe
 
06:00pm
 
sampai imigresen terus pegi kaunter. HAMPA KECEWA NAK NANGISSSSS. nombor dah abis. huhuhuh. sedihnya. dugaannyaaaaaaa. then dengan muka tak malu i pegi kaunter tu. i panggil pegawai imigresen. i told her my real-dugaan story. haha. dia cakap kalo macam tu semua orang pon emergency. i macam nak beg at her je. i nak kejar flight malam puhlisssss-puhlissssss. sekali dia cakap okay kalo emergency sangat mana proof. then i tunjuk i miss flight. boarding pass takda. okeh steadyyyy kita bukak email depan tu jugak. haha. then i cakap. i dapat flight pagi esok. pukul 7. hehehehehe
 
sekali tu maybe dia tengok i muka memang nak nagis dah dia kata. ok amek ni. time kasih duhai kakak pegawai imigresen yang baik hati - timbang rasa. hehehehhe
 
 
06:50pm
 
TIBA_TIBA!!!!!!!
ada seorang pegawai imigresen tu kata. mintak maaf ye semua. SYSTEM DOWN!!!!!!!!
ya ALLAH i rasa i paling teruk nak melompat rasanya. hahaha. apa benda ni. apa benda system down pulak. orang nak cepattttt. haha. korang tahu apa perasaan nak poo tapi tak jumpa toilet. hahahha. menggigil perut i yang comelllll ni menahan perasaaan nak menagis pon ye. haha
 
dia cakap kita sambung pukul 8:00pm. danggggg mcam kena penampo hahahaha.
 
 
 


 
ok rilex ahh. jap lagi kita mai balik ye. hehehe
pegi makan bawak si kecik tu makan. kesian. mak punya pasal anak kelaparan. hehehehhe
 
08:00pm


semua orang dah beratur depan pintu. ayayayyai. abislah macam ni. then bukak je pintu imigresen tu menderu orang.hihihi termasuklah aku. anak tinggal luar dengan cik alice. kesian syg mami. hehe. sekali tu kan. diaorang cakap alamak sory system still tak boleh. adesssss.

dalam hati redho jelah. terpaksa cancel plan asal then fly esok petang. wasting time betol. orang nak holiday. terjun bangunan baru tahu. hahahahaha :P

sampailah...





-




-




-




-



-



-

09:00pm


ada sorang pegawai panggil.
awak flight pukul berapa pagi esok. i cakap 730am. muka nak nagis suara pon nak nagis. sebenarnya nak bagitau korang. buat-buat nak nangis muka kasihannnn sungguh. hahahhaa. sekali tu dia cakap. takpe duduk dulu i try.
 
i rasa dalam 20x kot dia try and error. last sekali nak giveup sungguh dah. sekali dia cakap. haaaa baru boleh. ALLAHHHH. 9.30 time tu. memang nak nangis. HAHA. rupanya ada lagi sorang mamat tu sama over confident nak fly tapi pasport tak cukup 6bulan. hihihi. gelak je cerita dengan dia. confident sangat itulah pasal. HAHA
 
feeling so stupid!! @,@
 
 
Daddy & Ryan uols tunggu Mommy & adik datang tawwww.
*(gambakapalterbang) hihihi
 
 
11:00pm
 
i dah sampai putrajaya. i terus mengadap PC nak booking tiket. and u know what
 
i tried more than 20times tapi bila click confirm website jadik ERROR!!!!
orang dah lah penat. belom makan. suami jauh. anak kecik sebelah. ehhhhh memang dugaaan sangatttt. ok then i try booking pakai phone. still benda sama yang jadik. OHMAI.....
 
kenapalah sayangku air asia. merajok ke????
 
kecewa. 20kali try. kali ke 19 try boleh then nak payment tu tetibe tak boleh pulak. Debit Card problem. ALLAHHHHH. stressssfulll......cakap dengan Alice. bawak anak mandi jap- jirus-jirus sikit. kesian belengas sangat. picit kepala. hentak sikit kat dinding. ahhahahahha
 
sekali masa alice bawak medina mandi tu. aku try. dalam hati ini kalo tak boleh jugak memang aku campak pc ke bawah. hahahahha. tak tak. ini kalo tak boleh jugak aku terpaksa amek flight esok petang 4.30 uhuuuk3. sekali tetibe SUCCESSFULL!!
 
yas.yes lompat bintang terus. ekekekekkekeke. rasa nak jeritttt. ok berjaya booking flight 07:30am. hihiihi. ok ada 3jam nak mandi + rest + lelap jap.
 
 
 
ZZZZZZ....
 
 
 
08 September 2014
03:30am
 
 
 
sebelum tidor tu memang dah siap-siapkan anak manja tu. senang. nanti angkat je masuk kereta. hehehehe. kesian kan. pagi-pagi nak mandikan. memang tak lah. gegas bangun nak pegi airport. kejut alice bangun siap-siap. dalam 04.00 dah gerak dari putrajaya. hehehehehe
 
sampai-sampai KLIA2 dalam kul 5++. siap check in semua then biasalah lepak-lepak jap. time tu medina dah bangun. dalam hati dok lah berdoa janganlah dia meragam dalam flight. siap sembahyang subuh baru aku lepak kat waiting room tu. and Alhamdulillah. memang budak tu behave sangat tak meragam. hehehehhe :P
 
 
sory gamba ni je ada. blur- kengkononlah sejuk kabus. hahahahhahaha puiiii sangat
 
 





seriously macam best je travel alone with the little one. semua fast lane. dari nak check in sampai lah nak body check. nak masuk flight nak cari seat HAHAHAHA. ohh with baby. takpe sini-sini. hehehehee. okeh junjung baby atas kepala lah oiiiii. hiks
 
 
mujurlah dalam flight tu seat tengah takda orang. legaaaa. orang nak brestfeed nanti susah sikit. malu & takut orang tak selesa. tapi seat tepi i tu ada orang. LELAKI. MUDA. automatik jadik malu. siap mintak maaf. dia cakap takpe kak. hehehehehhe :P
tak sampai 5minit medina dah tido. lega dengan mak dia sekali hanyutttttt sampai lah ke KRABI sana. hehehhehehehe. pengalaman sungguh. lepas ni kena jaga-jaga ok. kalo suami cakap macam ni . suruh macam tu jangan cakap dia membebel. hehehehhehe :D
 
 
heran budak tu. eh akak sorang je ke dengan anak. hehehhee. aku syak dia ingat aku janda ke. lari rumah or orang thai. HAHAHHAHAHA. nak gelak je sebab muka pelik macam tak percaya aku cakap aah berdua je. muehehehhehee
 
 

 
 
07:00am
 
 
Alhamdulillah sampai KRABI. legaaaaaa. tak saba nak jumpa daddy & Ryan. seronokkk sangatttttt. first thing nak kena buat. jomlah beli tiket TAXI. oh sawadikappppp lah kita ye. Ohh yeeee. korang kalo nak senang. kalo ramai-ramai boleh amek bus or taxi. tapi taxi dia pon taklah mahal sangat & rate sama je. toksah lah buang masa nak survey. kalo ulat tak tahu lah. banyak je kat lua tu kott.
 
600.-
 
yakni RM60. kalo share 4orang ke murah je kan. senang. booking cab then tunggu kat luar airport. ada driver tu datang. tunjuk resit tu dengan taxi driver tu then pegilah mana hotel korang nak pegi ye. no dalam resit tulah no cab korang. tapi aku aritu macam tak sama je ahhhh belasah je yang peting selamat sampai. hehehheheeh
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
08:30am
 
sampai hotel. Alhamdulillah seronok tengok anak-anak. hehehe. seronok tengok baby besar. tak jumpa sehari da rinduuuuuu. oklah i nak tido dulu. letih tak cukup tido. huwaaaaaaa.
i stay dekat Ananta Burin Resort. sapa nak booking boleh boooking thru Agoda or Booking.com. senang sanagtttt taw.
 
nanti i sambung lagi. penat. hehehehhehe. ni nak type berhari-hari. dulu kalo satu hari adalah 2 3 entry. sekarang 1entry 4ari. teserlah sifat kemalasannnn tu. hehehe
 
 
jumpa lagi korang. love u all. muaxxxs.
to be continue................
KRABI PART2
 
 
 
 
 
 
 
 
 

25 August 2014

ok mulut tu capoi sangat. haha

 
 
 
 
salam all my readers.
lama rasanya tak membebel. bizi terlajak. ke aku yang pemalas. haha.
 
ni nak tanya korang ni. penah tak korang pengsan ke. pitam ke. aku rasa aku tak penah kot, dulu penah lah terasa cemana lah kalo kita pengsan. haha. adakah boleh google cara nak pengsan, mata bukak ke mata tutup ke, mulut nganga ke. hahahahaha. berlagak!
 
tulah cakap lagi nak pengsan, ni nak cerita sikit,
 
semalam...
 
dalam pukul 4pagi i bangun nak pegi toilet kan. tibe-tibe tak nampak pape. sumpah gelap.i dah start panic, apesal ni, ke mamai, bukannnn, ke pening, bukannnnn, tetibe kaki tak rasa apa, pandangan gelap terus, banggggg jatuh depan pintu toilet, tak sempat nak capai apa.
 
dalam kepayahan nak bukak mata, eh well i dont know how long ive been there. pengsan ke pitam i dont know. yang i tahu, celik-celik mata dah nampak bintang bekerdipan, aku jerit-jerit panggil ajak,
 
 
bie.bie.bie.bie.bie.bie..................................
 
 
harammmmm, tak bangun-bangun, tido mati. hahaha, last-last aku rasa dalam beberapa minit jugak lah aku panggil dia dlm keadaan payah + mamai + nampak bintang tu. then tetibe ma pulak yang bangun. agaknya terkejut dan sama panik. dia terus kejut ajak, aku macam tak berapa nak nampak sangat lah, tapi dalam samar-samar i saw ajak bangun terus lari dekat aku.
 
( ceh drama sangat )
 
yang tadi aku jerit banyak kali dia tak bangun. hahahahha. berlari terus dia datang dekat i. usap-usap kepala. tanya ok ke tak. pastu tanya amende tah tadi. thennnn terus dia angkat letak balik atas tilam. i time tu serius memang tak sedar apa-apa. yang i nampak. bintang bekerdipan. muehehehhehe. dia picit-picit kepala then pegi amek air kat dapur. dalam hati YA ALLAH camni rupanya pengsan. haha tulah nak sangat tahu pengsan camner. ehhhh rasa taknak dah. serius gelap. macam dah tak kenal orang. blur langsung.
 
 
ni pagi tadi dok berwhatsapp dengan ajak :
 
dia tanya : ok tak
ok je..cuma pening-pening lalat. macam blur sikit. hehe
 
pastu dia cakap : ke pening sebab pregnant!
 
ahhhhh. hahahha tak pasal nak pening sebab pregant. tu sesuatu sangat tu. macam tak tahu trick lama ye tak. hihhiihi. taklah sayang oiii. nak pening sebab pregnant apa pulak. kan dah buat aggrement. hihii. orang caeser macam tulah bukan boleh tiap-tiap tahun beranak. nak kena gap-gap. hehehheeh. paling kurang pon 4-5tahun lepas tu abih lah koutaaaaa. krik-krik-krik. lariiiiikkkk..............hihi
 
tapi sungguh ni. takmo dahlah cakap nak rasa pengsan ke pitam ke. dah rasa dah semalam. ahaks. entah camner lah boleh jatuh pon tak tahu. orang cakap maybe sebab bangun-bangun terus bangun je. bukan nak duduk dulu. tulah jenih tergopoh-gopoh sangat. laju nak kemana pon tak tahu lah. haha.eh i ada terbaca taw. boleh mati taw sebab tetibe je bangun dari tido. sebab-sebab ramai dikalangan orang yang mati ketika tidur. tak caya acer try google. hehe
 
 
oh ye,
anak-anak dah besar dengan sihat alhamdulillah.
abang dah 4tahun tahun depan nak sekolah dah. adik setahun 3bulan. hopefully dua2 sihat selalu.tadikan kemain banyak nak update. bila stop sekejap terus lupa apa lagi nak update. wakakakkakakka. untill we met again.
 
 
love u all. XOXO <3 font="">
 
 


13 June 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

 
Sebab tivi boleh gado dengan anak bujang. HAHA

sekeriiiiiii sangat tak?
Hampir setiap petang, setiap hari, mesti keje nak bergadoh dengan anak, alahaiiiii si Awan Nano kan dah 4years old, budak tu memang suka tengok tivi,

Telivision Bully!! hihihihi
asyik dia lepas tu dia jap lagi dia. abis tu turn maminyerrr bilaaaa????? majokkk arrr cenggini.
pastu siap sorok remote, aduhaiiii anak, bagi lah chance, dah lah citer besss, yang tak bessss sebab tayang time maghrib, huhuhuhu, tak elok untuk kesihatan betol.!

sapa tengok-sapa tengok? bes giler kan, dah lah aku ni memang peminat setia si indah tu, mamat ni dulu biasa-biasa jelah, takdalah tak kenal atau tak minat langsung, cuma kenal tapi bila berlakon citer sebelum-sebelum ni, takdalah melting sangatttttt sampai mengigau ngigau haha nampak nau membohong!

matilah laki den baca! muehehehe

sekarang asal pukul tujuh je terpacak depan tv, tak baik dan tak molekk sungguh!
Hailahhhh Tajul Razin. uhuhhuhuh. tengok ni comel je kannnn.



 

 
 
 
 
 
 
 


takdalah macam cerita sebelom ni, yang anzalna dengan izzue tu, gandingan mantop tapi lahaiiiiii apesal kayu. takda chemistry. takda feel sangatt. dulu rasanya izue tu ok je, tapi citer yang lepas tu macam tak berapa urmmmphhh. kena lebih praktis ok!
 
ni page diaorang aku tukang share :P
 
https://www.facebook.com/pages/Kerana-Terpaksa-Aku-Relakan-FanPage/903565749670115



Ryan kan kalo tengok aku tersengih-sengih tengok citer ni mula lah,

apesal mami gelak??

haha. nak explain cemana apesal gelak, automaticaly kalo tengok indah kompom gelak lah, selambaaa je. gedik-gedik. sengal pastu jap-jap macam sopannn sangat, hahaha
meh nak bagi bintang, kita bagi 11/10 boleh???



heeee. tu page depa, pegi like sana...!
till we meet again. muaxxssssss. nak tito mimpi tajul razin. ngeh3







 

11 June 2014

Ryan 4th & Raesha turning 1

 
Salam.
 
it's been a whileeee since last month tak update belog ni kan. dah bersawang and berpuaka kott. huuuuuuu hantuuu. :P
 
Alhamdulillah, selesai majlis makan-makan family, close friend and jiran-jiran, buat birthday anak-anak. Abang turn 4 and adik turning 1. saja je seronok-seronok. hehe, mintak maaf ye pada yang terkecil hati kata tak invite tu, maybe terlepas pandang taw. sory sangatttt.
 
mula-mula nak tunjuk TUTU SKIRT yang comellll sangat ni. ahaks. anakanda pakai tutudress, mami pakai tutu skirt. perfect!
 
 
 
 
 
 
tema haruslah adil dan saksama. tanya abang, 'abang boleh share dengan adik kan kek Hello Kitty' sekali dia jawab~~
 
'Mami ni...hello kitty kan untuk orang perempuan, abang kena lah yang kaler merah, macam ultraman, ke spiderman ke'
 
ko mampu nak menjawabnya. HAHA. oklah-oklah. mami buat sebijik kek then kita tetap share taw, ada kitty n ben10, so tema jadiklah hijau-pink. Mami order atas kek printed picture abang n adik then keliling letak hello kitty & ben10, jadiklahhhhh, hehe
 
order dengan Yang's Delight, Saiful Nang adareview, katanya sedap, tu terjebak tu, hihi
 
 
 
 
 

 
 
 



 Majlis start pukul 1.30, elok je lepas zohor, Alhamdulillah banyak sangat makanan. Mula-mula sebelum makan of course kena potong kek dulu, hehe, seronok abang, sebab dah lama cakap nak potong kek, adik??!!!
 
princess mami tu pon mengada-ngada, haha, orang beli croen suruh pakai takmo, abih dia campak ke lantai, ok fine baby, mami pakai ok, nampak tak masa kecik tak dapat, time besa dah ada anak baru mengada nak mahkota bagai, hahaha
 
adik comelllll, pakai gown daddy pilih, abang...pakai baju raya tahun lepas, jangan membazir abang nano :P hehehe
 
 

 
 
 
 
Tuan rumah kerja haruslah duduk kat dapor kan, pecah peloh jantan. dengan pakai kain meleret-leret, last-last aku selit je, hahaha, tapi beslah pakai tutu skirt, selesa sangatttttt, nak beli lagi lah, boleh tak daddy??
 
 
 
 
Semua tengok tu budak mengada-ngada, comel sangat sayang mami,
 
Raesha 1year :
kuat menjeritttt
kuat mengamok
manjaaaaaaaaaaaaaaaaa
belom pandai jalan
tapi kalo memanjat, boleh terjun tirukkkk hahahaha
Adik comelllll gigi dah ada 6 batang wohaaaaa!!!!
 
epi birthday sayang-sayang mami, semoga jadi anak soleh dan solehahhhhh...
 
 
 
 
 
 
one of my closeeee friend, and mama kepada anak-anak aku, aku sayang ko Azie n family, u are such a good friend, good listener, walaupun baru je kenal tapi aku sayang ko n anggapkorang dah macam family kat putrajaya ni, time kasih sebab ada dalam setiap moment-moment penting hidup aku, uhuk3
 
sebenarnya husband dia yang kawan kita, tapi kita close dengan bini dia pulak. haha, orang buat baik dengan kita, jadi kita kena buat baik dengan orang jugak, baru hidup sepakat membawa berkat, ngeh3
 
 
 
 
 
 
 
Cuaca hari tu ok-ok je, tak panas sangatttt tak sejukkk sangat, tapi kalo dok dalam umah mau tak berpeloh-peloh, hahahaha, meh nak kempen,
 
untuk kesannnn yang bagus, konsisten lah memakai Tabita Skincare untuk kulit yang jelas glowing, sekata, licin, hilang parut, flawlessss ye, apply sikit je bb cream or else tak payah pakai pape foundation, jenis aku ni suka mekap-mekap sikit, so kena apply some babycream untuk kepuasan sendiri,
 
tapi kalau keluar time malam, memang tak pakai pape, biar kulit muka free daripada apa-apa chemical or krim ok!!!!
 
 
 


ni pon one of my closeeee friend, terima kasih untie nurul sebab datang, ni stok kawan gelak-gelak sampai nak pecah perut, kalo duduk dengan dia boleh gelak tak ingat orang kiri kanan lahhhhh. hahahahahahah, love u nurulll... forever...
 
 

 
 
petang tu majlis abis pukul 6 lebih macam tu,ALHAMDULILLAHHHH...
 
seronok abang dengan adik dapat birthday present, terima kasih semua yeeee, yang dia punya pon dia bukak main terus, yang adik punya pon dia buat dia punya jugakkkk, hahah
 
 
 


 
muka big bosss kepenatan,
 
elehhh yelah tu, padahal aku yang sinsing lengan kat dapo. hahaha
ajak kena mop lantai, sapu sampah, basuh pinggan semua, kemas depan, vacuum
 
aku???,
 
lepas orang balik rilex jappp, mandi sembahyang pastu kemas sikit-sikit, hihihi
ajak yang banyak buatttt, untunglahhhh laki sapa tu hoiiiii.
 
 

 
 
ok then lets talk about dish of the day,
order dengan kakak Yang's Delight Bun Roll ke hape tah, ader choc, cheeseeee, sedap gakkkk :D
 

 
 
 
pastu order cupcake dengan maklong, lembuttt gebuuuuu, sedappp, hehe, ahhh kau semua sedapppp, batu dengan kayu je tak sedapp kottt
 
 
 

 
Main Dish Order dengan Little Caterer Puchong :
 
kita order,
nasi minyak
Ayam masak merah
Dalca-Dal
Fish sweet Sour
Mutton Varuval
Curry Puff-Nugget
 
yang masak
Meehoon
Bubur Pulut Hitam
Coaktail
 
Buah-Air Sarsi-Desserttt :P
 

 
 

 
Alhamdulillah,
Lega semuanya settle, anak-anak seronok, aku dengan ajak seronok, sampai tak sempat nak melayan mak mertua kesayangan iols tu, makkk, if u reading this,ayu mintak mahappp ye, tak terlayan sangat, maklumlah tuan rumah, lagak macam orang nak sambut menantu je, hahahaa
 
umah kecik ku, tah bila tahun nak pindah umah sendiri,
 
macam dah takda affordable homes dekat ulu kelang ke, putrajaya ke, kl ke, semua mahal-mahal  nak mampos, tengoklah kalo rezeki bisnes meletoppp next yearrr beli rumah, insyaALLAHHH..
 


 
 
 
 
ok tu jelah nak share dengan korang, insyaALLAH ada rezeki aku buat lagi ok, time kasih family, kawan-kawan yang sudi hadir, yang tak dapat dtg aku ok je, no problem, aku faham, orang tu ada program orang ni ada program, dont wory ok, hehehe
 
nanti ada rezeki boleh buat makan-makan lagi, bessss, yang penting, makanan mantoppp!!!
 
time kasih Datuk Shan!
Little Caterers is the best Choice, will recomend it to the others!
 
 
sebarang order or pertanyaan pasal TABITA SKINCARE/ SHAKLEE
pm me 0192451184
 
and any enquiries about this delicious Indian-Malay-Western Catering
LITTLE's CATERES kindly pm me 0192451184, they serve the best food!
 
until we meet again......
XOXO