who's stand by ur side?

21 December 2010

alamak polis

aritu teringat masa ngah berborak ngan adik no4 / alice.
dia tanya. ko takut polis tak??
apakah jenis soklan ko nih?? ^-^
pehtu dia jawab. aku takut. ntah la kenapa tapi kalo jumpa polis je mesti aku gelabah. nebes tak tentu hala. haha.

okkay. agaknya memang lumrah alam begitu kot.
takutkan pihak penguasa. sedangkan takda pakcik polis  tu datang cekik ko ke hape. :P
sebenarnya bocor rahsia. aku pun gelabah semacam. macam petang balik keje semalam.
dah la tak pakai seat belt pastu bawak macam ape. lajuu je kalo time balik keje.
pehtu ader lak minah mana ntah bawak skuter tengah-tengah jalan. kang kalo laju kang takut lak terlanggar. kang susah. menjawab la pulak kan. :P mengganti lagi. hehe

pastu ngah mata jap-jap tengok cermin pandang belakang. jap-jap tengok cermin sisi. tetibe ternampak kon merah tepi jalan. ouch..sah-sah la ader roadblock. aah. gelabah toksah cerita. tarik seat belt lantas terbelit leher. haha. macam ape ntah. sib baik tak tercekik. kelam kabut tuhan je tahu. konon-konon takut kena saman tak pakai seat belt :P paling koman pun rm3rat. tak kopak??

pastu cuba buat-buat cool macam xpert drive kan. wat muka selamba macam 'ye bang polis..nothing to worry ok.'' haha :P. sampai je betul-betul depan kon merah tu. rasa macam nak lempang muka sendiri. gabra tak tentu pasal pehal???.ko tahu. pakcik cleaner tepi jalan je kot. ngah cabut rumput ke tanam bunga ntah. adesssss. menagess tak berlagu ^___^. itu la.lain kali cekidaut. ni tak. tak pasal-pasal kena gelak ngan minah skuter tu. hihi tipu. minah tu ntah  mana-mana pegi ntah. sudahnyer. muka macam pakai blusher la weii. sib baik jugak tak benti pastu keluar driving lisence. mampossss pakcik tu fengsan.:P


pastu.moralnyer. jangan la takut dengan polis. sebab polis tak makan orang okkay. tapi polis kat putrajaya ni merata-rata ceruk ader. macam mana tak takut sebab dah tahu diri sendiri suka langgar lampu merah peraturan. jangan sok tetibe kena sama ekor udah ler ye. mau tercabut ekor. :P hahaha.

sedikit renungan


"dalam hidup ini kita kena pandang kehidupan kita sendiri.
jangan pandang kehidupan orang lain.
barulah kita akan rasa nikmat hidup dan akan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada."


ye.ye
n3 ni sepatutnya hari jumaat. untuk tazkirah pendek dan ingatan bersama.
tapi takkan hari jumaat je nak mencuci hati betul tak.??
saya termuhasabah diri sendiri bila dapat message ini.
dear kakak no1. ye. adinda da touching macing nih. ^__^'
kekanda berjaya buat adinda terkesima.
kater cikgu kan. harussslah ayat-ayat macam dapat BM A1. :P
bila kenang balik. memang ye manusia sering lupa. lupa untuk bersyukur. lupa untuk memahami bahawa semua yang terjadi adalah aturan yang maha ESA. sebab apa tetibe saya berbicara soal ini. sebab saya pun manusia biasa. tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan sendiri pabila melihat teman-teman berjaya memiliki apa yang dihajati. tapi lain pula kater suami. TUHAN sudah sedia rencana untuk kiter. maybe bukan sekarang atau mungkin lagi baik. giler ahh bertambah tacing :P
jadi. saya macam berazam baru je. bersyukur-bersyukur. lagi-lagi selepas kelahiran Azad Ryan. sesuatu yang tidak ternilai harganya walau dilambak betrilion harta di depan mata. biarlah tak dapat apa yang dihajati pun. tak kesah. :P
                                                         





                                                                      dear MOF : rezeki awak..
saya?? mungkin selepasnya..sape tahu....

20 December 2010

random dan jaga-jaga mulut :P

mood nak blogging terus potong gara-gara tv zaman batu rosak. ^__^ *cik abdul menages*
adessss. tu la sape suh cakap nak tukar tv. nak tukar tv. bla.bla.bla
abis rosak segala. suara keluar tapi gambar takda.
jadi sila mendengar radio di ASTRO je la kiter. ^-^:

on9 pun cuma buka blog sendiri. on fb. tgok status orang n shutdown.
giler ahh ilang mood macam sengal :P
malam sabtu lepas kami berempat.
abdul. SAYA. alice dan Ajad *ouch..cute*
telah ke uptown bangi. mula-mula nak ke uptown tempat bercinta cik abdul dan saya di danau kota. tapi telah menukar plan disaat akhir kerana kat situ susah parking dan susah nak heret stroller kehulur hilir. :P
sebelum bergerak.
alice buat perkara sengal sikit dengan Azad Ryan.
benda pelik ketat ni orang pakai kat kaki bukan kepala ye :P
sian Azad Ryan kena bully.




tapi lama-lama nampak cantik pulok. macam bb hat. haha :P




jadi dalam kul 11pm baru bergerak ke bangi.
jalan punya la tak jem. abisss ke ceruk mane ntah abdul bawak. hehe ^_^
sampai uptown je sangat terkejut macam menang kereta je.
orang punya la tak ramai.
kedai punya la sekerat dua kerat.
sudahnyer. kami berempat menangesss tersedu-sedu. haah tipu..
kami berempat menyesal sebab tak ke danau kota keriangan sajer. hehe :P

nak tahu apa yang mengubat hati dinda??
sila jangan terkejut macam kami *diatas kerana cuma sempat membeli serkup cotton 2helai dan ribbon awesome rm2 x 8 = rm16. buat sendiri pun boleh. :P







lepas tu semalam pegi jumpa ibu mertuaku di sentul.
seronok sebab berkumpul ramai-ramai. cehhh macam hari raya pulak. hehe
pastu balik entah pukul berapa entah.
terpaksa pulak melayan dinda yang konon-konon merajuk sebab cik abdul leh sengal tak hengat tido kemain lame sampai petang.
sebenarnya menjeles kanda boleh tido petang. hehe :P
tapi dinda bertungkus lumus dengan anak. ^_^

ok. ok
sebenarnya bengang sebab ajak AJAK pegi tengok tv besar *nak yang brand.*nak yang LCD tapi nak yang MURAH. ^__^'
dier bangun pun da pukul berapa.
tak dapat la kalo nak gendong anak pegi survey tv malam-malam buta.
tak koserrrr haku.
udahnyer berhenti je kat tepi highway sebelah mines tu.
biar dier pegi tengok sorang-sorang. giler keji. hehe :P
terjumpa LCD 42' - LG rm 2080. murah ke tak???
da bekenan dimata. choiii macam nak cari menatu sajer.. ^__^:


*
*
*
*
*
*





pastu tak jadi beli jugak sebab saya tak puas hati kalo tak tengok sendiri. hehe :P
saper tahu mane tempat jual tv murah. ^_^
saya nak yang murah :P
nak LCD / LED mahal sangat dowh. :P :P
pastu nak brand.
takat cap itik pakai setaun dua dah kiok memang tak layan.
ader tak. ader tak.??
COURT MAHMOOD?? oh tidak. lagi giler menipu harga. hehe





 
lepas ni akan terjadi sesi kopak mengkopak wallet lagi.
korek la yang maner ader. hehe :P



18 December 2010

mintak sikit parenting tips..

saturday morning.
bangun kemain awal 6.30am.
 macam nak pegi keje je.

guys..
nak mintak tolong sikit
how to convience myself that my boy was grow up???

Azad Ryan now da 8bulan.
should be dah boleh makan benda2 kasar.
tapi sebagai mak. saya sangat takut dier tersedak kalo bagi benda-benda kasar ni.
even makanan harian dier pun saya blend kasi hancur.
ke nak kena tunggu smpai 10 ke setaun baru nak bagi.
hehe :P
maklumlah takda experience.

jadi.
mommies outhere.
adakah anda seperti saya???
share la tips sikit.
nanti saya ngat nak buat giveawayke.up-up away ke. hehe :P
leh la share ngan u guys plak.





16 December 2010

saya bakal dapat APC tahun ni

wahhhhh nyah. tajuk tak agak-agak kan.
mamposss jadi kontrovesi esok. :P
terussss masuk luahan murahan KOSMO. ngeee ^_^
yeee. tapi tak tipu. saya akan dapat APC tahun ni kerana saya berjaya menyetelkan kerja yang big boss bagi. yipieee.

bosss besar kate.
saya akan dapat award. weet weet.^_^
saya apalagi. semangat gigih terus siapkan assignment yang ader. :P
sila percaya ini baru 2hari punya kain.
aishhhh. memang pemalas la kau ayuraza. haha >__<'
bukan pemalas okkay. tak sempat.:P alasan





jadi.
bila dengar je award. lajuuu je tangan zup zap zup zap lipat kain yang ader kan.
kater big boss. janji itu ini. katernyer la. hehe
padahal sajer amik ati kasi semangat melipat kain yang bertimbun. hehe ^__^'
saya kater pulak. kalo janji tak tunai mau nyentap sebulan takmo lipat baju. haha
*joke





finally.
saya berjaya menyiapkan kerja melipat kain yang bertimbun tu.
nak tahu tak. lipat kain la keje rumah yang paling likat lemau belengas sekali bagi saya.
sebab tu da bertimbun seminggu 2 baru hegeh nak lipat.
mak Ajak pun ader umah kakak die kat sentul.
kalo MAK datang umah. tak ke kantoi menantu suker longgok kain.haha
da jatuh saham :P




*sib baik si kecik dah tido.
kalo tak mau dier pun tolong lipat sama.
memang sampai lusa pun tak sudah. hehe ^__^

basah kuyup dan tunggu lama

petang semalam.
Azad Ryan ader checkup kat Klinik Kesihatan Putrajaya p9 pukul 3.20pm.
hegeh la saya bersiap-siap kul 2.30pm dari opis nak menjemput budak kecik tu kat umah.
masa otw lik rumah langit kemain la hitam nyer.
seyes macam kul 7pm je.
adesss. da agak da jap lagi mesti hujan lebat. menagesss la saya begini ^__^:

pastu.
makcik alice / adik no4 ader kat umah jadi temporary bb sitter.
da siap-siap da. cuma tunggu driver datang amik.
haa.aku la tu. heeehe ^__^
lam kul 3.05pm baru nak gerak dari umah.
kelam kabut sikit sebab nak cepattttt.
takut hujan satu. takut lambat satu. eh dua la kan. :P

sampai je depan klinik p9.
hujan makaih tak hengat-hengat. mencecet la saya dan alice dan Azad Ryan dari terkena tempias. abisnya. takut terkena anak saya yang basah kuyup. giler touching.
ini adalah cerita pengorbanan si ibu ^__^:
jadi sila menagesss ye kengkawan. hee :P

waktu tu da 3.30pm. mana tak nyer.
parking ader la beberapa kerat JE. pakcik yang dipilih di PUTRAJAYA.
please take note.* parking di klinik sangat terhad. kesian untuk baby dan MAK baby.
lagi-lagi yang datang tanpa teman. sob sob. aku la tu.
kali ni je berteman sebab alice cuti sem. cetttt >__<'

dapat bilik 16.
tunggu punya lama hingga jam tunjuk pukul 4.10minit.
dapat je masuk bilik rupanya cuma nak timbang berat. adessss.
baby 8bulan tak cucuk ye kawan-kawan. :P
cuma misi tengok perkembangan dan tengok BERAT!!

dan cayalah!!
Azad RYAN dah 8.1kg. patut la mummy sakit spine.
sakit urat. sakit segala la.
sehingga tak sedar yang muscle tumbuh kat lengan. haha :P
alih-alih sebab excited dengar perkembangan anak time slip pun lupa nak mintak.
waktu tu da 4.30pun.
*dear boss. mintak mahap la ye. lupa nak mintak time slip sebab ralik dengar misi membebel.
kire claim ngan photostat buku medical anak la boleh boss?? hehe.












keje menimbun kat opis..^__^'
kain pun menimbun kat rumah. hee


15 December 2010

selit-selit = bunyi pelik

agak selesa nak berblogging.
sungguhpun kerja menimbun.
iskh. ni pun selit-selit. ^__^'
kat umah memang tak sempat nak selit-selit.
lagi pulak Azad Ryan dah stat memanjat sana sini.
semalam tertonggeng tapi panjat lagi.
 tersembam tapi panjat lagi. jadi.
saya perlu cekap guna kakitangan. macam powerpuff girl.hehe. ^_^'
 zasssssss laju je aku kalo nampak anak da tak stable.
saya memang sengaja bagi dia lasak sikit. kater anak jantan.
tapi still jugak beware. takut apa-apa hal sok.
menjawab ler dengan bapaknyer. :P

now. Azad Ryan hampir 8bulan. weet weet ^-^
gigi sudah ader empat. dan dah mengada taknak tido buai.
agaknya tak selesa. alih-alih tengah dokong pun leh tido. :P
dan da macam-macam perangai.

cekidauttt!!
da pndai memilih makanan. jemu jadi mak dier kena selalu tukar menu. dan tak nak nestum.
gelak mak datuk macam orang tua mengekek.
pantang dengar suara bapak dier. tengah tido pun leh bangun. adesss ^__^'
kuat KENTUT!!! - ni kes menurun bapak dier. haha :P
banyak lagi sebenarnya. sampai esok pun tak habis cerita.
dan paling-paling-paling susah is nak mandikan dier.
seyes susah sekarang. macam belut licin.haha.
kalo Ajak ader leh la mandi berdua. eh. mandikan berdua.
haa. sila pk 18sx n3 nih. muahaha :P
kalo Ajak takda. agak-agak celup-celup yang mana patut. siappppp..haha
joke je kot. mandi betul-betul la weii. sebersih mungkin okkay.
nanti orang cium anak aku takda la busuk masam kepam baunyer. ^__^''

Azad Ryan sila lambai kat pakcik makcik ek. :P





seyes susah okkay.
dia taknak duduk. lansung. buat keras kejung.
nak tuil-tuil pun tak boleh. mau aku tertonggeng sama lam bilik air. haha. :P
pengungjung..sila abaikan apa yang ternampak.
ala. budak kecik punya je pun.hehe ^__^'
besen mandi ader tapi mals nak pakai. haha.
tu pun kakak no2 sedekah. eh ke pinjam. muahaha :P








14 December 2010

blog peberet saya!!!


minta maaf kepada belog-belog feberet.
belog-belog teman tido.
belog-belog teman dodoi anak.
belog-belog penenang jiwa. cehhh. macam steroid plak. hehe^-^

sory sangat-sangat sebab cuma singgah tapi tak tinggal komen.
tak sempat doe.
mana sebelah tangan dokong anak.
mana nak update blog lagi.
wahhhhhh. ibu canggih. hehe :P
kire bajet macam ader project besau je kan.
padahal ko tak hapdet pun takda orang kesah.
rating terussss dicrezzzz..muahaha :P

saya terpaksa pergi kursus sebab dapat surat tulis WAJIB BESAU-BESAU n takda pengganti. :P
jadi masa di opis takda.
walaupun kursus ngadap pc.
tapi sempat bukak je. tengok-tengok belog sendiri.
yang lain-lain bukak kat umah.
sampai umah sebok ngan anak pulak.
masak.basuh kain.jemur kain.
aishhhhhh. jadi nanti-nanti i blogwalking n komen merata-rata ek.


rabu i free. miss u peberet blog.
sape???
tu. semua kat sidebar i belah kiri tu.
sila la amik perhatian. i masukkan u all dalam bakul.
angkat sendiri la. i mmg tak larat nak angkat. hehe. :P
lawak apakah ini. ayuraza !!! sila centre kembali. !!
^____^'

13 December 2010

party dan ribbon awesome


cerita sudah lapuk ye tuan-puan.
semalam. ahad = 12dis.
my sis ader wat small bday party untuk anak buah.
kalo banyak anak buah bermakna harussss panggil anak buah-buahan. haha. ok tak lawak??
:P

jadi semalam since 11am sudah bertungkus lumus bersinsing lengan berpeluh atas bawah siapkan mee jawa. bubur bijik nangka.bubur kacang. goreng-goreng dan tolong la apa yang patut. bukan tolong tengok ye ^__^''

petang tu majlis berlansung lepas asar.
jadi kami berpakat memanggil hizbur imam muda. haha tipu. :P
ni haa. adik yang no5 je untuk bacaan doa selamat.
caree tak???? bajet muka adik macam hizbur. eh muka pulak. bakat amik sikit dari hizbur.
mintak-mintak sejuk perut mak. sejuk hati ayah.




dan semalam jugak adalah gathering kecilan-kecilan adik beradik semua.
cuma yang tak ada ialah ibu sama ayah sama adik bongsu.
kakak no2 pulak plan tak agak-agak.
sudahlah hari ahad. family members tak cukup.
Ajak tak balik lagi. huhu ^__^:
dan gamba kek ader la sekeping.
gamba gedik santai je lebih sebab berjaya meniru aksi pemakaian tudung ribbon-ribbon yang sungguh awesome. :P
nape kakak no1 macam senget je. hihi. belasah la.
blog adik bukan blog kakak yeee. ^__^'




terasa pelik kerana cuma bergamba berdua. ^-^
saya memakai polka dot.com ye semalam.
pilihan Ajak. tapi adik no4 cakap sungguh comell pinjam boleh?
haha. suker-suker. mentang-mentang baju satu size semua.
dari ibu.kakak no1 no2 adik no4.
abis tu kau nak orang pelik kerana terlihat kiter memakai baju yang dibeli sekodi.
padahal baju pinjam. hehe :P





sebenarnya nak tangkap gambar makanan.
tetibe anak buah yang bday boy tu tertangkap gamba kami. haha.
nampak gambar makanan kecil sudah la. :P




tapi perasan tak.
banyak gamba Azad Ryan tak nampak muka.
sebab BUDAK KECIK ni berpusing 360 darjah. haha.
adessss. tambah pulak time tido kena kacau.
rumah sangat bising bile ader anak buah-buahan nih semua.
bile telinga lintah harusssss la tido secoet cuma. hanya beberapa minit dah bagun semula.
kesian. ^__^'



love diz pic :P
tapi kenapa peha nampak sangat besar.
ke dah berjaya gemuk. horeyyyyy. sangat suka la.weet weet. ^-^



sila abaikan gamba kakak no1 disebelah.
sebok aje. haha :P



photog by bday boy.
sila percaya. semua gambar adalah awesome.
sangat suker walaupun ko kecik lagi tapi ko pandai tangkap gamba la budak. :P
sila la menjadi pro photog bila besar nanti ye. hehe
nanti Azad Ryan tak susah cari photog ble da kawin.
mak dier pun leh saving banyak. haha ^__^'

 




dalam kul 9lebih baru majlis selesai.
orang toksah tanya la memang ramai sesajer. ^__^'
dan yang paling besss makanan habis licin sampi siap ader orang suruh bukak kedai jual mee jawa. haha. bantai jual tempe sekalii..wink wink ^-^

maka.
terpaksa la tempek gambo bday boy sekeping.
muke bajet hensem. padahal gigi tinggal dua. haha T____T
semalam siap pesan.
cik ayu jangan lupa masuk dalam blog yee. cehhhh.
ko pndai pulak nak blog-blog bagai ek. ^__^
epi bday Adam Haikal. hadiah esok-esok la ye. hee :P




akibat belon ader 4biji.
kiri kanan menagesssss kerana berebut. adoiiii.
tuan umah sila mintak sponsor kat saya lain kali.
beli borong terussss kat mydin p15 ye. muntah la korang meniup belon ye. hehe :P




 dan akhir sekali.
cergas saya dan anak balik lam kul 9lebih.
esok isnin kena kerja. haa hari ni la. :P bukan kerja sajer. kena berkursus di jalan duta.
jadi ca alip buttt la. haha.
ke ngelat basuh pinggan. muahaha ^___^'




evendo petang sampai malam itu sangattttt penattt.
tapi sangatttt enjoy kerana masa dihabiskann bersama keluarga terchenta.
pak Ajak jangan menjeles disana.
minggu depan giliran awak pulak yee..:P










 dear pakcik Abdul :
balik la cepat. saya dah tak terurus ni. hehe :P

13 - 14

berlintas langsung dari jalan duta.

sangat tak bessss kerana terpaksa berkursus 2hari di jalan duta.


semalam.
attend majlis keluarga ^-^
bday anak buah sebenarnya.

jadi. will update soon :P
cekidauttttttttttttt.

11 December 2010

tanpa si suami

pagi tadi.
bangun seawal 6pagi sebab Ajak kena outstation 4hari kat Pulau Pinang.
dengan Azad Ryan terbangun sekali.
maknanya saya akan berdua sahaja sehiggga selasa.
adesssss. macam nak menagesss kena tinggal sorang-sorang dengan anak.
ke takut hantu :Phehe
dulu before Azad Ryan lahir. Ajak memang selalu sangat outstesen ni.
tapi since da ader anak n da tukar kerja.
tak pernah kami terpisah begini lama. hokaloh. sila muntah sekarang. :P

tadi dengar Azad Ryan cakap miss daddy so much. ^-^
hehe. tipu..
kami berdua rindukan daddy.
jika terbaca n3 ini. sila balik dengan selamat dan seberapa segera.
4hari tu lama.

jap tadi.
tengok industan kat ZEE 108.
tetibe sensitiip la pulok. hehe.
ke rindu kat awak?? :P

cepat balik okkay.
bawak ole-ole banyak-banyak.
kalo takat jambu batu dua ketul. memang i sentap. haha ^____^'

10 December 2010

semalam

semalam.
sangat berdebar-debar.
tertanya-tanya Ajak kat sebelah.
apa akan jadi.
apa sebab.
macam mana kalo macam-macam yang akan kiter ketahui.

then Ajak cakap.
insyaALLAH takda ap-apa akan jadi.
insyaALLAH kiter mintak pada TUHAN mintak semuanya dipermudahkan.
kiter kena tawakal.

saya pulak tak keruan.
semalam. satu malam kami bertiga tak dapat tidur.
Azad Ryan batuk teruk sangat sedangkan mata terpejam tapi airmata mengalir.
macam sakit sangat tekak dier.
bayangkan sepanjang malam macam tu.

jadi.
pagi semalam Ajak paksa saya supaya emergency leave sebab nak bawak anak checkup.
tapi annual leave cuma tinggal berapa hari je lagi.
saya keraskan hati datang kerja then mintak permission keluar atas urusan peribadi.
balik rumah siap-siap then terus ke Klinik Pakar di Hospital Putrajaya.
rupa-rupanya kecewa .
perlu membuat temujanji terlebih dahulu.
saya mati-mati ingat boleh checkup macam biasa then depa refer to pakar kat hospital sama. rupanya hospital perlukan refering letter from mana-mana klinik yang suggest jumpa pakar. akhirnya pasrah.

Ajak terus ajak pegi klinik permata kat taman melawati.
kakak dia kata kat situ elok. boleh neb kahak.
laju je la kiteorang pegi.
sampai je. mak datuk. orang toksah cerita ramai giler.
tunggu punya tunggu sampailah giliran Azad Ryan.

jumpa doc. then doc cakap.....
nothing to worry dear. hes so active. healthy.
n i oso not suggest to do neb'.
bcoz neb takkan membantu ap-apa.
cuma. i suggest u tukar susu lembu kepada susu soya.
coz i think its mayb bcoz of alergi.

alhamdulillah terjawab sudah.
lega TUHAN je tahu. susah hati wooo anak batuk tak berhenti ni.
soya pun soya la. saya sanggup berkorban apa saja demi anak tercinta.
yang penting dia sihat seperti biasa. saya pun dapat mc satu hari. hehe :P
tapi muka tak macam orang sakit pun.












dear cayunk mummy :
daddy n mummy sanggup korban apa saja termasuk nyawa demi adik.
mummy n daddy tak sanggup nak tengok adik sakit.
dengar adik batuk je da buat mummy nangis dalam diam.
hop adik cepat sembuh okkay.




isomil. isomil. come to mama :P