who's stand by ur side?

07 May 2012

Short Trip - Day 2

Salam Isnin,


segarnya pagi nehh. tido pukui 1.00am. bangun pulak pukui 3.00am pastu bangun pegi keje pukul 5.45am. huwahhhhhh. macam nak tido pastu berlagak macam opis ni bapak gua punya jeeee. sekali kena pang dengan bosss baru tahu langit tinggi ke rendah. hehe :P

sambung citer pegi melaka,

malam tu tekak ni macam teringin sangat nak makan seafood. i tak penah pegi umbai. tengok kat blog-blog banyak kata makan 'emm not bad lah' jadik. cancel terussss nak pegi sana. bhahahhahaha. lagipun malas nak drive jejauh. dari bandar hilir tu dekat 40km jugak lah. entah ye tak. gps yang bagitau i. muehehhehe :P
sekali tu tengah jenjalan cari seafood restaurant. aku nampak la signboard tu. paksa la ajak berhenti.sekali tu tetibe


''toinkkk. ajak tunjai kepala gua' *ini dah lebih kot.hehe


''ini seafood cina tokpek mana''.....blablabla


haha. ok tersilap. kat situ bukan takat seafood je ader. siap itik patah leher pon boleh jumpa. oink-oink pon kalo rezeki boleh dapat tawwwwww. haha. sentap mak terus ajak cari tempat lain. at last jumpa la jugak apa tah nama restoren tu IMANS SEAFOOD. camtu la rasanya.


tengok kete banyak je. so expect sedappppp sesado la kan. :P


order nasi putih dua, air sedap, telur bungkus,




Sotong sweet sour,




udang goreng tepung besar-besar ibu jari ajak, ekekekekek :P


ikan bakar, abissss licin siap bertambah nasi kawwww.
taste : ok lah sedap, cuma ikan bakar agak tawar cuma rasa sambal jeee. yang lain-lain okay. semua sekali rm69.00. kenyang alhamdulillah......burpppppp. :P apalagi balik tido terbungkang la. hehe.

apa?? nano???

awal lagi dah terbungkang tido. naseb baik bawak stroler. dah lah maut-muat je..kaki terjuntai terlebih ke bawah. haha. mana tak. dah besar panjang dah kan anak bujang tu. sekali tengok kaki dier bintat-bintat tau. maklum lah. makan tepi jeti. 7keturunan nyamok ader tawwww. hehe





esoknya, went to zoo. yehaaaa. after bekpesss segalan. check out baru pegi zoo. sebelum pegi zoo tu singgah dulu makan mcd. ramainya orangggggg. rasa nak terkincit tunggu seat kosong. elok siap makan pukul 12.30 terussss pegi zooo depan tu jekkk. sebelah taman buaya. tapi takmo la tengok buaya. i nak pegi satu tempat semua binatang ader. senang sekali harung. ekekekk :P


i think zoo melaka sangat besss. i penah pegi 2 zoo je pun satu zoo negara, pastu zooo melaka. hoho. tapi zooo negara haiwan dah berumor. jadi kojer nyer tido ajer lah!!


masuk sploh hengget. budak besar nano tak baya. :P sepppppp!







Ryan eksaited giler kot. abesssss satu zooo dengar dier betempik. haha. kelaka. actualy dier memekak nak naik bas pendek tu. coaster ke apa tah. :P heyyy, ingat boleh main tumpang-tumpang ke???




walaupun matahari tegak atas kepala, ketiak toksah citer kat sini lah!, bau badan kalah hipopotemos tapi gagahkan jugak tawaf satu zoooo. kemain kau semangat kengkonon nak suh anak kenal binatang. haha.  bajet-bajet balik key-el bila tanya,


baby ini apa?? boleh jawab...
baby ini apa?? boleh jawab........


rupanya,


sekarang bila tanya,


baby macam mana bunyi tiger??
aummmmmmmmmm....
baby macam mana bunyi elepant??
aummmmmmmmmmmmm....
baby macam mana bunyi rabbit???
aummmmmmmmm...
dah pulak!! pitam aku cenggini. bila tanya lagi macam mana bunyi daddy??? haha. aummmmmm. haha.yang tu memang rimau belang tapi bukan hidung belang okay!!! :P



cool tak tapir??? orang datang ziarah dier bantai tido. korek hidung nanti baru tahu!!

 


okay paling comelllll sekali ziraffe. sebab makan rumput sambil tido. ader ke patut??



muka toyeeee toksah tanya la. mana taknya kalo matahari tegak atas kepala. badan melekit-lekit. 1.30 time ni, jalan dah jaohhhh tapi tak jumpa exitttttt. pehhhhh. macam nak pitam!








burung unta paling mesra alam, terjongoh-jongoh kepala mintak makanan. kesian, kami tak bawak apa-apa pown. kalo tak dah boleh kena hamun ngan orang zoo kot asyik laaaa nak FEEDING all the animals. semua comelllll-comelll je. tapi sayang takleh pegang. kalo nak pegang pegi melingkup australia sana!!! peluk panda!! hehe :P

 


tengok jaguar teringat-ingat citer Apocalypto. bessss movie ever!



next time macam nak pegi kuala gandah naik gajah! mungkin aku ngan Ryan je yang naik sebab takut gajah tak larat nak bawak sorang lagi tu. berat 80kg kot. hehe. heeee. gamba bawah ni comellll jeee sampai terlihat gigi nano tinggal separuh.

*gigi rapuh kurang kalsium (sedapkanhati) :P




time naik jongkat jongkit bapak kelakar giler. aku naik ngan anak je mula-mula. sekali ajak naik sekali. yang belah aku punya tak turun-turun dah. hahahhahaha. berdekah-dekah gelak sampai orang keliling pun tergelak. cemana tah tak boleh turun. padahal takde la ringan sangat powwwwnnn aku ni. HAHAHAHAHA
T__________T
Ryan gelakkan aku tengok aku tak bergerak atas tu. haha



one of my favourite pic. *tak tahu nak caption apa dah.:P

 



sudahlah,

jom balik mandi waterpark. lagi heaven. elok pulak sampai wonderland elokkk je cuaca redup. sakan la kiteorang. haaa yang tu nanti-nanti upload. muntah lah tengok gamba. :P

nak pegi cari baju raya lah, tapi nak tema macam schaawal kawin. hijau pekat camtu. agak-agak comel macam scha tak nanti. heeeee :)


















03 May 2012

Short Trip - Day 1


huwaaaa.

letihnya keje 2hari ni. bertimbun tu taklah. tapi semua benda nak urgent. kalo keje tuk diri sendiri kan bes. aku lah bosss. aku la pekerja. hehe tak habis-habis dok pikir pasal tu :P

ok back to the topic. i amek cuti isnin lepas u. ajak kan cakap nak bawak anak jenjalan. so dier ajak pegi melaka jenjalan. ni kira short trip la & short budget. hehe.

i book for the budget hotel a day before leaving. sadis betol almost semua hotel fully book. yang ader tu rate 5/6 rat per night adelah. tak payah! cari hak bajet-bajet sudah. bukan pegi bercuti nak tido makan semua lam hotel ye dak??
T___________T

kiteorang stay dekat belakang Plaza Mahkota tu jek.

ambik Queen & single. baby tido yang single. mummy & daddy tido yang queen tu. bhahahaha.:P
ouch!!!!!! *kena cubit. sakit lahhhhh. ekkekeke :P ah. yela tu. time nak tido bertiga berimpit atas satu katil. sib baik tak gedebuk ke bawah. haha




macam nak kena buat 2 entry je. banyak sangat gamba gedik nak letak tawwwww. tapi more picta mesti kat fb. heee :)

kiteorang tak banyak jalan mana pun. tak pegi sangat muzium ke. apa ke. pegi yang sinonim ngan melaka je. lagipun seriussss panas giler melaka. tapi bessss la. lain kali boleh pegi lagi. aritu siap pecah peluh jantan kau. HAHA. nak mengejar si kecik tu lagi. tapi Ryan pun nampak sangat letih. maybe + panas kan so mood tak bape ader. cer masuk mall. dier berlari sana. berlari sini. siap terbaring-baring la. mak terusss pusing wat-wat tak kenal. haha dasar!!





penakut punya budak! lembu tipu pun takut.




mula-mula kiteorang pegi panjat bukit. dekat church tu. seriau aku nak masuk. tapi ajak dukung aku ngan anak sampai atas oklah. hehe. *tipu. ok tengok-tengok bawah dalam sepoloh minit pastu jom jalan. :P





on the street. artwork by a deaf & blind as well.





entah tak ingat nama tempat. HAHA. tapi kat bawah bukit tu la. ader meriam besi segala. i never been there. dulu ingatkan meriam ni kat atas bukit sebab kalo perang mesti orang shoot dari atas ek. hehe.:P rupanya die duk kat bawah. apa punya sengal!






aku naik atas time ni pukul 11.30. tapi siyes terpacak matahari atas pale. berpeluh-peluh. cemana la nak travel jejauh. nak backpack ke kan. mau pitam. hehe. si nano selokkkk nak naik beca. ok fineeee!! i mengalah. hehe. i takmo naik tapi bila anak 'nak aiiikkkk nak aikkkkk' ko nak bagi naik ke ko nak bia dier memekak kat situ?? heeee :P

ok Ryan yang pilih sebab ader angrybird seketui. *tak paham aku apa yang obses sangat ngan anjibeeeeed . hehe






orang kata kat melaka ader kapal selam ek. haaa. entah la yang aku jumpa kapal timbul jee. tu pun tak naik. take a picture pastu belah. kesian aku tengok budak yang kayohhhhh beca tu. muda lagi about early 20 rasanya. terpongeh-pongeh dier kayuh. HAHA. ajak la berat sangat!!! nano sajer dah 12kg kau!!

lepas tu kan. ni bukan nak mengutuk okay tapi nak mengata jeee. haha. sampai la depan muzium islam tu. ader laaaaa bukit sikit pastu budak tu tanya.

''bang taknak turun ke ambik gamba ke hape???''

ajak pun dengan konfiden je jawab. ' taknak la bang. panas-panas ni'

sekali budak tu tergelak lah.

''heeee bang. kalo taknak turun pun kena turun. bukit ni. tak boleh saya nak kayuh. tapi akak takpe. akak duduk je.''

HAHHAA. hambekkk kau. dah tahu berat lagi tak reti-reti kan. budak tu usung la beca tu ngan aku sekali. bergegau perut tau tengok ajak mengah-mengah kejar kteorang. haha





cantiknya melaka. suka sangat tau.




panas tawwww. gelegak otak. hehe :P rasa macam nak pegi berendammm je. serius cuaca panas giler. kalo ikut hati nak je balik hotel tidoq tapi takkan nak tido kan. kalo nak tido pegi sana balik putrajaya. tido la kau sepuas-puasnya. hehehe :P





masuk dataran pahlawan. minum. sekali ader pulak sale merata-rata. Polo Raplh Lauren tu ader buat sale dekat centre tu. pehhhhhh zupzap zupzap amek apa yang patut. hehe :P tapi semua baju nano yang comel-comel je pun. bertuah nyer anak. biar mak tak berganti baju pon yang penting baju anak tiap-tiap bulan ader je yang bertukar. hehe :)






sekali tu tengah shop' dekat padini kemain la selooookkk kan amek gambo Ryan. tetibe SA tu datang. 'miss. no camera here'


alahhhh. bukan nak tangkap gambo ko pun. tangkap gambo nano je pun. hehe . lagi nak membangkang. kedai dier lantak dier la nak wat law gone. hehehe :P lagi nak banyak bunyi. lalalalalala. Ryan kehulu kehilir. aku rasa tak shoping mana pun. nak mengejar dier sajer dah tersemput-semput aku.  last-last duk sejam lebih pilih baju baru keluar. hehe :P




*





*









*












*














*



















*











tengah-tengah orang sibuk shoping kau pun sebokkk nak duk celah-celah kain kan. sekali tertonggeng terussss ilang macho. alohhhhhhh kesian. tu la overrrr sangat tawwww!!!








ok la bai. sambung next entry. lagi fun okeh.!!

*perasankuasadua. hehe









02 May 2012

WordlessWednesday


seeing animal..





will update later. :P