who's stand by ur side?

31 March 2011

hadiah hari jadi dan muka innocent betol.

bulan empat ini adalah bday si comel kesayangan semua. :p
hehe.masuk anak dalam bakul pastu angkat sendiri. buwekkkkk. hee
jadi.
saya nak mintak pendapat. nak bagi hadiah apa untuk anak yang belum tahu apa-apa lagi ni.
atau erti kata lain. tak faham apa baju cantik/ apa itu game/ apa i pad/ tak kenal teknologi/ tak tahu mama beli toys kat mana/ tak faham nilai rm atau sebagainya.
bagi semua ibu-ibu yang pernah bagi hadiah kat first anak.
hadiah apa yang sesuai untuk anak seusia ini ek. pening dah kepala pikir. hehehe :P


rasa macam. takat beli baju. hari-hari biasa pun boleh beli baju. hehe :P
hari tu masa pegi JJ beli toys Azad Ryan.
ader terjumpa singa Fisher Price berbunyi pelik besar n multifunction.
boleh menyanyi/ boleh tunggang jadi basikal or kereta/
boleh jadi troley untuk main tolak-tolak/
boleh berjalan sendiri tapi pakai batery kena charge. hehehe ^^
dan paling penting. ada fuction untuk dia belajar n xplore.

tapi belum decide nak beli lagi. nak try survey dulu kot-kot terjumpa rimau ke pulak. heee :P
kalo sudi. sila tinggalkan komen anda.
segala cadangan amat dihargai n peluk cium Azad Ryan diberi. weet.weet.~~


stop cerita bday present.
sekarang mari kita lihat budak comel ni buat apa. hehe
saya balik keje terus terbungkang depan tv dekat hall. nak renggang-renggang tulang.
cisssss. mentang-mentang memang tulang. :P
tak tahan. balik keje dalam seminggu ni panas betol. menggelegak otak
nak pegang stereng kereta pun tak lalu.hehe :P

bila dah terbungkang. Azad Ryan memang kejenya main sorang-sorang.
independence sungguh.hehe :P sebab mak dia malas layankan jadi kedapo.kebilik sorang-sorang je.
lam minit kedapo tak keluar-keluar. harusss la saya zassss berlari. tengok anak buat apa.


5 minit je kot. tapi....

 


adoiiiiiii. nak marah pun tak sampai hati.!





bila anak tengok kat kita n buat muka tak bersalah langsung.
haruslah tak sampai hati nak marah. terus dokong n cium puas-puas. hehe :P
sweeettttt tak???






Azad Ryan owh Azad Ryan. :P




dah lama tak bercerita perihal diri sendiri.
balik-balik pasal anak.
sebab perihal saya adalah boring.hehe :P
malas nak cerita.




30 March 2011

Wordless Wednesday # 001





love u. ^_^





29 March 2011

pomen kecik dan ustazah. hee.buli budak!


budak kecik adalah taknak duduk diam occay.
kehulu-ke hilr.tak kira penat pown. saya pulak tercungap-cungap mengejar. las-las saya biarkan ajer dia nak kemana sekalipun. bukan boleh ditegah ataupun berkata NO pada anak kan.
cuma kena psico sikit macam berkata ''benda ni tak bessss la. jom kita baca buku nak.'' cehhhh.
tapi kadang-kadang takda makna tak kata TAK kan. mesti terlepas jugak. dah tentu saya hanya manusia biasa. hehehehe :P

 Azad Ryan ooo Azad Ryan. ^^
ni keje nyer nak mengecheck anai-anai. :p




sila buat muka seperti tidak bersalah sebab mahu sepahkan rumah. tsssk. :P



haaa.bila dah start enjin terus tangan takmo duk diam. zasss sana sini. alih-alih sekelip mata rumah dah macam tongkang pecah berterabur baeeekkk punya. ^_^




ye.ye. masa untuk study setelah habessss punggah segala benda.




tekun betol. heeee :P




las-las.
*
*
*
*
*
*
*


bb. mak tak bagi makan ke sampai buku pun bb geget. gerammm. ^^





 oleh kerana gerammm sangat dengan little Ryan. harussss mak dia jadi pembuli hebat kan.
haha. transform anak jadi ustazah.haha :P
occay joke. ustaz takpe. ini cuma gurauan yee.bukan betol-betol. :P




yang geram. muka stilll tak endah macam tak kesah langsung. hihihi.
terok betol kena buli pun still steady. aishhhhhh. Azad Ryan owh Azad Ryan. :P




malam tadi sangat seronok kerana little ryan dah pandai tido sendiri. WITHOUT BUAI.
 pasni kena start aja tido tak pakai buai pulak. kalo tak.
balik kampung je jenuh mak abah kau mengangkut besi buai balik kampung.
my son adalah bb yang tido buai ok. tapi yang pelik kalo keluar pegi mall ke. jalan-jalan ke. senang pulak dia tido. tepuk-tepuk pun dah zssssszzzz!!. cerrrr buat kat umah. mau kena berdongdang sayang baru nak tido. hehehe :P
tapi malam tadi tepuk-tepuk atas tilam dah tido.
lagi senang dari tido buai kot. kena beenjut lama baru lelap. adoiiii. ^_^


lots of lovessss. mak bb. :P



28 March 2011

semalam hari malas sedunia ke??

salam beloved readers.
semalam dan hari minggu lalu adalah hari paling malas pecah rekod bagi 2011.
dapur pun tak berasap. apatah lagi nak buat perkara lain.
mujur jugak sabtu lalu kanda AJAK terpaksa kerja dan balik half day.
kalo tak mau saya terbungkang depan tv sambil tengok hindustan sepanjang hari. heee :p

sabtu selepas kanda AJAK habes kerja.
dia membawa saya bersama si kecik ke rumah adiknya.
ader gathering keluarga.
jadi MALAS masak la terusssss. hehee :P
konon-konon tumpang makan sana terusssss kan. ^_^
tapi tahap malas tu takda la sampai membiarkan si kecik tu buat susu sendiri. haha.
sempat jugak la kemas rumah. laundry. lap kipas.kemas dapo. cuci peti ais. :P



pic ngah tunggu daddy Azad siap.
mak datok. lama betollll..macam pompuan siap. tsssk :P






sapa ingat entry adik kanda AJAK bersalin.
saya adalah pemalas nak tarok link. bukan orang klik pun. T__T
ADAM DANISH nama diberi. budak ni cepat betollll booolat. heee :P
geram je kan tengok baby-baby. ^_^



sayang seribu kali sayang sebab tak boleh lepak lama dengan keluarga.
habesss gosip. habesss ketupat rendang. kami balik dekat pukul 10pm. lagipun kesian kat anak.
nak tahu. budak kecik ni superb takmo tido tahan mata kalo jumpa cousin-cousin dier.
berlagak nak kawan orang besar. hehe :P
masuk kete je. belum daddy start enjin dier dah terbungkang tido tak hengat dunia. ^_^

pssst. mana perut mak kau??..hee :P



pic dibawah bila bb bangun tido n geram mak ayah dier takbangun lagi.
lepas tu boleh tak die memanjat sana-sini.
rock climbing pepagi buta. :P geram betoll kan.





mulut terlopong tengok POCOYO. :P






adesssss. :P
terok betol rambutnyer.
bila dah start dia manjat. harussss la mak buntang mata pukul 6.30am tu.
 bangun-bangun terusss tak tido-tido dah. heee :p
bagus jugak ye. kejut bapak kamu bangun subuh cepat sikit. kalo tak. mau subuh gajah jadinya. ^_^


akan berfamily day bersama family kanda AJAK pada 8-10april ini.
sangat tak saba. bessss. besssss. :P
balik kang punggah balik almari baju cari bikini bottom. heeeee :P



25 March 2011

pampes mahal. ada emas ke??


semalam melencong ke Alamanda lepas habess keje untuk habessskan duit. hehe
balik 4.30 terusss tunggu elis sama Azad Ryan kat basement.

sebenarnya bukan nak beli apa pun.
cuma eyeliner dah habessss n ngat nak cari tight untuk Azad Ryan. ^_^
orang kemain ramai ye. mentang-mentang la pay day. :p
masa singgah carefour nak beli susu anak. saya teringat yang pampes nyer pun dah nak habesss jadi terussss laju je pikul DRYPERS atas pale. hahahaha.
checking price kat rack tu. memang takda.
so pegi la checking kat mesin tu. dan-dan plak rosak.
besenya kalo beli DRYPERS size L ialah rm34/35 untuk 72pcs.


bila dah siap hangkut itu ini. pegi la bayar kan.
time cashier tu scan untuk this diaper. nak tahu harga kat carefour adalah tak masuk akal.
rm43.90. mahal tak?? mahal tak?? hee.
tapi benda dah beli takkan nak return balik kot. malu seyh. heeee :p

 


sekali tu singgah la mydin P15 nak beli sesuatu.
niat hati nak pegi survey pampes kat mydin pulak. hehehe :p
sekali tengok pampes kat mydin cuma rm 33.90. nampak tak?? nampak tak??
banyak beza kan. giler betollll.
geram betol time tu. rasa macam nak pegi balik c4 n refund barang :P
agak-agak nak kena lempang buat la.heeeee^^







walaupun packaging baru. pampes pun baru. plastik tuk lekat tu dah tukar macam Mamy Poko. tapi harga kat c4 sangat la melampau. beza rm11 hengget. mydin jugak terbaeekkk walaupun sempit. :P
balik-balik try sarung terusssss kan.
memang la lebih soft n selesa.
tapi hati mak ni tak boleh nak soft ingatkan hal harga yang melampau tu. heee :P
matilah orang kata mak Azad Ryan berkira ye dak??
bukan kesah ke 10ringgit tu. tapi macam kena tipu je.
repot kementerian kepenggunaan baru tahu. heee :P

 



nak tahu.
punya la selesa konon-konon pakai pampes baru.
tido pun kemain la mengganas.
jap terlentang. jap tertonggeng. hehehe :P
klaka la Azad Ryan ni. ^_^



tengok tu....:P

 




hahahahaha. terkangkang-kangkang. burok betol.
nak tahu. yang jadi magsa is saya la. Ajak kata ikut saya time pregnant dulu tido takmo senyap.
jap terkangkang. jap tertonggeng.
aisssshh. kanda Ajak. orang pegnen memang tido tak selesa.
lagi-lagi dekat nak ujung-ujung tu. jap kaki tarik mengkarong la. tarik biawak la. hahahah :p

lain kali takmo dah beli pampes kat carefour. giler menipu pengguna. :p
kalo tahu mahal baik amek Mamy Poko je. hehe
tapi takpela. dah beli kan. dah pakai pun.


yang bess nyer...
takda la tengah-tengah malam buta tu salin pampes anak bunyi zrukzrakzrukzrak kan. hee.
senang la sikit keje maknyer. tido pun lama. bangun pun ceria.
iklan pampes mahal kat carefour ini.
brought to u by ayuraza.blogspot. :P

ada chance nuffnang panggil way adv tak?? heeee :P




24 March 2011

tukang sepah rumah yang disayangi semua

ini Azad Ryan.
dia suka sepah rumah. kemas rumah. mop lantai. n kutip sampah even sehalai rambut.
lagi satu dia suka baling barang ikut suka.
kalo mak dier jerit pun dia buat tak kesah je. heee :P
sampai kan. mak dia tunggu dia tido baru kemas rumah.
mak dia siap pesan kat ayah dia. ''jangan bising kalo umah bersepah sebab anak tengah melasak'':P
padahal mak dier memang malas pun. keh3





Azad Ryan punya satu tabiat iaitu bila nak buang PooPoo mesti jeling sana-sini.
ini belum sampai peringkat masuk bawah meja. nyorok belakang pintu dan dalam alamari.
dalam peti ais 'balas raja lawak je yang buat'. hee :P



semalam waktu nak cuci PooPoo anak.
saya hampir pengsannnn sebab pening bau menusuk jantung. hahaha :P
klaka betolll. saya pikir saya je yang tak tahan. sekali tengok Azad Ryan pun tergeleng-geleng kepala geli dengan PooPoo sendiri. hahahaha. lagi la nak tergelak.
bagussss. deria bau berfungsi dengan baik. hahahhahah ^^

 


cuba tengok budak suka sepah rumah ni.
abessss satu rumah dia punggah. saya lantakkan ajee..yang penting bukan benda tajam n dia tak merengek.
senang keje nak ke dapo. heee :P


 




semalam ada yang bertanya tentang berita yang menggembirakan tu.
sebenarnya banyak nak share tapi tunggu masa sesuai ok sayang semua.
layan je la pic budak kecik ni. saje...kasi geram. hehehe :P


love u bb. ^_^



 

23 March 2011

sedih bertukar gembira.


pagi tadi ada majlis kat ofis. perhimpunan bulanan namanya. :P
kalo dah keje gomen ni memang kena berhimpun la tiap-tiap bulan kasi naik semangat bekerja balik kot.
itu bukan isu nya. isunya ialah.
bila kita jadi frontliner n berdepan dengan manusia yang bermulut puaka.
rasa macam jahanam tak kalo kena maki depan khalayak ramai.??
terussss rasa macam nak lempang je.
tapi apalah daya jika kita hanya sekadar berpangkat prebet n bukan profesional.
terlalu berprotokol sehingga menjatuhkan airmuka orang lain.
agak-agak apa diaorng rasa kalo kita memperlekehkan kemampuan dia. n menjatuhkan maruah mereka.
mesti tak terkata kan???
macam tu la orang lain rasa. tapi lantaklah.
benda dah lepas. majlis pun dah selesai.
cuma harini terubat sdikit dengan gelak tawa rakan seperjuangan.

semoga mereka-mereka diberikan hidayah. heeee :p


n semoga bila saya besar nanti. jadi orang besar * feel masih kecik dijauhkan dari sifat yang begitu.
n semoga jugak sahabat-sahabat semua dijauhkan dari sifat takbur dan riak.

''sabar subur tak sabar masuk kubur'' .. heeeee ^^
sayang korang semua.
lots of lovesssssssssssss. ayuraza. :P





ada berita menggembirakan .
berharap berkekalan sehingga bila-bila.
nanti story.hee :P





22 March 2011

ma...miiiiiii..so sweet. ^^


bila dah pandai niarap.bb pandai merangkak.
bila dah pandai merangkak. bb pandai berdiri pulok.
bila dah pandai berdiri. bb pandai jalan macam ketam mengesot dari sofa ke sofa.
bila dah pandai mengesot. bb pandai bangun sendiri.
bila dah pandai bangun sendiri. mulut pulak macam mak nenek.
membebel bahasa jerman sepanjang hari. :p

bila dah pandai membebel. bb pandai bertatih 5,6 tapak.
bila dah pandai bertatih. bb berlagak macam nak berlari.
bila berlari tu. pepaham la. sembam sana sini. lebam sana sini.
bila dah pandai itu ini. bb boleh sebuttt maaaa. miiiiiiii.
mummy pulak speechless. sweettt kan. :P

pasni bb mesti nak gado mulut ngan mommy. hee ^^
tak saba. sekarang semenjak dah makan macam-makan.
mangga masam pun bb makan.
patut la poopoo macam...adessss pengsan :P





pastu tido kemain la lasak.
macam nak bergusti. sampai senak perut mommy hampir setiap malam sebab mommy tido tengah-tengah between bb n daddy. ^^
sebab mommy penakut?? owh tidak. sebab mommy rasa disayangi bila tido bawah ketiak daddy n bb tido bawah ketiak mommy. :P

 


masa balik kampung haritu. tok abah terkejut sebab tengok bb tdo macam ni.
sebab tok abah tak tahu bb tdo tutup muka ngan bantal. kadang-kadang mommy pun confuse bila mommy enjut dalam buai n tak sure bb ni tido ke tak sebab tak nampak muka. hee :P


 


tapi sebenarnya bb clever sebab bb bukan tutup muka sepenuhnya.
lagi-lagi bila dengar bb berkeroh macam orang tua. jadi mommy tahu bb sudah tido. :P
mula-mula mommy takut jugak tapi lama-lama dah biasa.

 


cepat betol masa berlalu. sedar tak sedar anak dah nak bercakap.
tak puas rasanya bau bb lagi.
nanti tahu-tahu dah nak sekolah. heee :P

semalam masa daddy suruh bb tido then mommy,daddy n cik elis dengar bb cakap
''taknak''.
dari dapo mommy lari. haha kelakar betol.
ye.ye. mak mesti over excited punya walaupun mungkin ia hanya kebetulan.
^_^



thank u for reading this entry. :P





21 March 2011

Adore vs nak jugak


sekarang bukan Hana Tajima Fever ke??
kalo Justin Bieber Fever saya tahulah. :P

tapi rasa-rasanya ramai yang dah tahu sal hana tajima ni kan.
malas nak cakap banyak-banyak sebab suka sangat style die.

tudung kelepek sana sini pun cung.
tudung pintal-pintal pun cung.
orang dah cung pakai apa pun cung. heeee :P






pasni nak cuba pakai jugak la.
jangan si kecik tu tarik dah la.
al maklumlah sekarang ni cepat sangat tangannyer. pantang capai.
senget benget pun ok wat.
cerrr tengok Hana Tajima tu. kan ke lawo tudung senget benget. heeee :P




dem


dem!!!!
macam mana boleh tertinggal broadband. ^^
matilah. kantoi pegi keje je bawak broadband.pegi keje je bawak broadband.heeee :p

jadi jangan marah yeee kesayangan semua kalo komen tak boleh direply n salam tak boleh dijawab.
mak sejak dah bersalin ni manjang lupa noks.hee :P

gonna missss all of u.
lots of love. ayuraza tuan umah kedanung.......:P




tetiba letak pic bambam ni kenapa??
hee :P







20 March 2011

bad mood..

mood kelaut.
serius. tak penah begini terok semenjak bersalinkan bbAzad.
lagi-lagi weekend ni.
pegi tengok ballon pun tak semangat.
pegi jenjalan makan-makan pun tak selera.
hati resah gelisah.
dah seminggu little Ryan tak sehat.
demam on off. batuk.kahak.badan susut. siap nampak leher la.
kalo dulu nak nampak leher pun susah. 

dah bagi ubat tapi macam tu jugak.
satu penjelasan mungkin. sebab nak ringan badan nak jalan.

hari ni je elok sikit.kalo tak manja dier. uihhhhh. smpai mak dier nak patah pinggang dukong je kejenya.
mengegek je. tadi bbAzad bangun sendiri n jalan 5,6 tapak. 
ooooowh. rupanya demam nak jalan.


yang jadi pengubat hati mummy ialah bila tengok bb jalan terkedek-kedek.
sangat sweeeettt. love u bb. cepat sembuh n jalan okkay.

nanti kita men kejar-kejar.heee :P

18 March 2011

nak buat lawak jumaat boleh??

salam jumaat sekalian umat manusia.
semoga kalian semua dipanjangkan nafas dan diberkati TUHAN selalu. ^^

occay.
sapa tahu apa kegunaan polident??
kalo tengok iklan kat TV tu mesti semua tengok fungsi nyer untuk lekapkan gg palsu dengan gusi. supaya senang nak makan rendang.kan??heee :P
tak kisah la nak makan apa pun. yang penting mesti gg palsu tak tercabut punya.




nak dijadikan cerita. banyak sangat yang dah tua dalam family ai. so ada la salah seorang yang pakai polident ni. pastu..elisss adik ai yang ada kat umah ai ni tengah mandikan anak buah ai ni haa. Nuradriana Dania Yusra ni. hee :p
panjang betol nama.

lepas tu. boleh tak korang bayangkan yang elis letak polident tu kat berus gigi.
tak perasan ke hape tak tahu la. sekali time DANIA nak berus gigi tu tetibe.
"makcikkkkkkk!!!..nape gigi adik keras.''
elis : hah?? keras nape pulok??
dania : tak tahu *sambil tak boleh nak bukak mulut sebab gigi terkatup rapat

sekali check-check balik rupanya yang dier letak tu polident.
terussss dier keluar toilet gelak macam nak mati guling-guling. hahahahahha :p
kami kat umah memang lagi bantai gelak la. bongok betollll.hahahah ^^
nak pecah perut gelak sebab makin letak air makin mengeras menatang tu. hahahaha
lass-las entah dier buat macam mana baru boleh cabut. haaaaa :p
tapi kiteorang gelak sampai sekarang la. asal citer je gelak.asal citer je gelak.
huhuuu :P





itu la sejarahnya. hee :p
pasni confirm serik nak suh cik elis kau mandikan ye dak???haha

nak tahu jawapan elis??
''nurul ingat KODOMO LION sebab kaler pink''

hahahahahhaha.
terussssss bantai gelak sampai sekarang. matilah camni.hahahahhahahahah :P





17 March 2011

Barang Yang Lepas Jangan Dikenang

Penah tak korang baca entry ayuraza yang berbunyi seperti jiwang-jiwang keladi nak mampos?? hee :p

PooPoo..ieee..yurk!

haha.
boleh gelak dulu sebelum cerita tak?? hee :P
ini entry tentang anak lagi. jadi sila bersungguh-sungguh yee. terima kasih. sayang kamu semua.hee ^^

semalam.
time tu pukul 3am kot.
little Ryan ngengek sebab nak susu. jadi. saya la yang kena bangun buatkan susu dia.
kesian pulak nak kejutkan AJAK sebab Azad Ryan bangun malam pun sekali dua je.
jadi takda hal la kalau saya yang buatkan ye dak.lagipun apa nak berkira sangat.
anak sendiri bukan anak tiri laki mak datok dia. heee :P

lepas buatkan dia susu. tengah dok sua botol kat dier tetibe tangan macam terpegang sesuatu.
lembik.lembik n sejuk.
ngatkan kuih apa jadah atas tilam. hee :p
amik pakai tangan n cium dengan masa tu dalam keadaan mamai. haha ^^
terusssss terbuntang mata sebab rupanya itu PooPoo Azad Ryan.
choiiiiii. haha.
bila masa dia memerut entah.
takkan tengah tido boleh buat investment. :P heee

terussss kejut ajak.
mintak simpati.haha. mintak dier tolong cuci kan apa yang patut.
agak saya la. bbRyan berak time nak tido kot.
biasa nyer mesti bau dari toilet keluar rumah. tapi malam tu tak bau langsung.
tau-tau selambak. haha :P

ke makin besau makin PooPoo tak bau. heee :p
tak tahu pulak.
sebab kita dah besar ni PooPoo nyer. mak datok.
PENGSANNNNNN... :P



16 March 2011

Beware Mommies..

hye mommies. ^^
semua tengok berita pasal pengharaman botol susu bla.bla.bla kan??
bagi sapa yang tak tahu..
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.


 
"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
  
Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
*
*
*
*

botol susu pilihan kalbu saya untuk anak ialah ini.
brand AVENT*kalo pegi taska tak tahu mana satu ko punya mana satu aku punya.hee :P
sebab type adalah sama.spec adalah sama.
jadi mommies. sila tagging botol susu anak-anak anda occay. ^^

and bagi sapa yang belum bertukar kepada BPA Free. harusssss pegi terjah mall mana-mana tuk cari botol susu anak ok. yang peliknya.kenapa kementerian yang bertanggungjawab mengambil masa setahun sebelum mengharamkannya terussss??
ke nak tunggu ader kes baru..'dengan ini kami mengharamkan...bla.bla.bla'
tol tak???

 



alamanya.pasniiiii makin laris la company yang jual botol BPA Free ni kan.
tapi yang jual kat internet tu boleh percaya ke?? heee :P
 




 heee :P
luckily he use this BPA Free feeding bottle for this while.
kalo tak mesti maknyer.
OMG. lari terus ke kedai ye dak?? ^_^
heeeeeeeee ..^^,

14 March 2011

Contest lagi ! Dulu Lain Sekarang lain..ewahhhhhh :P


saya di gebabommmm ditag oleh sista UMIE GADIS MELANAU.
*teringat pulok kisah si man raja lawak dengan tom si kucing.haha :P

occay.
disebabkan lama tak menghapdet blog.
bukan akibat kekeringan idea.
tapi anak tak sehat. jadi pepaham la attention beralih arah terussss kat anak manjang 24/7 hours. hee :P

sesiapa nak join ni boleh la join.ada 2 kategori.
1. dari segi umur
2. dari segi style
so.kali ni ayuraza nak pilih dari segi umo dan tambah sikit dari segi berat badan ketika umo itu.hee ^^

1-jadi follower - wahhh FW no 180 occay :P
2-buat entry - done!
3-letak gambar - sila scroll down sikit. hee :p

weet.weet.
terharu betol tengok gamba dulu. missssss my body shape.very gebu dan bajet chubby.hee :P
pic dulu ialah ketika bekerja di A&W KLCC.
memang geram je tengok gamba nih. time ni umo 19tahun n berat badan is 56kg.
wahhhhhh. semua orang tak percaya kan. ^_^
now tengah gigih nak body cam dulu.muka besau pinggan.haahaha :P


 dulu.... ^^




and seperti sedia maklum picta bawah ni time umo 15.ewahhh.ewahhh.:P
time umo 25tahun. minggu lepas punya gambo.
n sila percaya selepas kawin berat turun mendadak.
berat time ni ialah 40kg.
beberapa tahun mendatang.anak akan sama berat ngan mak.huuuu :P


 now... ^_^:



 so. sapa mahu hadiah besss dari gadis pp belubang.
alahaiiii.comel betol nama blog cik adik. ^^

ataupun saya nak tuju tag ni khas buat si manessss muka jelita.

ummi iman.
kecek santek.
cik farra.

sila buat dengan kadar segera yeee.heeee :P


thank u for reading this n3 ^_^