who's stand by ur side?

28 February 2011

u..tak baik mengeluh.

keje berlambak sangat. tak menahan.
tapi dah tanggungjawab. perit ku telah jua. cewahhhh :P
kalo ikut keje yang berlambak. tak berbaloi lansung dengan gaji yang dapat tiap bulan.
terussss macam nak berhenti sekarang jugak.
tapi kalo berhenti. pencen takda.
kang dah tua nak cekik apa.hehe ^^
tapi. hidup perlu diteruskan.
tiada pilihan jadi terpaksa redha.
kalo mengeluh tak baik. jadi ini apa?? hee ^_^

tonton la pic lil ryan buat penghilang rindu.
SHA.AS..i miss u too dear. ^_^
nanti bila kerja dah usai. i update blog banyak-banyak kasi u muntah.heeee :P





kalo la punya pilihan lain... ^_^



24 February 2011

Never release


walaupun cerita ni dah hampir setahun.
walaupun cerita ini sudah basi dan saya perangat banyak kali.
tapi sebagai blogger. saya tetap nak abadikan cerita tentang ini dalam blog saya.
supaya nanti bila wajah dah tua, tangan dah kerepot, little ryan nak kenduri cukur jambul anak dier. saya boleh bukak blog then tunjuk kat dier.
"ni. cerita pasal cukur mohawk baby dulu'' *eh tukar la takkan panggil baby lagi. hee 
kan bahagia jeeee. ^_^

saya lupa tarikh nyer bila.
yang saya ingat masa tu little Ryan dah 3bulan lebih.
manjang lupa.heee. urat lupa kena potong sekali time operate aritu. :P
kenduri kat kampung ajak.
semua balik. seronok sangat. meriah betol nak buat kenduri potong jambul little Ryan.

sembelih kambing seekor.
ada orang cakap kalo anak lelaki kena dua ekor??? takpenah tahu pun??
mazhab mana ek?? betol ke?? sebab kenduri Azad Ryan cuma sembelih seekor je. hee ^_^




menu haritu.
kari kambing.ikan keli salai masak lomak cili api. tembikai.ayam rempah.gulai pucuk (sayur pucuk +petai+bilis+pucuk ubi+serai kot) memang terbaeeeeekkk la makanan Negeri Sembilan.hee :P




mula-mula nak buat kaler pink sebab suker pink tapi tak sesuai la pulok kan.
jadi terussss tukar kaler biru sinonim dengan anak lelaki. :P
sampai khemah pun mak tempah kaler biru. terbaeeeek la ibu mertuaku. ^_^




pastu mak tempah team berzanji.
memang terbaeeeekk jugak.hee :P
pastu keluarga semua siapkan endoi / buaian berhias untuk baby.
katenya adat dan mak perlu endoikan baby time diaorang tengah berzanji.
sib baik baby tido tak henggat bisingg.. ^^




dalam kul 12 baru siap segala bacaan tu. nasik baik makcik-makcik ni pandai sebut AZZAD RAYYAN.heee :P
tapi pic cukur jambul takda la pulak.
sebab saya pegang dulang yang ada kelapa muda tebuk tu ngan potpuri sama gunting. ajak pegang anak. jadi pic adik beradik amik pakai kamera diaorang.
langsung lupa nak mintak balik. T__T
part paling bessss tang collection tu. OMG.terkejut sangat. heee ^_^




abesss majlis baru la Ajak cukur jambul little ryan betol-betol.
masa majlis tu acah-acah je. ^^
saya potong setengah je pastu giveup.susah betol sebab kulit kepala baby sangat lembut.
lebih-lebih lagi softspot/ubun-ubun dier. lembut sangat . :P





jadi macam ini la rupa my botak little ryan bila jambul dah takda.
sekarang dah boleh berbangga sebab rambut dah banyak.
walaupun sangat kerinting tapi tak kesah.
nanti besa pandai la lil ryan jaga.letak gel ke/brycream ke. hee :P

bila tengok gamba ni. mesti rasa macam. tak puassss lagi nak bermanja dengan anak time baby dulu. kenangan BF.kenangan kurap susu terlampau.kenangan tengkuk masam.kenangan bedong menbedong selama beberapa minit je sebab lil ryan tak suker bedong. n banyak lagi la. sekarang anak dah 10mo. 2mo to go dah setahun. cepat betol masa berlalu.


umo makin meningkat.muka makin kerepot. OMG.
perempuan mesti takut tua kan??? saya pun sama.....heee :P
itu ler ceritanyer.... thank u for reading this entry... ^^
<3 <3 <3


Lifes is all about..

status minggu lepas : sangat suker

status ahad sudah : teruja ya amat

status  isnin : monday blues of course*malas lebey.

status selasa lalu : agak kabur. tidak berapa cergas dan lemau ke tempat kerja.

status semalam : gembira. ^^

status hari ini : ..................................???



betol la. hidup seperti roda.
kejap kat atas n kejap kat bawah.
kejap gembira kejap berduka.
sebab tu kena ingat kan diri sendiri supaya jangan lupa 5perkara sebelum 5perkara.

sihat sebelum sakit.
muda sebelum tua.
kaya sebelum miskin.
lapang sebelum sempit.
dan
hidup sebelum mati.

mak kata. kalo suker jangan suker sangat nanti jadi bunga taik. taik apa tak tahulah.heee :P
but..just try to enjoy with lifessssss.
coz no matter wat was happened. lifes goes on.
lets by gone be by gone.
^_^


23 February 2011

kisah baby HAT


comel bukan????




jumpa hat petak-petak tu kat fb.
comel tapi mat indon yang jual.
takmo la beli. nanti entah sampai ke tak. hee :P
tapi coomellll. pic little ryan pakai hat kat atas ni i jumpa kat JJ balakong je.
tapi tuk 1-2tahun. now little ryan dah nak masuk setahun.
dah boleh pakai.

agak-agak kalo pegi cari ada lagi tak??? hehe ^_^
nyesal tak suh SA simpankan dulu. T__T

Lifes seems unfair

weet.weet. laugh laugh.agaknya hari ini adalah hari berbahasa english sedunia. nak tahu sebab apa??sebab. most of my opismate tried to speak in english evendo not too good but not too bad for me.at least u can speak.people understand.u understand. n everybody happy. *laugh.

for example : yes. please do 'tampal' it on the board. haha :P WT...

yesss. of coz thats was a broken one. but who care. saya pun tak berapa pandai. kebanyakan nyer tidak berbahasa english di tempat kerja apatah lagi di rumah. jadi layankan ajeee. yang penting saya faham apa saya cakap. even past tense,present tense tunggang langgang sebab otak dah tepu akibat english tidak dipraktikkan. lebih-lebih lagi bila bekerja di sektor kerajaan. ^_^. tapi berasa enjoy jugak bila berseronok menukar cara percakapan. u laugh. me laugh. everybody laugh n the thing is these no morning blues anymore. :P okkay enuf.. ^_^

mari menyambung n3 berkenaan 'lifes seems unfair"

setuju atau tidak. perkahwinan adalah perkara paling mencabar penah saya alami.5 years earlier in marriage adalah sesuatu pengalaman yang paling sukar dijangka kerana setiap hari pun kamu akan berhadapan dengan keadaan yang berbeza. menghadapi cabaran dialam pekerjaan tidaklah sesusah cabaran di alam perkahwinan.

kenapa 'lifes seems unfair'??

penah tak suatu ketika kamu mengeluh tentang 'kenapa saya bersetuju berkahwin awal. kenapa saya sudi mengahwini lelaki ini. kenapa saya itu.kenapa saya ini'. tipu jika saya menidakkan kenyataan ini. manusia mana yang tidak mengeluh tentang hidup. arghhh. bagusnya manusia itu.

1st phase :

isteri : Rutin hidup kamu hanyalah berkisar tentang rumah/suami/anak. setuju?? seperti contoh. perlu bangun seawal 5.00pagi untuk uruskan sarapan anak ke sekolah/ barang keperluan anak ke nursery/perlu pastikan baju suami untuk ke tempat kerja tersedia/baju sendiri/kejut anak/ siapkan anak/ baru mandi.tengah kamu menceceh peluh di pagi hari....

suami : sedang berkeroh dalam gulungan selimut masam. bangun pun dekat-dekat nak pergi kerja.tahu-tahu bangun mandi/makan/dan hantar anak-anak ke sekolah/nursery. 

2nd phase :

isteri : setelah berpenat lelah di tempat kerja.balik rumah terus bersinsing lengan menyiapkan makan malam/membasuh kain/ mengemas rumah/ mop lantai/sapu sampah/ lipat kain/menghidangkan makanan untuk anak-anak/ belum lagi cerita cuci bilik air/siram pokok bunga.hee :p setelah semua selesai baru boleh mandi/ yang paling penting DUDUK. itu belum cerita nak jenguk blog/chitchat/lepak santai/ keluar jenjalan lepak oldtown kan.hee ^_^

suami : bersenang lenang terbaring depan tv.online. bertweet.berfacebook segala.baca paper.cuma mata je jeling jap-jap tengokkan anak/mandi/rehat sekejap then makan.kalo diri terasa puas di rumah. cakap kat isteri 'abang nak keluar jap jumpa member.' padahal melepak mamak tengok bola dengan girangnyer.. :Papakah itu???? yeww~~ dan akan kater isteri queen control bila isteri tanya 'balik pukul berapa'.adesss ^_^

3rd phase :

isteri : menjadi orang paling lambat sekali tidor setelah settle kan semua perkara. setelah memastikan homework anak siap. baju siap iron. keperluan anak.dan keperluan 'suami'.

suami : pantang jumpa bantal.mesti terussss.tanpa memikirkan isteri masih berjaga kerana memastikan keperluan keluarga sempurna. katenya penat ditempat 'kerja' sahaja tetapi tidak menyedari bahawa isteri juga bekerja 'dipejabat' dan di 'rumah'. ^^

tapi. banyak jugak kejadiaan dimana. si suami tetap makan luar. cerrr bagitau bagaimana si isteri nak berhias sakan memandangkan kerja takpernah putus. keperluan suami dan anak sentiasa dijaga.tapi alasan suami 'kerana isteri yang dikahwini hampir 10tahun sudah tidak semontok dulu'. jika itu alasannya. maka suami sepatutnya memikirkan setiap pengorbanan yang isteri curahkan sebelum menukar selera. seolah-olah bersusah bersama.bersenang dengan orang lain. :P

tetibe korang macam tuju kat i kan. owhhhhh tidak. nauzubillah. ini cuma rekaan n takda kena mengena dengan saya/orang lain. cuma terpikir. bagaimana nak memastikan perkahwinan akan kekal selamanya macam mak ayah kita kalo kita tidak kuat menghadapinya. ini belum lagi tentang kewangan/hobi/ketidaksamaan pasangan. adoiiii.

tempoh perkahwinan saya baru 2tahun 24hari. berpuluh tahun lagi nak mengahadap.semoga tahun-tahun mendatang dapat saya hadapi. dan bahagia sampai hujung nyawa. kalo gado-gado tu biasa la.sedangkan lidah lagi tergigit. eh. suami isteri mesti kena gigit menggigit kan.hehehe :P

baca entry ni sampai habis ke?? memang sayang korang lebih la. ^_^

22 February 2011

perihal Overdue dan kebimbangan si ibu



sila click pic untuk enlarge ye.
kot la kabur bijik mata.heee :P
udah tak nampok bilah butirnyer.heeehehe ^^

okkay. ni ada question oleh Mama Wanna Be.
puan Nanie yang ayu lagi ayu lagi ayu.cisss macam mengata diri sendiri ayu.hee :P
Puan Nanie tanya saya berkenaan
 "dulu masa bersalinkan liltle Ryan Overdue ke tepat waktunya"..

okkay.bila dah kata sharing is caring.
meh sini nak cerita experience perit n adventure tapi membanggakan ketika melalui pengalaman bersalin little Ryan.
Duedate yang doctor bagi is pada 11 April 2010 but saya selamat melahirkan little Ryan  pada 18hb April 2010. ceaaa. bukan ke dah teroverdue a week. 7hari pengalaman menahan perasaan gusar dan bimbang sebab still tak bersalin-salin jugak. sehingga kan sampai satu tahap rasa macam nak berdoa kat TUHAN supaya. "cepatlah sakit bersalin''. giler tak?? punya la risau sampai kan ujung-ujung nak bersalin tu makan pun tak lalu.risau betol.lagi-lagi bila doc cakap. kalo pas seminggu tak bersalin kena paksa atau pun bahasa scientificnyer epidural. adessss menggeletek menahan rasa.
pastu denga pulak rumours macam-macam.sakit kalo cucuk epi la. itu la ini la. sebenarnya antara faktor tekanan di hujung kelahiran anak ialah faktor orang sekeliling.
 ^_^

then tepat 7hari overdue.sakit bersalin dah start terasa. tangkap pinggang.tangkap tulang belakang.celah kangkang.pundi kencing.perut.  ibaratnya. tangkap dari pinggang ke bawah laa. pastu time kencing tu tetibe keluar tanda lendir dan darah. wahhhhhh. excited tapi panic giler. kejut ajak then gegas ke klinik jam 3pagi ahad.pastu boleh tak bukak 1cm je. doc suruh balik.adessss^_^: menagesss la tahan sakit. pastu dalam jam 7pagi tu sakit lagi tak menahan sakitnya. pegi hospital then doc reject suruh balik coz baru 2cm bukak. masa tu macam ^_^.tu la mintak lagi sakit. heee :P. pastu balik semula sampai mak marah sebab kesian tengok anak *saya la tu . pastu lam 10am sakit lagi.kali ini hidup mati tetap nak admit jugak. sampai hospital nak tahu bukak 3cm je. sakit tuhan je tahu. tapi staff nurse tu cakap ''takpela.saya tolong kasi cepat bukaannyer'' sebab contraction terlalu kuat sampai doc cakap. sakit sangat ke??soklan ap ni doc??? macam nak pang je.heeee ^^
then lam kul 11am bukaan dah 4cm.time tu dah masuk labour room.sakit YA ALLAH macam taknak bersalin dah. time tu la.hehe.

pastu lam kul 7pm bukaan baru 7cm then doc cakap kita tunggu sampai kul 10.masa tu airmata dah tak keluar sebab terlalu sakit.lagi pulak tambah ctg yang bergegar atas perut tu. hee :P. nak tunggu 5minit berlalu pun macam tak sanggup. tepat kul 10pm nak tahu bukaan tak terbukak dah.still 7cm.n doc decide ceaser je sebab pale little ryan dah senget. masa tu macam. adesssss kalo tahu operate baik awal2 pagi tadi operate. ^_^: ajak time tu. tak tertelan airliurnya. hihi. ajak sampai mintak masuk bilik operate sebab nak salam n nak  kiss saya dengan humble kat doc. n the doc said
'okkay.. bagi husband die masuk sebab first baby kan'
masa tu kami berpelukan lam bilik bedah tu lam beberapa second bersama helaian airmata.
cehhhhh. kater nak pegi berjuang kan. ^_^:

tapi.finally 18hb april 2010 menjadi tarikh keramat kerana saya dengan selamatnya melahirkan litle ryan pada pukul 2323pm. yeay.walaupun sakit giler sebab operate tapi pengalaman yang paling indah bila staff nurse tu kejut then cakap "puan dapat baby boy.kiss baby sikit''. mak aiihhhh time tu toksah cakap la. semua sakit yang siang tadi ilang serta merta dan bau baby yang tu saya tak mungkin akan lupa sampai bila-bila. tapi ada orang cakap boleh nampak time operate tu. saya langsung pengsan tak sedar kan diri. tau-tau nurse kejutkan cakap dapat baby boy. syorgaaaaa. macam tak sangka little ryan da selamat dilahirkan kedunia.syukur pada TUHAN sebab kami anak beranak selamat.

jadi nanie..selamat berjuang diucapkan.selamat bersalin dan selamat semuanya la.
jangan gusar n jangan takut. sebab semua orang pengalamannya berbeza. ada yang senang ada yang susah. ader jugak yang rasa macam nak berak je. dun worry ok. yang penting sebelum apa-apa. mintak amapun ngan suami, ibu ayah, keluarga, sahabat semua. nak senang publish kat blog n fb.hee :P dan amalkan baca surah-surah yang boleh mudahkan bersalin. n air selusuh.tapi ader orang tak percaya.saya haritu minum jugak sebab orang tua suruh. minum masa keluar tanda. sebab tu sakitnya lama lebih 12jam. sebab kater orang tua. air selusuh tu untuk bagi sakit. wallahualam. tapi yang paling bessss overdue ialah anak tak kena kuning langsung. orang cakap sebab cukup bulan dan cukup zat ke hape tak tahu la. nak lebih jelas tanya doc. tapi little ryan memang tak kena kuning langsung. alhamdulillah.

n sekarang. little ryan dah nak jalan dah. dah besar dah.walaupun sakit bersalin masih terasa tapi takda la sampai taknak bersalin dah cuma perlu waktu renggang untuk recover sepenuhnya. kalo ada rezeki alhamdulillah diterima. yang lain dah tak penting. overdue ke, bersalin awal ke, besalin kat mana ke, yang paling penting ialah ibu selamat. anak selamat,sihat dan sempurna. ^_^:

semoga nanie dipermudahkan urusannya.
ingat ini ''sakit bersalin itu ialah penghapus dosa''. jadi.jangan takut okkay.
BERJUANG laa..!!






now. little ryan dah besar dengan sehat dan sehat.alhamdulillah....
bersyukur kerana sakit ketika bersalin dulu. dan bersyukur sangat kerana dikurniakan anugerah terindah ini. ^_^
terima kasih YA ALLAH.




cisss. ini orang takda mood nak update blog ke??
kemain menjela. hee :P

21 February 2011

Dewan Seri Sejarah

salam.
rindu i tak??? hee :P
im not in the mood to writing actualy. tapi kalo tak update blog tu ibarat mandi tak basah tido tak lena.
lets forget bout something that 'ntah apa apa tu'. :P
mari kita ke Jalan Tun Razak melihat teman sekolah berkahwin dengan teman sekolah segadoh dulu. ^_^

sabtu lepas 19hb entah macam mana boleh lupa yang ader wedding sahabat kat KL.
ajak went to work.
yang tinggal hanyalah saya, kerinting boy n elis.
jadi. oleh kerana tergedik konon-konon nak ber pre-reunion.
saya gigih jugak merentas lautan jem untuk sampai ke Dewan Seri Sejarah, Jalan Tun Razak depan IJN tu. kereta. mak datuk...memang jem la kan.pegi lak tengah hari rembang time kete banyak and panas macam apa. hehe :P
sib bek sebab perut lapo jadi harusss la buat tidak endah tentang cuaca panas/anak mengantok/dan jalan jem.



sampai kul 2.kawan-kawan habis berterabur balik. cisss. ^_^
ni dier. pengantin terdebomb.hee :P
SYIDA n MUZ.
tahniah guys sebab tak sangka korang kapel.
tahu-tahu dapat kad jemputan.heee ^^
hope berkekalan hingga akhir hayat. skema betol ucapan.hehe :P






dah habis makan.maka cabut ler.
kul 3.30 dah sampai putrajaya semula.heee
tu la ceritanyer. boring je nak update sebab hidup saya cuma berkisar tentang.
keje sepanjang minggu keje.
keluar kesana kemari pada sabtu dan ahadnya.
then citer anak/suami/dan diri sendiri.
tapi ok la. update la jugak kan. heeee :P


kepada followers n sahabat blogers semua.
minta maaf sebab lately jarang tinggal komen kat blog korang.
rindu nak komen menkomen balik.
nanti kalo mood datang mencanak-canak. i back to normal ok guys.
cisss. macam sekarang tak bape normal je?? hehe


18 February 2011

anak lelaki mestiiiii lasak punya la

mak aihhh lambat nyer update blog.hee ^^

semalam.
ada budak berlagak nak berjalan.hee
jap bangun jap duduk.
jap pegang kerusi jap lepas tangan.
pastu ntah macam mana jap berdiri tergedik2 terigigil-gigil.
bedekong jatuh menghempap side table tepi sofa.
melalak seminit pastu lepas elis pujuk terussss senyap.
haaa. kan dah sakit.
gamba tido adalah kerana kerinting boy paling susah sekali dalam dunia nak ambik gamba tau.ibarat gasing berpusing-pusing. jadi ibu tercinta terpaksa ambil gamba ketika tidur ajee. janji ade. :P

eh..tak nampak pulok.^_^


kasi close up sikit.
tu tang dagu tu bengkak bercalar balar.
janji tak berdarah bagai. kira ok la.heee





budak lelaki mesti kena lasakkkkkk baru namanya lelaki kan.
tapi dalam biar-biar pun.
i always keep my eyes on him. kot la apa-apa kan.
sapa tak sayang anak oiiiiii. ^_^



yang daddy pulak siap nak beli armguard/knee guard segala.
*pengsannnn maknyer.hehe






17 February 2011

alter kepala sikit ^_^



weet.weet. ^_^
perasan tak??
AYURAZA PAGE dah takda okkay.
sekarang dah tukar blog title la kengkawan sayang semua no 1 dihati. =0)
boring la title lama.hee :P
lepas ni kalo ader monster datang kacau.
jangan malu jangan segan sebab anta tahu siapa saya. ^^

saya dah tukar jadi raksasa.
ader ke raksasa keding??? hehe :P






yang dah add as AYURAZA PAGE tu tak payah tukar la ek.
sama je tuan nyer.
cuma gedik sikit nak tukar nama blog.
ner tahu kot-kot pasni nak back to basic.
ayuraza page tetap dihati.
forever n ever. ^_^


jadi yang belum add page saya di sidebar.
add ler sekarang. add ler jangan malu-malu. :P
because u follow me i follow u too ok sayam-sayam^_^



macam iklan bedak FOLLOW ME je.heeee :P






16 February 2011

Benci makk!!


sakit hati.sakit hati.sakit hati.
dari hari sabtu tak boleh tengok tv sebab satelite ASTRO problem.
astro ni ada pasang hantu ke?? baru kutuk sebab kena 6% govermnet tax.
alih-alih kami sekeluarga terpaksa berduka nestapa sebab siaran terganggu.
dah tak boleh nak tengok Raja Lawak ulangan.hehe :P

ni la susahnya kalo satu building pakai centrelizzzze.eja pun xbetol choiii !
satu problem je jadi habiss ngan umah haku ko kait sekali.
giler bosan duk kat umah sebab 4hari kot dah tak boleh tengok tv.
biar betiiiiikkk. cissss. memang betikkk pun. :P
see.

*
*




agak-agak korang la. kalo jadi kat koang apa korang buat??
macam nak campak je decorder astro tu ke bawah.
rasa-rasanya dari tingkat 15 impaknyer lebih lagi.heee ^^
bila call astro dah la operator nak jawab punye la lembab.
dah jawab boleh tak dier cakap
"kami tak bertanggungjawab ye puan''
memang....aishhh tak tahu nak cakap la.
call maintenance dier cakap. kami pun tak bertanggungjawab.
kena call kontraktor.adoiiiii.
last-last.
tak payah call la. wat sakit hati je. tengok je la iklan
ASTRO blok A sedang diselanggara kat depan lif tu smpai la iklan tu kena tercabut. kalo ASTRO je problem takpe la. ni semua siaran terganggu termasuk la chanel tak berbayar. ^_^.jadi.tak menages kalo ko jadi aku??? hehe

disebabkan bosan teramat.
habis satu citer full house saya tengok.
dari episode 1-sebelum ending.
sebab yang ending ilang sapa delete ntah.
ending tengok kat u tube sudah. hee :P


kalo sekarang korang nak saya nyayi lagu papa bear mama bear versi korea pun dah boleh sangat. dah hafal sangat. hehe :P
diaorang ni memang saya adore giler babas la dari sekolah dulu.
citer ni main time saya sekolah menengah lagi kot.
akibat terminat mamat korea.
abis abang senior kat sekolah yang mata sepet sapa admire.keh3
bajet korea kan. larilah diaorang bila terjumpa saya. heee tipu :P

begitulah cerita 4hari lepas yang mak datok bosannyer..........







12 February 2011

NO !!

 
"saying that as long as people are not committing sin, it was all right to observe the special day (valentine's day) " says Khairy - It’s all right to observe Valentine’s Day, says Khairy The Stars Feb 12,2011.."

pemimpin terpimpin ke pemimpin kena pimpin???
 
 

kerinting boy ada kawan


dulu kan penah terdetik dalam hati taknak ajar anak dengan toys bila dah ader anak.
tapi since dah ader anak nih. perasaan sama sekali berubah.
betol la apa orang kata.
hanya orang yang melalui je yang akan tahu.
lagi pulak. budak ngan menan ni memang tak dapat dipisahkan.
macam kita ngan internet.
mau aku meroyan tak jumpa tenet semingu kan kan.heee :P

semalam.
amik half day sebab nak ke klinik bawak kerinting boy checkup.
abis tu. lepas ke klinik terusssss ke rumah sista kat p18.
jumpa anak buah. lagipun jumaat maa.
kalo ari esok keje tak koser ai nak kemana-mana.
penat satu badan.:P

sampai p18 je.anak buah terusssss lambakkan toys diaorang depan kerinting boy.
n sila percaya. dier ralik betol main macam tak peduli benda lain dah. ^^




seronok betol sampai kan air mulut keluar laaa.:P
 



nak amik gamba lagi la kemain susah.
ni je pic tengok kamera. 


 jadi.
masa pegi alamanda semalam.
ada SA kat Toys R uS offer tuk wat members card for free.
pantang aje mende free.laju je kau kan.hehe :P
SA tu ckp card ni untuk collect point n time bday anak dapat 30hengget.
just tunjuk message yg TRU bagi then dapat beli toys 30hengget.
kalo lebih. kena topup la okkay. macam tak biasa ye dak??? hehe :P



so lepas ni.
sesi mengkopak duit daddy akan berjalan seperti dirancang. heee :P
kot-kot la leh perabih li moto menan tuk anak.

arini ader Karnival WOW kat putrajaya.
macam nak pegi. tengok la petang-petang sikit.
sekarang panas sangat. belengas dowh. :P